seperti di janjikan jom kita ke lapuran bergambar seterusnya . Majlis di IDB cheras KL.
Ini majlis ke tiga yg kami buat.. sebelum ni majlis berlangsung di depan rumah dengan memasang kemah. tapi kali ni kami pilih utk di buat di dewan memandangkan jiran2 semakin mewah masing masing ada 4 5 biji kereta.. dah tak sesuai nak pasang kemah dengan rumah hehe..
Majlis di dewan ni pulak ada pelbagai pekej ikut yg mana kita nak.. siapkan je lah RM yg bersesuaian dengan pakej. Cuma sedara mara susah sikit la tak ada tempat nak lepak.. dan baring baring..
Satu perkara yg amat susah nak di agak dalam menganjurkan majlis ni ialah bilangan jemputan yg akan hadir.. sebab dalam kad jemputan tidak di sebut penerima kad perlu bagi jawapan.. bagitu juga jemputan melalui whatapps atau mesej SMS.. ada yg menjawab akan hadir dan ada juga yg menjawab tidak dapat hadir dengan alasan tertentu.. di sini kira perlu membuat anggaran sendiri berapa ramai tetamu pada kali ini..
Selain tetamu kita perlu membuat pilihan menu yg mahu di hidangkan kepada tetamu.. biasa kita di saji dengan menu yg standard .. tapi zino sepakat utk buat kelainan .. stail menu kampong masakan NS.. tapi tak mau la podeh sangat macam masak di kampong hehe.. dari komen komen yg zino terima tetamu menyukai nya.. alhamdulilah..
Setiap kali majlis kenduri zino cuba mengumpulkan seberapa ramai kawan kawan lama sedara mara rakan sekerja rakan sama belajar sama ada di sekolah rendah dan menengah masa di kolej rakan yg rapat dalam senarai facebook.. dan sebagai nya.. ada juga yg zino jemput tapi dah lupa bagaimana rupa rakan tu sekarang.. maka berlaku lah sesi suai kenal.. ada juga yg saling berkenalan di majlis ini.. dan berjumpa rakan yg telah lama terpisah..
yg best nya ada rakan yg selalu zino jumpa tapi tak perasan pulak dulu dia rakan sama sekolah rendah hehe..
kepada semua yg dapat hadir.. kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih.. saya sangat hargai tetamu yg datang dari jauh semata mata mau sama meraikan majlis kami. ayu terbang dari JB utk majlis kami di sini. Ada juga sedara yg datang dari singapura . Rakan yg drive dari Batu Pahat semata2 nak hadir majlis kami. saya hargai semua usaha anda.. tanpa kehadiran anda semua majlis ini tidak mencapai matlamat nya.. ada banyak gambar tapi tak dapat nak di masukkan semua.. banyak gambar telah pun di terbitkan dalam FB dalam whatapps dalam sms.. sama ada yg zino tangkap atau rakan2 sendiri yg bergambar sesama mereka..
insyaallah jumpa lagi di lain majlis.







