Assalamualaikum ..
1.0 Pada satu ketika dulu kenaikkan pangkat amat terhad. Nak naik pangkat kena tunggu berlaku kekosongan. Nak berlaku kekosongan kena tunggu ada yg bersara atau berenti kerja.. dan harapan utk naik dalam tempuh tertentu sangat tipis.
2.0 Pada satu ketika berlaku dua kekosongan serentak jawatan timbalan pengarah (Engineering) . dan yg layak (kebiasaan nya) tentulah yg senior . pegawai muda tak usah nak mimpi la.. lumrah la dalam perkhidmatan awam masa itu.
3.0 Ketika itu polisi nya jika berlaku kekosongan iklan akan di keluarkan dan semua yg layak (yg dah berkhidmat dalam tempuh tertentu) boleh memohon. So kami jurutera2 muda (tak la muda sangat tapi layak) berpakat utk memohon. Nak tengok apa yg berlaku semasa interview. Agak2 dia orang ni panggil ke kami utk sesi interview.
4.0 Ada beberapa pegawai senior yg pada ramalan kami tentu akan di tawarkan jawatan tersebut. Dan kami tak rasa terkilan pun kalau tak dapat . saja nak jadi pengacau. Saja nak hadir interview.
5.0 Kami semua menerima surat jemputan interview dari pihak pengurusan. Sekali interview di buat di Auditorium.. Datuk KP ketika itu decide utk memanggil semua sekali untuk di interview.. Interview apa benda ni. hehe
6.0 Bila semua calon masuk yg layak dan yg tak layak (kami lah tu ) Datuk KP memulakan interview.. dengan bertanya...
"siapa yg rasa dia layak di lantik sila bercakap"
Kami dok senyum je lah dah tau dah tak layak dan tak akan di lantik punya, nak dengar apa bos bos (senior2) nak cakap bagaimana mereka jual diri masing masing supaya nampak mereka lah yg paling layak.... dan siapa yg nak bercakap dulu. Semua senyap, Dato senyum je menunggu.
7.0 Seorang senior mula bercakap, mula menjual diri sendiri menyatakan kelebihan dia berbanding yg lain.menceritakan pengalaman kerja sejak mula sehingga semasa, Kemudian seorang lagi berani bersuara, yg kelakar nya agaknya kekeringan idea nak cakap dia pun dengan bangga nya bercerita pasal main golf , konon2 nya dia terror main golf la dan boleh jadi wakil pihak pengurusan dalam sebarang kejohanan.. ada kaitan ke?? Kemudian seorang lagi.. pendek kata sesi interview makin lama makin kelaut.. masing masing cerita apa saja yg terlintas di fikiran masing2 .. tak mau mengalah la katakan. mesti nak tunjuk terror dalam something. Dalam kerja semua orang tahu standard masing masing.
8.0 Kami yg junior ni ( pada masa tu ) jadi tukang gelak je lah. merasa juga lah masuk interview, interview ke namanya tu.. akhir nya yg dapat saperti di jangkakan. Tak panggil interview pun tak apa. Mereka yg paling layak lantik je lah. hehe.. konon nya nak telus hehe.
9.0 Jenerasi sekarang sangat beruntung peluang kenaikkan pangkat sangat luas. dan pergerakan lebih cepat berbanding zaman kami dulu.. rezeki masing masing.. saya sempat juga lah dapat tempias sebelum bersara . Alhamdulilah.
BERSAMBUNG..
8 comments:
Eh eh... ada sesi temuduga yang terbuka macam tu ya?
Rasa macam sesi suai kenal dalam program bina semangat...hehehe...
setuju dgn kakcik .. mcm sesi suai kenal pulak.
dpt idea nak buat n3 pasal interview kerja luar negei.
dah sah dah tau dah sapo nak dipilih tu sajo yo kan
lucu pula interview sekali harung
Kakcik
interview tu nak cukupkan syarat je.. sebenarnya semua maklum siapa yg layak utk di tawarkan jawatan.. tu.
Al Lavendari..
semua tu lakonan semata.. pasal tu di jemput semua masuk sekali .. nanti dalam report ada lapuran temuduga telah di jalankan seramai sekian ramai di jemput dan calon calon sekian terpilih. hehe
Acik Erna
sebelum interview kami dah boleh agak siapa yg akan di lantik.. kami ni saje2 je pakat isi borang utk hadir temuduga hehe
Hasnidar
utk perlantikan baru kami biasa interview berjamaah ni.. tapi panggil 4 orang sekali .. kadang2 yg datang tu beratus kalau di panggil sorang2 tiga hari tiga malam tak habis hehe.
Post a Comment