Friday, January 6, 2017

Backpack ke Bandung episod 8.. ronda2 di JAKARTA ..

Assalamualaikum...

1.0 dah sampai hari terakhir kami di perantauan.. misi sebenar kami ke JAKARTA perlu di tunaikan hari ini juga.. tapi sebelum ke tempat yg telah di janjikan (tunggu kedai buka) kami masih ada masa utk ronda ronda kotaraya.

2.0 Sebelum ni ada sorang kawan yg berasal dari Indonesia mencadangkan kami ke KOTA TUA .. Kami pun tertanya apa kota tua tu apa yg ada di sana. Kata nya di situ terdapat bangunan lama peninggalan zaman Belanda yang telah di baik pulih. Minat juga nak tengok dalam fikiran tentu macam BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD di KUALA LUMPUR . atau bangunan lama yg lain. Kami ambil taxi dari hotel ke KOTA TUA yg di katakan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar.

3.0 Wow!!! bila kami sampai saya terpegun melihat ramai nya pengunjung ke tempat ni. Terdapat beberapa bangunan lama yg masih cantik dan terurus berada di keliling sebuah dataran. Disetiap bangunan terdapat orang ramai yg sama ada duduk2 berehat sedang mengambil gambar atau melakukan aktiviti masing masing. Saya tak pasti sama ada bangunan2 ini boleh masuk atau pun tidak. Tapi di mana mana sahaja ramai orang.. Terfikir juga macam mana nak buat supaya bangunan lama di KL juga menerima kunjungan ramai macam ni. 

4.0 Di kawasan dataran nya pula terdapat aktiviti berbasikal.. basikal tua yg di naikki anak2 dan orang dewasa mundar mandir ke seluruh kawasan dataran .. ada yg sempat saya rakam kemeriahan suasana di kawasan tersebut. Salah satu bangunan di manakan sebagai muzium. tapi tertutup rapi. Muzium ni buka ke tak saya pun tak tau . tak bertanya pulak.. yg kelakar nya saya berlakon mengetuk pintu muzium tu minta kawan ambil gambar.. tetiba pintu di buka hehe rupanya ada orang duduk di belakang pintu hehe..

5.0 Kata nya nak datang sini kena awal pagi.. bila dah lewat nanti panas.. Di JAKARTA  ni bukan macam kat BANDUNG di mana cuaca nya lebih nyaman. Selesai di KOTA TUA kami berjalan ke kawasan sekitar utk mencari apa lagi yg menarik kat sana. Tiba tiba nampak satu lalun terowong utk menyeberang jalan. melula suspen juga nak lalu terowong ni gelap ke ada peragut ke suram macam kat KL tu ke.. Tapi saya terperanjat bila turun je tangga masuk ke terowong saya lihat ada banyak gerai peninga dan ramai orang lalu lalang dalam terowong tu.. WOW !! kenapa perkara ni tak di bina di KL. terowong yg di sediakan tak ada yg berani nak guna sunyi suram dan menakutkan.. kalau tak caya cuba terowong kat masjid negara tu atau ke stesyen keretapi. 

6.0 Keluar dari terowong kami menuju ke syesyen keretapi JAKARTA KOTA. Stesyen ini penuh dengan penumpang yg sedang berurusan utk ke distinasi masing masing.. yang beratur nak dapatkan tiket pun panjang.. agaknya cuti hujung tahun dah berakhir masing masing nak balik ke tempat kerja.. kat sini lah saya buat percubaan mengambil video pegun.. tapi tak boleh lama .. berdiri dalam kesesakan orang ramai merupakan satu cabaran.. yg pegang kamera pun keletihan hehe. 

7.0 Selesai di sini baru lah kami ke tempat yg menjadi agenda utama kenapa ke JAKARTA . Kami ke kedai motorsikal utk mengambil tempahan topi keledar dan jaket yg telah di tempat ONLINE sebelum ni.. Kedai ni agak jauh juga di pinggir jakarta. Supir yg menghantar kami ke kedai tu wan minta dia tunggu utk bawa kami balik ke hotel. takut nanti susah pulak nak dapat transport dari sana. Akhir nya barang yg di pesan siap di sediakan . Tiga biji helmet satu jaket dan satu lagi entah apa nama nya.. hehe 

8.0 on the way balik ke hotel kami singgah ke HARDROCK CAFE supir kata dalam laluan ke hotel.. saja nak ambil gambar dan beli T Shirt jika pekenan. Tapi jutawan bila nampak mesti pekenan punya hehe. so dapat lah sorang selai T Shirt Hardrock cafe. 


ni la hotel bajet kami stay 
di Jakarta..


sekarang di kota tua 
Jakarta..


boleh kelihatan ramai nya pengunjung datang 
ke sini utk beriadah.


selfie 3 abdul tu mesti bila sampai ke mana2 tempat..


ramai yg berbasikal konon2 nya itu basikal yg di guna di zaman Belanda dulu


meriah di sana sini


ada mak dengan anak ada kakak dengan adik berkayuh sekitar dataran yg luas


ini di depan muzium


muzium nek moyang den hehe


zoom sikit


ini lah salah satu pintu muzium yg saya cerita tu.. terus terbantut nak ambil gambar bila petugas di dalam tetiba buka pintu hehe


memerhati


tertangkap


yg tak tau trik ni pasti terpegun hehe


askar in gold


ini muzium bank... kalau boleh masuk best juga boleh tengok perubahan matawang 
sepanjang zaman


ini nama nya selfie dalam selfie


reporter 



ini dah sampai di stesten keretapi JAKARTA KOTA


selfie dalam selfie


di pintu masuk utama stesyen


ini kedai moto di pinggir jakarta utk mengambil tempahan yg di buat online


lawa helmet tu


cek dulu betul2 jauh ni


memang cun la 


kemana pergi mesti nak cari tempat ni


seketul lagi 


akhirnya dapat la sorang selai 


gambar belakang tu ada cerita...


dah ready utk ke airport...
maka berakhir sesi lawatan backpacker singkat ke Bandung dan Jakarta..wah semua hardrock nampak hehe.

sehingga jumpa lagi....

SEKIAN 


4 comments:

Kakcik Seroja said...

Wah...jauhnya tempah helmet..

zino said...

itu la mesti rare tu.. tak ada jual kat malaysia lagi

Unknown said...

lawa helmet

Unknown said...

lawa helmet