Wednesday, January 4, 2017

Back pack ke Bandung.. episod 5 KOPI LUWAK

Assalamualaikum.... 

jom kita teruskan perjalanan. 

1.0 Semasa mendaki ( naik kereta tau bukan berjalan kaki) ke Tangkuban Perahu tu supir sebut pasal KOPI LUWAK kata nya kalau nak tau bagaimana kopi luwak ni di proses balik nanti boleh la singgah. Oleh kerana program kami ni flexsibal dan rasa ingin tau yg mendalam pasal kopi yg mahal ni kami ok je dengan pindaan plan yg di cadangkan. lagi pun supir akan bersama kami sampai ke petang..

2.0 Tempat proses kopi ni terletaak di satu kawasan perkampongan tanah tinggi Kampong Babakan, Desa Cikole,Kec. Lembang Bandung. Katanya kopi ni mempunyai banyak khasiat antara nya metabolisme tubuh, mencegah penyakit saraf, melindungi gigi, menurunkan risiko kenser payudara, mencegah batu henpedu, mencegah kenser kulit, mencegah diabetis, .. banyak lagi lah.. ini di petik dari maklumat yg di senaraikan..

3.0 Kami di sambut mesra dari petugas dan di beri penjelasan dari A to Z proses menghasilkan kopi luwak dan peranan musang sebagai sebahagian dari proses menghasilkan kopi yg bermutu.. masa kali datang bukan lagi musim buah kopi masak so tak dapat la nak melihat semua proses tu secara hand on.. dengar penerangan dari setiap step proses.. mereka masih mengguna kaedah manual dari segi mengisar menampi mengasing dll. Di pinggir bukit di belakang kampong ni adalah ladang kopi yg terbentang luas. 

4.0 Kami sempat bermesra dengan beberapa ekor musang yg menjadi ajen memproses..kopi luwak ni.. hehe detail proses boleh la baca dari gambar2 yg di tunjukkan nanti.. Ada yg sanggup minum ada yg tak sanggup ada yg kata haram dan najis tapi saya di maklumkan mereka mendapat sijil HALAL dari majlis agama di INDONESIA.. terpulang la kepada kita masing masing mau berpegang dengan pandangan yg mana satu.. Kalau kita tak memahami proses nya kita akan cuba membayang kan nya sendiri.. dulu saya ingat kan biji kopi tu di kutip di merata rata tempat hasil pembungan dari musang liar dalam hutan.. hehe..

5.0 Jom kita lihat..

musang nya jinak macam 
kucing pulak 


musang makan biji kopi..


ni musang pandan yg wangi 
bau pandan


hulur je tangan dia datang.. 
kata nya musang ni tak berapa nampak 
waktu siang. dia aktif malam.


 kopi yg masih hijau.. 
musang tak minat nak makan..


poster penerangan utk setiap pengunjung



tanda HALAL


lagi poster penjelasan proses menghasilkan kopi


gambar terbaik bersama sang musang..
musang bersama atuk berjanggut kata nya 
musang berjanggut hehe.



anda boleh rujuk dengan majlis agama 
di sini utk mendapat penjelasan



tasting.. 


selfie seketul


biji kopi yg sedang di jemur



selfie lagi


ada yg berani nak test ke..? hehe


BERSAMBUNG.. 

5 comments:

Kakcik Seroja said...

Abah minum tak kopi tu? :)

zino said...

minum.. hehe

anyss said...

Assalamualaikum,
JAKIM keluarkan fatwa halal. Boleh minum.

zino said...

Anyss
saya tengok dah ada logo HALAL majlis agama islam Indonesia.. pasti dia orang dah buat kajian dan berpuas hati .. secawan 15 inggit hehe

Unknown said...

ada berani ?