Assalamualaikum..
KES PERTAMA
1.0 Bertugas sebagai penjawat awam kita terdedah dengan pelbagai ujian dan dugaan sepanjang tempuh perkhidmatan. Ada ujian yg boleh di selesaikan dengan mudah , ada ujian yg mengambil sedikit masa utk di selesaikan dan ada ujian yg makan bertahun masih tak settle2..
2.0 Dalam apa juga situasi kita perlu pandai memain peranan supaya keadaan tidak menjadi lebih parah sehingga tidak terkawal dan boleh membahayakan diri sendiri serta pegawai lain di bawah kawalan kita.
3.0 Pada satu hari saya di datangi seorang "orang awam" yg kata nya telah mengemukakan permohonan dan meminta saya mengeluarkan surat kelulusan dan minta saya keluarkan permit utk dia membersihkan kawasan tersebut kerana operasi tempat letak kereta hendak di mulakan segera. Datang dengan gaya dan cara yg baik dan nampak macam orang baik baik.. siap sebut sedara sesama islam.
4.0 Saya pun beri penjelasan, Untuk menyewa , memajak dan mengendali kawasan letak kereta dalam tanah kerajaan ni ada peraturan peraturan dan dokumen tertentu yg perlu di sediakan sebelum ia nya di luluskan dengan bersyarat.Saya tak ada kuasa utk beri sebarang Kelulusan. Ada satu jawatankuasa tertentu yg meneliti semua permohonan dan memberi pertimbangan sama ada lulus atau sebaliknya. Bila dah dapat kelulusan dengan syarat syarat tertentu baru lah boleh mengambil langkah seterus nya. semua tu saya beri penjelasan kepada pemohon tapi dia macam tak minat pun nak ambil tahu.
5.0 Beberapa hari lepas tu dia datang lagi masih mendesak supaya saya mengeluarkan surat kelulusan dan permit kerja utk dia membuat kerja2 pembersihan di tapak. Tanpa permit kerja kerja akan di halang oleh pihak penguatkuasa .
6.0 Walaupun gagal utk mendapatkan kelulusan dan permit saperti di minta, dia mula menggunakan tektik mengugut dan menakut2kan saya. Entah kenapa saya baik sangat saya telah berikan no HP kat dia semasa peringkat awal dia datang utk bertanya sebelum datang semula meminta kelulusan. Setiap hari sabtu dia akan call.
"macam mana permohonan saya dulu dah lulus ke?"
saya ulang lagi proses yg perlu dia lalui utk mendapat kelulusan dan bukan bidang kuasa saya utk memberikan kelulusan. minggu depan dia call lagi.
" macam mana permohonan saya dulu dah lulus ke?
dia ulang soalan yg sama berkali2 setiap kali call dan sekali lagi saya cuba beri penjelasan yg sama. tapi minggu depan dia call lagi sebut benda yg sama. Saya tak tau apa tujuan sebenar dia bertanya macam tu . Tapi yg jelas dia dah berjaya buat saya rasa takut dan serbasalah dengan panggilan yg menyakitkan hati . tak reti bahasa ke apa!!. selain panggilan dia mula menulis mesej yang berbentuk ancaman.
" i know where you live , i know where you punya kampong!!!.."
7.0 Dia juga datang mengganggu pegawai saya dengan permintaan yg sama , mohon kelulusan mohon permit. akhirnya saya letak nama "jangan jawab" kepada no talipon yg dia selalu call tu. So bila ada call yg kluar jangan jawab, memang saya tak jawab la.. agaknya beberapa kali call dia saya tak jawab dia datang jumpa pegawai saya bertanya kenapa saya tak jawab call dia ..
8.0 Dalam satu satu keadaan saya betul2 berasa cemas takut dan bimbang dengan keselamatan saya dan keluarga apabila setiap kali dia call saya ada di luar bersama famili, sama ada sedang shopping, sedang makan makan atau beriadah . Seolah2 dia mengekori saya kemana saja saya pergi. Seolah olah dia sedang memerhati pergerakan saya. ( tapi saya tak pernah cerita pun kisah ni dengan mereka)
9.0 Ia nya berlarutan dalam satu tempuh yg lama juga sebelum dia berhenti datang mengganggu saya dan pegawai lain di pejabat. Terima kasih kepada seorang kawan yg membantu.
BERSAMBUNG KES KEDUA...
13 comments:
Aduhai...sampai macam tu sekali...
pengalaman maso kojo macam2kan
kak cik
ya betul.. ada satu kisah lagi
Acik Erna
betul tu.. semua tu kena di hadap..
Asam garam berhadapan dengan kontraktor atau brokernya .. n3 ini beri ilham kpd saya utk buat satu n3 di blog saya nnt mengenai tindakan menamatkan kontrak kerja seorang kontraktor. insyaallah.
al lavendari
saya pun ada satu kes... juga akan di cerita di sini..
I follow... hihi
I follow... hihi
Bila nak sambung?
Azlin
tq hehe
Anyss
sat lagi sambung hehe
seriau
Kehidupan adalah baik apabila anda mempunyai kasih sayang anda di sekeliling anda, saya katakan ini kerana apabila saya mempunyai masalah dengan kekasih saya saya tidak pernah melihat kehidupan sebagai perkara yang baik tetapi terima kasih kepada Dr. AGBAZARA dari TEMPLE AGBAZARA, kerana membantu saya membuang ejaan yang membawa kekasih saya kembali kepada saya dalam tempoh 48 jam. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain selepas 7 tahun perkahwinan, tetapi Dr.AGBAZARA membantu saya membuang mantra yang membawa dia kembali kepada saya dalam masa 48 jam. Saya tidak akan memberitahu anda lebih banyak maklumat mengenai diri saya, tetapi saya hanya akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah di sana hubungan atau perkahwinan untuk menghubungi TEMPLE Dr.AGBAZARA menerusi butiran ini melalui;
( agbazara@gmail.com ) atau hubungi beliau di Whatsapp: +2348104102662
Post a Comment