Wednesday, December 20, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 8

assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke empat di ICELAND.. kadang2 lupa dah berapa hari kat sini.. seronok kesana kesini.. pagi pagi kami dah berkemas.. tapi bila keluar kol 9.00 masih gelap lagi.. Barang2 kami tinggalkan dulu nak pergi tempat tertinggal semalam lepas tu balik semula ke sini..

FJARDRARGLJUFUR

Sebenar nya Fjardrargljufur merupakan satu canyon terletak di south east Iceland, dalam Canyon setinggi 100m dan panjang nya 2km. dan di tengah2nya mengalir sungai Fjadra.. kalau nak jalan ke kawasan canyon ni kena lah dengan pakaian yg sesuai terutama kasut.. yg ni memang abah fail la.. dan view yg cantik kena lihat dari udara.. lain kali nak ke sini bawak drone ya hehe.. 


ini bukti dah sampai sini hehe


canyon ni terbentuk dari hakisan air di antara dua tebing tinngi tu.. kalau musim panas boleh la nak berjalan di bawah tu agaknya tapi sekarang bahaya la.. tak pasal2 je nanti.. mula mula kita ingat kami yg first sampai tapi tengok dah ada kereta yg lebih dulu sampai.. 


gambar di ambil dari jambatan.. nampak tak jambatan dari gambar yg pertama tadi.









papan penyataan ni memberikan maklumat jelas tentang tempat ini.



ini satu lagi kawasan yg kami singgah di liputi salji sepenuh nya jalan berbukit yang kami lalui utk sampai kesini tadi pun bersalji dan berais yg tebal.. sebenarnya ada sebuah gerai sebelah ni agaknya belum buka lagi kot awal sangat sampai atau memang tak buka langsung tak tau la.. berangan je lah ambil gambar sambil minum kopi panas.. hehe


yg pelik kawasan tempat berpijak tu je tak ada 
salji hehe


masa ni memang tengah sejuk lagi maklum la awal pagi cuaca yg paling sejuk kami rasa kat sini minus 7 C.. Kami tak lama kat sini nak berjalan di kawasan canyon macam tak sesuai.

SCENIC GREEN LARVA WALK

Tempat ni sepatutnya pergi lawat semalam tapi bila sampai area tu dah gelap maka di tangguhkan hari ini.. tak jauh pun 

ICELAND ni ada banyak kawasan gunung berapi, di kawasan yg kami lawat ni saujana mata memandang penuh dengan lava kesan dari ledakan gunung berapi. keliling ada lava.. kalau tak ada salji kawasan ni kelihatan hijau . iaitu lumut yg tumbuh menutupi batu lava tersebut.. Tapi di musim sejuk ni hijau dah bercampur putih. Bila tengok dari dekat akan kelihatan lumut hijau yg menutup batu2 lava.

Kita boleh turun dan berjalan2 di kawasan tersebut.. ofcos la berselfie sama.. hehe cuma abah tak ada lah nak merayau2 dalam kawasan lava tu ambil ganbar dari deck yg di sediakan. 



nampak kan lumut yg menutup lava


seluas luas nya lava kebanyakkan kawasan pamag di ICELAND ni cukup rata.. terbentang luas dan tiada pokok.. !! atas batu macam mana pokok nak tumbuh.. setakat lumut je lah.. dan benda ni bukan kat sini je ada banyak tempat kita boleh jumpa lava ni.. agaknya dulu aktif sungguh gunung berapi kat sini.. sekarang ni tak tau la ada yg aktif lagi ke tak... tapi ICELAND memang berada di jajaran gunung berapi. 









lava se lava2 nya.. 





ISI MINYAK



ini salah satu petrol station yg kami singgah utk mengisi minyak..Nama stesyen minyak dia simple je.. ada satu tu N je yg OB je.  stesyen minyak hanya boleh kita jumpa di bandar2 dan pekan2 kecil. yg unik nya bila stesyen di pekan2 kecil ni ia nya terdedah tanpa bumbung dan semua nya layan diri. tak ada kaunter pun nak bayar duit sebelum isi. Pandai2 la baca kat mesin tu guna cash card atau kredit kad. Tapi kalau nak guna cash card pastikan anda minta bank anda aktif kan kad utk kegunaan antara bangsa.. nangis kang kalau tak boleh guna.. hehe kredit kad ok je boleh guna di mana saja di dunia ni.. (agaknya lah ) tapi pastikan jangan over kredit.. ini lagi nangis kalau tak boleh guna.

habis tu kalau hujan macam mana?? hujan apa de hal isi je lah hehe.. ok ok nanti abah tunjuk kami isi minyak dalam hujan lebat hehe.

balik semula ke Horgsland Cottage baru lah nampak keliling.. Cantik pemandangan di keliling tempat ni.. di belakang ada gunung batu yg kelihatan menarik.. baru lah boleh berselfie




baru lah mak boleh keluarkan kepak hehe


kawasan ni masih di seliputi salji. Tapi elok juga masa kami bergerak dari satu tempat  kesatu tempat salji tak turun kalau tak payah juga.. 










cantik kan rumah rumah yg di bina di lereng bukit ni.. kalau datang ke ICELAND nanti pastikan salah satu tempat menginap adalah di sini.. tak mahal dalam RM500 lebih je semalam hehe

GLACIER
\

Selain salji dan ais banyak kawasan pergunungan terdapat glacier. Ini salah satu tempat yg kami singgah terdapat glacier. Apa glacier tu? Glacier tu kata nya salji yg dah mengeras menjadi ais yang bergerak secara perlahan terdapat di kawasan gunung kalau tengok dengan mata lkasar kita tak perasan pun pergerakan berlaku.. Tapi bila berlaku gelonsoran dan glacier bergerak laju apa saja yg di langgar nya akan ranap sama. Jambatan ke rumah ke semua boleh roboh. Kat tempat kami berdiri ni ada satu papan tanda besi yg besar tapi musnah akibat glacier. dan kami juga jumpa dua jambatan yg telah roboh dan di ganti jambatan baru di kawasan lain. 










SKAFTAFELL & SVARTIFOSS WATERFALL

Skaftafell berada dalam kawasan Skaftafell National Park terletak antara daerah KIRKJUBAEJARKLAUSTUR dan HOFN Kawasan ni menjadi tumpuan pada pendaki gunung utk aktiviti hiking dan berkemah di kawasan pergunungan .. Nak sampai ke kawasan ni perlukan persediaan yg rapi dan sesuai di musim panas.. maklumlah gunung sama di daki, lurah sama di turuni.. baru boleh sampai hehe..

Kami sampai ke Svartifos je la.. ini pun kami perlu mendaki bukit tapi tak ada lah setinggi gunung Kinabalu. Berjalan dalam sejuk2 ni tak boleh jauh2 sangat hehe.. Dan kat sini kali pertama dapat melihat air terjun yg tinggi tu kecewa utk terjun sebab dah membeku sebelum hajat tercapai... hehe tunggu la situ tergantung2 sehingga ais menjadi air semula.. 

Tapi kadang kadang tu terfikir juga bila masa air tu mengeras.. kan air tu tengah mengalir.. tetiba keras ke keras sikit2 ke ehh poning lak palo miki an.. Cikgu geography ada tak ? tau tak cam mano mulo e tu hehe







ini laluan utk sampai ke Svastifoss.. ada yg bertangga ada yg jalan tanah je tapi apa pun kena lah berhati2 bila mendaki tu ada tempat2 yg ada ais.. bila berais tu dia licin. kalau boleh elak elak la dari pijak ais ni. Bukan apa masa turun tu abah beberapa kali nak tergelincir nasib baik masa tu tangan bergantung kepada ranting2 pokok yg tak berdaun tu.. dah steadby dah dah tau licin . tak ada pilihan kena pijak juga situ. 


sungai pun beku.. 


mak berdiri ni atas jambatan.. sebenar nya nak berdiri atas air (ais) tu pun boleh air sungai tu dah beku cuma tak konfiden je takut bolos hehe.. ada juga yg duduk atas jambatan tu pijak2 atas ais tu.. tapi jangan ambik risiko lah.. 



nampak tak batu batu atas ais tu.. ada la yg nak test baling batu atas ais tu tenggelam ke tak.. hehehe memang tak la melantun2 je batu tu hehe






ini jalan tanah yg abah cakap tadi mem jalan laju je abah banyak stop nak tangkap gambar hehe






ini lah air terjun yg dah beku tu tapi bagaimana proses beku tu adatak yg rajin letak CCTV situ merakamkan proses dari air menjadi ais tu.. mesti menarik video tu kalau ada.. Ini lah kekuasaan Allah  semua nya tunduk atas perintahNya.. 














Kalau kat tempat kita bila kita pegang seketul ais macam ni proses mencair tu terus berlaku.. atas faktor suhu. Tapi kat sini seketul ais ni boleh masuk dalam poket dan dia tak akan cair hehe.. sebab abah berada dalam suhu beku 

JAKUSARLON GLACIER LAGOON

Tadi kita dah tengok glacier mengalir kekawasan tanah. sekarang kita ke tempat glacier mengalir ke tasik dan laut.. Shahrul Khas dan Kajol pun suka tempat ni pasal dia orang menyanyi kat sini hehe..



ini kali pertama abah tengok glacier dari dekat dan bongkah ais yg terpisah dari glacier terapung di dalam tasik ( ke laut?) tempat yg ni kami discover ni secara kebetulan.. yg tempat Kajul tu kat depan sikit lagi. Memula kami nampak kereta berhenti .. kami pun berhenti la tapi mereka tengok apa? kat area parking tu tak nampak apa pun. kawasan tu berbukit. Ustaz pegi riki dulu ikut laluan yg di sediakan .. sekejap tu ustaz balik dengan lapuran bergambar hehe apa lagi kami semua pun turun la nak tengok sendiri hehe


















Tempat kami bergambar ni di atas tebing yg tinggi agak bahaya nak turun kebawah sana tapi tidak menghalang sesiapa yg nak turun mengikut cerun bukit tu.. Orang muda je turun abah nak turun mak kata bahaya hehe. kami tengok dari jauh je lah..dan abah pun sebenar nya tak berani ambil risiko nak turun di kawasan cerun tu .. keselamatan di utamakan. 



ini bukti orang muda berani hadapi cabaran 

Jalan depan sikit lagi baru lah sampai tempat kajol menyanyi sambil menari tu.. sangat cantik satu pemandangan lanskap yg tak terdapat di negara katulistiwa. di negara2 bersuhu sejuk macam ICELAND mungkin ada juga.. cuba tanya pakcik google utk konfomkan. Yg kelihatan di belakang tu bongkah ais yg hanyut dari glacier di kawasan gunung di belakang tu.. kalau di kawasan kutub sepanjang tahun ada glacier ni. 


tempat ni sangat cantik.. kalau tak tak kan susah susah kajol datang sini








kat sini kami jumpa ramai pelancong. bas pelancong pun ada satu tempat mesti lawat kalau datang ke ICELAND.. tak dapat nak di gambarkan macam mana , pemandangan yg mengasyikkan. 


















memang banyak klik klik kat sini hehe

DIAMOND BEACH

Nampak tak jambatan tu seberang sana tu la Diamond beach.. nak jalan kaki pun boleh tapi kami bawa kereta la malas nak balik2 hehe.. Kenapa diamond ?? agaknya ketulan air batu yg berlonggok kat pandai tu berkilat2 bila terkena pantulan cahaya yg buat kelihatan menarik macam diamond kot. mana datang ketulan ais tu ?dari sebelah sini jambatan tu la.. mengalir masuk ke laut .. nanti bila datang ombak besar dia tolak ke pantai.. jadi berlonggok la ais tu di pantai.. faham tak? hehe















ini antara bungkah ais yg terdampar di pantai.. kesian tak ada yg nak tolak dia masuk balik ke laut tu hehe. Selesai di diamond beach... masing masing pun dah book diamond utk di bawa balik kami meneruskan perjalanan ke tempat tidu seterusnya. Tapi sebelum tu solat dulu di tepi pantai tu.. tapi kami cari pot yg jauh dari pandangan orang ramai la..dan berlindung di sebelah kereta..  takut ada pulak yg pelik tengok apa yg kami buat.. viral pulak nanti hehe.. dalam perjalanan tu kami berbuka.. makan lah apa yg ada dulu... sementara chef sediakan dinner.

ARTUN APARTMENT

Terletak di daerah Hofn , ini antara apartment yg mahal kami menginap, bilik je pun.. agaknya area ni memang kekurangan rumah tumpangan kot itu yg harga sewa naik melambung. Kami sewa satu bilik besar ni dengan dua katil. Duduk anak beranak ok la kot hehe.. Ada dapur sendiri tapi bilik air kongsi kat luar.. entah berapa bilik apartment ni tak tau la.. ada dengan bunyi orang berbual di bilik lain tu.. makna nya ada juga penyewa la tu. 






Sebelum prepare dinner Ustaz kluar ke pasaraya di pekan berhampiran kami berdua malas nak ikut .. nak meluruskan tulang jap hehe.. 



Dinner pun simple je.. yg best tu ada cekodok pisang.. Pisang impot dari Costa Rica. Kebanyakkan bahan makanan di ICELAND ni di import dari luar.. pasal tu agaknya mahal. 



bilik yg kami sewa duduk kat bawah tu.. entrance masuk tu kongsi dengan bilik2 yg lain.. so kalau nak kunci kunci pintu bilik je lah.. 

ok lah hari pun dah malam badan pun perlu berehat dulu.. esok kita jumpa lagi berkemas lagi berpindah lagi. 

BERSAMBUNG




2 comments:

Kakcik Seroja said...

MasyaAllah...SubhanAllah...cantiknya pemandangan...

Bila bab nama tempat tu, saya baca ikut suka saya je...hahaha

zino said...

kakcik Nur

nama tempat dia memanga tergeliat nak sebut hehe nak mengeja pun terkial2 hehe