Assalamualaikum..
1.0 Percutian singkat kami ke Bandung berakhir malam tu..balik dari floating market terus pegi shopping.. itu je masa yg ada.. sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Bandung ni . biar la reserve utk lawatan yg akan datang (jika datang lagi ke sini) Bandung juga terkenal banyak outlet utk shopping.. dulu dah pernah pergi beberapa outlet memborong kali ni nak singgah satu dua tempat je..
2.0 Kami terus ke kedai Eiger (betul ke ejaan) utk mencari bag.. Harga bag eiger di sini katanya lebih murah dari KL . Mulanya si Ezuan yg nak cari saya sekadar memerhati je.. tapi last last saya pulak yg beli hehe.. siap dengan jaket sekali.. maklum la jutawan tak boleh tengok yg menarik terus beli.. hehe
3.0 Malam nya turun makan di komplek berhampiran hotel.. actually kami tukar hotel . cari yg hampir pusat bandar senang nak jalan2 dan cari makan. ini firstime saya makan BAKSO.. yg dua orang lagi tu kata dah biasa makan di KL .. oo ada jual di KL rupa nya itu pun saya tak tau hehe.. utk yg firstime makan ok la tapi wan kata kat malaysia punya lagi best hehe..
4.0 Esoknya kami check out utk ke Jakarta.. masa datang kami naik train nak kesana minta wan tukar mod nak naik kereta pulak. Rupanya ada servis angkut direct dari Bandung ke Jakarta dan bandar2 lain. menaikki van. Tapi tempat menunggu tu simple je.. ada sebuah kabin sebagai opis dan bangsal tempat menunggu. Perjalanan ke Jakarta mengambil masa 2 jam. Memula risau juga bila ramai yg kata masuk Jakarta dengan kereta ni JEM.. Tapi sepanjang perjalanan lancar malah driver tu saya tengok menyelit kiri kanan dengan konfiden.. memang cepat la sampai. Had laju hiway sini baru 80km/hr tapi purata driver tu bawa 110 km/hr . kami duduk barisan depan sekali boleh perati driver.
5.0 Kami berjalan kaki keseberang jalan melalui jejantas yg tinggi menuju ke satu mall. nama dah lupa hehe.. dengan dua tujuan nak cari beg (lagi??) dan nak makan. Semalam ada yg tak jumpa beg lagi kan hehe . sebelum ke hotel elok lunch dulu nanti tak perlu dah nak kluar balik cari lunch. sekali jumpa kedai yg ada jual ikan Gurumi .. masa kat Bandung nak makan ikan ni tak kesampaian. oder sorang sekoq hehe.. memang meratah ikan je lah jawab nya.
6.0 Di Jakarta ni kami duduk hotel bajet je.. saiz bilik ngam ngam je utk kami bertiga.. ada sedikit ruang utk solat.. katil pun double decker. bilik air dan tandas di asingkan tapi comel2 je lah.. pintu pun tak boleh kunci hehe. kata back packer hehe.. segala2nya simple je. sewa pun bajet hehe.. tapi kemas la.. bersih . Oleh kerana katil atas tu rendah saya dua kali terantuk bila terlupa nak tunduk.. nasib baik tak benjol .
7.0 Malam nya kami kluar ronda ronda.. google map jadi panduan. Jalan kaki je . tak jauh katanya.. menuju MONAS. Nasional Monument ini ialah sebuah menara setinggi 132m di tengah MERDEKA SQUARE merupakan simbol kemerdekaan INDONESIA. Ianya di bina tiga peringkat dari tahun 1961/62 -1964/65 , 66/68 dan 69/76 dengan pelbagai masaalah utk menyiapkan nya. Ini firstime saya sampai ke sini malah ini firstime sampai Jakarta. Saya lihat ramai nya pengunjung ke sini rata rata orang tempatan beriadah bersama keluarga.. ramai juga kanak bermain dan berkejaran kesana kemari. Kawasan dataran ni sangat luas.
8.0 Menara ini ada viewing platform utk pengunjung naik ke atas tu melihat keindahan JAKARTA dari tempat tinggi tapi hasrat kami nak naik terpaksa di lupakan bila kami lihat yg beratur menunggu giliran sikit punya panjang hehe. Kami hanya berjalan jalan di kawasan tu sambil berselfie.. tapi dalam malam yg gelap mengharapkan lampu taman tak banyak gambar yg di ambil. Kawasan ni berpagar nak masuk kena cari pintu yg berhampiran.. mencari pintu masuk pun merupakan satu cabaran. kerana keluasan kawasan.. Selesai bergambar kami ke stesyen GAMBIR , stesyen yg kami guna utk ke Bandung sebelum ni utk minum, nak beli air yg di jual di tepi jalan tu tak berapa konfiden.
9.0 Dari GAMBIR kami mencari MASJID ISTIQLAL yg terletak di tengah JAKARTA tak jauh dari Dataran.. masjid ini merupakan masjid yg terbesar di Asia Tenggara dan boleh memuatkan seramai 200,000 Jemaah. Istiqlal bermaksud kemerdekaan. Masjid ini di bina dengan kos Rp 7 billion. Masjid ini di buka kepada umum pada tahun 1978. Dome utama masjid di sokong oleh 12 tiang dan masjid ini mempunyai 7 laluan masuk utama.
10. Selesai lawatan ke masjid masa utk pulang ke hotel.. entah jalan mana yg kami ikut kami rasa perjalanan balik sangat jauh hehe google yg tunjuk jalan membawa kami meronda di merata tempat sebelum sampai ke HOTEL . sampai naik melecet kaki den hehe.. rupa rupa nya kami dah berjalan 6 km malam tu hehe.. boleh je ambil taxi .. tapi sengaja nak jalan kaki.. kena lah tempuh semua tu.. yg penting enjoy..
Selamat tinggal Bandung
beg je yg bertambah bukan isi nya hehe
driver van ke Jakarta
semasa di hiway
ini lah Van yg kami naik. menyediakan
pengangkutan terus Bandung Jakarta
Dah sampai Jakarta kena cross jalan yg sibuk
guna jejantas
Firstime tengok BRT Jakarta.. selalu dengar dalam seminar2 pasal pengangkutan awam tapi ini first time tengok dengan mata hehe.
jejantas tinggi penat juga nak naik dan turun
dengan beg yg berat.. hehe
dah sampai supermarket.. besar cantik dan
ramai orang hehe
masa utk makan... mmm sedappp
lebih ratah lauk je ... sambal dia tu
ini supir yg bawa kami ke HOTEL kat Jakarta ni jangan nak jalan kaki sangat panas hehe
sebelum meronda malam tu selfie dulu depan hotel
nampak tu bajet hotel hehe
dah sampai dataran kat belakang tu menara MONAS
dah sampai masjid Istiglal pulak..
selfie dulu
pandangan dalam masjid
tempat wuduk
selfie tiga Abdul hehe
BERSAMBUNG
5 comments:
Rasa macam saya ikut Abah jalan-jalan pulak...seronok baca... :)
jutawan kalau ke bandung memang lupa diri ..hehhee
lentiknya si gurumi
Hasnidar Ramlyy
hehe betul tu rasa macam kaya sangat apa benda pun rasa macam mampu beli hehe
Hasnidar
bantai sorang sekoq hehe
Post a Comment