Monday, January 9, 2017

Semangat kejiranan

Assalamualaikum...

1.0 Lanjutan dari peristiwa yang saya saksikan sendiri semalam di lobby sebuah apartment tergerak utk saya menulis artikal ini utk bacaan kepada yg berminat utk ambil maklum..

2.0 Sebagai orang lama (orang tua) sudah tentu saya terasa apabila menyaksikan satu keadaan di mana masyarakatnya yg tidak memperdulikan apa yang berlaku di keliling mereka. Tidak mengambil tahu langsung situasi yg berlaku di depan mata tidak kisah siapa yg datang utk tinggal di kejiranan mereka . Keluar je lif menonong ke tempat kereta bersama keluarga masing masing atau dari kereta menonong ke pintu lif tanpa menoleh melempar senyuman apa lagi bertegur sapa kepada jiran yang baru masuk.. 

3.0 Kawasan perumahan ni rasanya masih baru belum 100% berpenghuni . Kawasan berpagar dan berpengawal. Agaknya di sini berpunca segala nya.. Tak perlu lah ada perasaan curiga dan ingin tahu.. apa apa2 pun pihak keselamatan dah pantau. Mereka dah screen siapa yg boleh dan tak boleh masuk di kawasan mereka. Mereka kan dah di bayar utk mengambil tanggungjawab . maka tak perlu lagi nak sibuk sibuk ambil tahu. 

4.0 Masyarakat semakin individualistik.. masing masing hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan keluarga masing. Tidak lagi memperdulikan hal orang lain . malah jiran depan rumah pun mungkin juga tidak mendapat perhatian. Engkau engkau aku aku.. Masing masing sibuk dengan dunia masing masing. Dunia yg makin mencengkam dan mencabar setiap kehidupan di dunia ini. dunia di mana segala nya perlu pantas dan cepat. Dah tak ada masa utk bermasyarakat agaknya..

5.0 Rata rata dari pemerhatian saya masyarakat di sini adalah golongan muda yg baru dalam kehidupan berumah tangga.. Paling lama mungkin lima tahun (berdasarkan usia anak anak yg saya lihat) Baru belajar berdikari baru membina carrier baru keluar dari kelompok keluarga masing masing. Tahniah kepada mereka semua sama ada anda ada lah pemilik atau penyewa di apartmen yg cantik ini saya doakan anda semua berjaya mengharungi segala susah payah membina keluarga bahagia.. kejayaan tidak datang bergolek. Banyak cabaran dan dugaan yg bakal di hadapi sepanjang tempuh pelayaran . Anggap lah segala nya sebagai asam garam kehidupan. Dan jika anda mengambil berat tentang jiran anda mereka juga akan menambil berat tentang anda. Bak kata orang tua2 dulu2 berat sama di pikul ringan sama di jinjing.

6.0 Pesanan ini tidak terkecuali kepada Alang dan kaklang . Selamat berpindah ke tempat baru , kenali jiran sebelah menyebelah , jadilah jiran yg baik dan bergaul dengan masyarakat apabila berkesempatan. Rajin rajin lah ke surau di bawah tu. 

7.0 Sekian dulu bebelan pakcik pencen ni.. semoga semua nya berjaya dalam apa saja bidang yg di ceburi , berjaya dalam kerjaya berjaya dalam rumah tangga berjaya dalam kehidupan bersama.. amin. 


5 comments:

Acik Erna said...

Main kuek bebel ko dah pencen he he.semoga kak lang dan alang dapek sesuaikan diri

Acik Erna said...

Makin

Kakcik Nur said...

Bika dah pencen pakcik lagi kuat membebel ya? 😀

zino said...

Erna, Kakcik
lopeh ni lagi podeh la yg kluar hehe

Angah said...

aduii...angah macam tergolong ni...sebab jiran pun buat tak nampak je kat angah...