Tuesday, January 3, 2017

Back Pack ke Bandung.. Episod 4 ke Tangkuban perahu lagi

Assalamualaikum..

1.0 Selesai lawatan ke FARM HOUSE SUSU LEMBANG kami meneruskan pendakian utk ke TANGKUBAN PERAHU.. kata nya dari jauh gunung ni kelihatan macam perahu terbalik .. dulu dah pernah sampai sini tapi pergi juga la sebab salah sorang kawan kami belum pernah ke sana.. Nak masuk kena bayar , kalau dulu murah je tapi sekarang ni kena bayar mahal.. sorang 300,000 !!. Tempat ni telah di swastakan di uruskan oleh satu syarikat.. maka fee masuk pun berlipat ganda.. walau pun mahal sikit pun tak menghalang pengunjung naik kesana.. utk orang tempatan murah lagi kot.. 

2.0 Kawah gunung berapi ni kata nya masih aktif.. masa kunjungan yg dulu bau belerang gunung berapi tu sangat kuat dan di kawah tu tu berasap. beberapa bulan lepas kami melawat gunung berapi tu memuntahkan debu sehingga kawasan tu di tutup utk semua pelancong.. tapi kali ni tak nampak seketul asap pun.. tengah tidu la tu.. 

3.0 Kat Indonesia ni memang banyak gunung berapi yg aktif dan yg tidak aktif . Tangkuban perahu salah satu gunung berapi yg boleh di kunjungi dan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar.. apa tak nya nak naik ke atas tu kena keluar awal2.. kalau tak gerenti sangkut dalam trafik jem yg panjang. Naik kereta boleh sampai terus kat atas tu naik bas kena transit di satu kawasan yg di sediakan bas tak lepas .. kalau lepas pun tak boleh nak u-turn turun.. 

4.0 Ketinggian Tangkuban perahu ni lebih kurang Genting Highland kot.. dulu saya pernah cerita pasal ni.. tak sempat google.. hehe udara atas tu nyaman kadang kala berkabus sehingga pemandangan terhad. Bila ada pengunjung ramai la yg berniaga dan perlabagai jenis barang cenderahati di jual.. terpulang la kepada pengunjung nak beli ada sebagai kenang2an naik ke sini. yg heran nya kali ni tak ada lagi peniaga yg mengekor kami dengan memujuk rayu kami membeli. mungkin management baru tak benarkan. so mereka hanya dekat utk berbaik2 dengan kami, offer nak tolong tangkapkan gambar dan sebagainya.. selesa la sikit nak bergerak.. kalau tak kemana pergi ada yg mengekor.. ayat yg masih saya ingat dulu.. "pecah teloq" konon nya kami ni lah pelanggan pertama dia .. 

5.0 ok lah kita bercerita dengan gambar2 la pulak.. hehe.. 

kawah gunung berapi.. 
yg katanya masih aktif..

gerai2 peniaga.. 
nun di hujung sana 

sebahagian pelancong.. 

pemandangan dari tempat tinggi 
berpeluh mendaki..

katanya ada yg degil turun 
ke kawasan kawah...


kawasan lapang yg terhad utk menampong pengunjung yg ramai 

lanskap yg cantik ciptaan 
Yang Maha Berkuasa 

lereng gunung 

Merakam ketika di tempat tinggi


sayup2 nampak kat bawah tu..


ada tangga sape yg bercadang 
nak panjat ke atas tu.. 


peace yo.. hehe


jualan ni kat tepi jln 


macam2 ada..


gerai berderet mengamit2 pelancong.. 


makanan pun ada


seronok berjalan di lorong ni.. 


pandang kiri pandang kanan 
bekenan stop tawar menawar dan beli.. 


yg ni special kayu yg tersedia design 
tinggal nak di bentuk je..


sebahagian hasil kerja tangan 


antara produk yg terhasil.. 




firstime jumpa teh botol ni kat Bandung la.. 
tapi katanya dah ada kat KL 
betul ke? 



berderet2..


sempat singgah minum teh halia.. 
sebelum balik.. ehh tak tangkap 
gambar pulak 


kuda pun ada.. budak seronok la 


mak budak pun naik hehe




ini gambar selfie.. 
DSLR tak boleh selfie hehe


berselfie dari puncak..



lagi2 selfie


tak ada monopod nak hujuq panjang lagi hehe


nak naik sini lagi ke lepas ni ? 
entah la.. tapi di akui Tangkuban perahu satu produk pelancongan yg mesti lawat.. 


bersambung.. 

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Teh botol tu memang dah banyak 'sampai' di Kuala Lumpur ni tapi bagi saya rasanya enggak begitu enak... :)

Unknown said...

entah la kakcik...kalau minum sejuk agak berbaloi...bolehlah.