Monday, January 23, 2017

kayuhan Prihatin Kesang Muar.

Assalamualaikum...

1.0 Alhamdulilah Semalam 22.1.2017 saya berpeluang menyertai kayuhan Prihatin Kesang Muar bersama CEO Yayasan Wakaf Malaysia YWM, Prof Dato Dr. Sudin Bin Haron serta pegawai pegawai kanan Yayasan bersama lebih kurang 30 hulubalang dan serikandi Wakaf Warrior.. Sebenarnya dah lama Cif Rizan (cif wilayah, Riz Ardy) mempelawa abah utk menyertai Wakaf Warrior ni tetapi seperti biasa banyak sangat alasan sehingga niat nak menyertai kayuhan asyik tertangguh. Bila dah bersara ni Riz kata , "abah jangan nak bagi alasan lagi lepas ni hehe.. " 

2.0 Maka kali ni dengan penuh debaran saya bersama sifu Ezuan Dakota bersedia menyahut cabaran menyertai kayuhan Prihatin di Kesang Muar. Sebelum menyertai kayuhan bersama Hulubalang Wakaf Warrior ini abah mempunyai maklumat yg sangat terhad berkaitan YWM. Dari Taklimat yg Prof Dato Dr Sudin di setiap persinggahan baru lah nampak jelas kedudukan YWM. Yang abah lihat sebelum ni hulubalang dan serikandi Wakaf Warrior menceritakan kisah masing2 menyertai kayuhan prihatin dengan memuat gambar selfie yg boleh menjeleskan abah... apa yak nya dengan jersey yg cantik menjadikan hulubalang dan srikandi nampak segak dan bergaya hehe..

3.0 Program kali ini di atur utk menyampaikan sumbangan mesra dan kayuhan prihatin wakaf peringkat Mukim Kesang, Tangkak, JDT pada 22.01.2017. bersama 30 wakaf warrior dan srikandi wakaf  (termasuk abah la tu ) Tempat menginap di Tawar Farm, Parit Bunga, Tangkak. Perlepasan kayuhan bermula di Kompleks Penghulu mukim Kesang . Sepanjang kayuhan sebanyak 5 hentian telah di rancang untuk agihan sumbangan iaitu Tanjung Gading Timur,Tg Agas, Pt Bunga,Tanjung Gading Barat dan Kompleks Penghulu mukim Kesang. Seramai lebih kurang 20 - 30 Asnaf telah menerima sumbangan dari YWM. 

4.0 Kayuhan santai sejauh lebih kurang 37 km mempunyai cabaran tersendiri. Kebanyakkan laluan ada lah OFF ROAD, melalui bendang , ladang kelapa sawit , laluan kampong dan sebagainya. Mereka yg menggunakan RB "terkejut2" bila terpaksa merempuh laluan sukar berbatu dan perlu lebih berhati2 kerana tayar yg di guna tidak bagitu mesra permukaan jalan seperti ini. Tapi sepanjang kayuhan kami sangat enjoy dengan gurau senda dan gelak ketawa. kayuhan jauh tak terasa penat.. 

5.0 Cerita banyak pun tak guna jom kita tengok sebahagian gambar2 yg sempat abah rakam semasa menyertai kayuhan semalam, ada gambar yg abah ambil sendiri dan ada juga gambar dari rakan2 yg lain. 



sampai je Muar kami terus cari Mee Bandung Muar, nak cari mee bandung ni kena kat muar bukan di Bandung hehe kata nya pot kami makan ni antara yg terbaik di Muar berhadapan sekolah sain Muar.


dah kenyang baru kami check in di Tawar Farm and Plantation. Rupanya tak jauh pun dari sekolah sain Muar SSM tu. dan SSM tu dah biasa sampai , dulu anak sulong belajar kat sana.


lebih kurang macam resort la.. setiap unit boleh muat 3 orang , tempat ni sesuai utk buat kem motivasi dan kursus seumpama itu.


tempat ni menarik laluan masuk di sambut oleh lambaian pokok kelapa yg menyejukkan mata memandang 


terasa masuk asrama pulak hehe


malam nya di jamu mee bandung lagi hehe.. 
hongeh nak mengabihkan ..


ini lah geng kayuhan abah selalu berkayuh sama di mana mana program kayuhan funride Paparock , Ezuan Dakota (salah sorang sifu abah hehe), mamarock dan Cif Riz Ardy. semua ni gagah2 semasa berkayuh.. dan abah selalu cicir kat belakang hehe


sesi taklimat sebelum mula berkayuh


ini merupakan salah satu distinasi awal utk penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Prof Dato Dr Sudin . Berselfie tu dah jadi sebahagian kayuhan hehe


berselfie dengan sifu hehe



majlis taklimat dan penyerahan sumbangan


jumpa je tempat yg menarik pasti tak lepas peluang utk berselfie.. cuma semasa kayuh di tepi bendang dan ladang kelapa sawit tu tak sempat nak berselfie tak ada tempat nak berenti lagipun laluan sempit dan kadang kala perlu berkayuh single line di sepanjang jalan. 


Cif Rizan ini juga salah sorang SIFU abah dalam aktiviti kayuh ni.. maklumlah orang baru kenal basikal banyak yg nak kena belajar hehe


seorang pengayuh mistri telah di kesan kayuh bersama kami hehe cer teka cer teka . hehe


majlis taklimat dan penyampaian sumbangan di salah satu distinasi yg telah di kenalpasti.


satu lagi sesi penyampaian sumbangan dari YWM


ini di distinasi terakhir rasanya..berehat sambil mendengar taklimat.


alamak terlebih senyum pulak hehe


akhirnya... kayuhan sampai ke penamat. sejauh 37km saja.  bermula di sini dan berakhir di sini juga.. penyampaian sumbangan terakhir juga di sini lunch pun di sini. kena dengan asam pedas yg pedas.. BEST.. 


bergambar membelakangkan sungai Muar yg luas. Di hadapan Masjid Sultan Ismail kalau tak salah. abah selalu singgah sini setiap kali datang ke tempat kakak



ada juga lah gambar sedang beraksi.. abah tak berani nak main2 lepas tangan masa berkayuh.. SIFU tak ajar lagi hehe sebelah abah tu pengayuh tempatan yg mengiringi kami sepanjang kayuhan. 


wah paparock mamarock dan zarina.. 
( belum kenal lagi hehe) 


ada peluang je mesti ber selfie hehe


wakil wakaf warrior dari kelab SSC  SRI SENDAYAN CYCLIST bergambar bersama Prof Dr Dato Sudin.



salah seorang asnaf sedang menerima sumbangan 


geng kayuh 




bergambar beramai2 sebelum kayuhan rasanya ni.. ada banyak lagi gambar beramai2 yg belum di terima bila dah dapat nanti boleh di tambah..

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Dah pencen, macam2 aktiviti boleh buat 😊

zie zainal said...
This comment has been removed by the author.
zie zainal said...

Tahniah abah zino... alhamdulillah diberi peluang menyertai program wakaf. Mmg bestkan... after this no no no excuses... hehehe

zino said...

kakcik nur
itu la harap2 boleh join mcm2 xtiviti

zino said...

zie zainal
banyak alasan lagi orang tak mu kawan la hehe

Acik Erna said...

Alhamdulillah sambil kayuh sambil buek kebajikan

zino said...

Acik Erna
alhamdulilah dapat bersama mereka berkayuh..