Tuesday, January 10, 2017

Bersara wajib dalam perkhidmatan awam.. episod lima.. bekerja sampai gastrik..

Assalamualaikum....

jom kita sambung kisah bersara wajib dalam perkhidmatan awam yg tertangguh beberapa hari sebelum ini.. kali ni saya nak kongsi pengalaman bekerja dalam keadaan stress...

1.0 Sebagai jabatan teknikal yg bertanggungjawab membuat kerja kerja pembinaan termasuk kemudahan awam dan bangunan2 lain kadangkala berdepan dengan keadaan di mana projek perlu siap dalam tempuh tertentu kerana bangunan tersebut di sediakan utk aktiviti tertentu yg telah di tetapkan tarikh nya.

2.0 Saya adalah Jurutera Struktur projek salah satu projek yg perlu di siapkan ON TIME semasa Malaysia menjadi tuan rumah sukan SEA satu ketika dulu. Kami di beri satu tempuh yg tak boleh di kompromi utk menyiapkan sebuah STADIUM BADMINTON di Ceras utk di gunakan sebagai gelanggang utama dalam temasya sukan SEA pada masa itu. Bila projek telah di beri tempuh tertentu utk di siapkan senario kerja di tapak tidak berlangsung seperti biasa. segala2nya perlu ikut jadual.

3.0 Walaupun projek perlu di siapkan mengikut jadual tetapi saya tetap tidak berkompromi dengan kualiti dan kerja mengikut lukisan dan spesifikasi. Kontarktor yg berjaya dalam tender ini juga satu syarikat yg berwibawa dan kami percaya mereka boleh deliver utk melaksanakan projek seumpama ini. 

4.0 Ada satu insiden di mana pihak kontraktor menjadi tension dan mengamuk  semasa mesyuarat tapak apabila saya tetap berkeras kontraktor perlu melaksanakan satu ujian berkait satu sistem yg sedang di pasang oleh kontraktor. Walau pun kontraktor memberi pelbagai alasan termasuk terpaksa mengejar masa mengakibatkan mereka kesuntukan masa utk menjalankan ujian yg telah di tetapkan. Pada saya apa guna projek siap yg akhirnya nanti sistem yg di pasang tidak berfungsi atau terpaksa di rombak kemudian apabila menghadapi masaalah. Kerana terlampau tension kontraktor menghentak meja dengan bercakap dengan kuat membantah arahan yg saya bagi. Mesyuarat terpaksa di tangguhkan apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan beransur2 pegawai2 lain keluar meninggalkan bilik mesyuarat last sekali tinggal saya dan dia.. (dalam hati kalau di hempuk nya mau pitam situ je.. kerana tubuh nya yg sasa.) 

5.0 Apabila keadaan reda semula kontraktor tetap perlu akur dengan arahan sebelum ini. Ujian yg di minta bukan lah sesuatu yg mahu menyusahkan kontraktor tapi satu keperluan yg kontraktor perlu lakukan utk memastikan kerja yg telah di buat mengikut spesifikasi yg telah di tetapkan dan berfungsi dengan baik.

6.0 Kerja tidak mengenal masa pagi petang siang malam semata mata ingin memastikan kerja siap mengikut jadual dan berkualiti. Kerja di jalankan almost 24 jam , kami perlu datang ke tapak juga tidak kira masa pagi petang dan juga malam apabila perlu membuat pemeriksaan sebelum kerja konkrit di jalankan. Kerja konkrit merupakan kerja yg sangat kritikal dan perlu di laksanakan dengan betul setiapkali nya. kealpaan bakal mengundang padah. Bila kerja tak tentu masa makan minum pun tak tentu masa. selalu skip lunch .. yang akhirnya menjadi masaalah kepada diri sendiri. 

7.0 Semasa mengawasi projek ini lah saya mendapat penyakit gastrik yg akut. Sehingga saya terlantar di hospital. penyakit gastrik mengambil masa yg lama utk sembuh. Ada satu masa tu saya langsung tak boleh nak makan.. apa saja yg di isi akan keluar semula. ubat pun perbagai jenis telah di berikan utk merawat penyakit yg tiba tiba menyerang.. masa tu bila stress sikit je gastrik datang.. bertahun juga saya menanggung nya selepas itu sebelum penyakit ini betul2 hilang . alhamdulilah.. dan saya sangat faham situasi yg sedang di hadapi team yg sedang bertungkus lumus utk menyiapkan STADIUM BOLA SEPAK sebagai salah satu venu sukan SEA tahun depan.. All the best friends. 

8.0 Akhirnya projek ini siap dan dapat di gunakan utk temasya sukan SEA .. masa tu sukan BADMINTON merupakan sukan harapan Malaysia utk mengutip banyak pingat. Masa tu malaysia merupakan salah satu negara yg di segani dalam dunia dalam sukan BADMINTON.. Presiden Badminton Malaysia juga adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur.. maka bertambah tension utk menyiapkan ON TIME hehe..

BERSAMBUNG..




7 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Bila nak sambung ni?

zino said...

ni dah sambung hehe

zino said...

next tunggu esok lusa hehe

Kakcik Nur said...

Sila sambung kisah seterusnya sebab saya seronok nak sambung baca 😊

zino said...

insyaallah
terima kasih kakcik sebab sudi baca..

al - lavendari said...

saya rasa mcm masih bekerja lagi bila baca kerana dulu saya juga terlibat secara langsung dlm pelaksanaan projek sebagai SO.

zino said...

nanti saya cerita kisah saya bila jadi SO ni.. Al Lavendari.. hehe