Tuesday, July 9, 2019

AKHIRNYA JEMPUTAN TIBA

Semasa abah dan mak di jemput utk hadir taklimat perjalanan dan kursus intensif. status rayuan yg kami buat masih belum ada kabar berita.. Dalam surat maklum balas TH sebelum ni ada di catit sekiranya tuan tidak menerima apa apa jawapan dalam bulan ramadan anggap lah permohonan ini tidak berjaya. Tapi pihak syarikat minta juga kami hadir bersama bakal jamaah lain yg telah mendapat tawaran. Bila berbual bersama mereka terasa rendah diri sebab tidak mengetahui status kami ini macam mana..  sedangkan mereka sudah bercerita jadual penerbangan.. Tapi abah dan mak selalu positif kan diri.. Kita lakukan apa yg perlu kita buat dan bersangka baik dengan Allah.. Jika ada rezeki kita utk kesana kita pasti akan di jemput..

Pada hari Jumaat lepas abah terima panggilan dari syarikat.. memaklumkan supaya kami menanti panggilan pada hari isnin.. apa yg perlu kami lakukan ialah sediakan dua keping gambar saiz visa .. Bila abah tanya ada kah rayuan abah telah di terima tapi dia hanya minta abah tunggu call hari isnin. Dalam hati dah mula rasa berdebar2..

Semalam (isnin) selepas bersarapan abah terima call supaya hadir di TH utk mengambil surat tawaran dan buku kesihatan.. Ya Allah engkau mendengar rayuan kami , engkau makbulkan permintaan kami.. tetiba abah rasa sebak dan sangat terharu mendengar  berita yg selama ini kami nanti kan.. tanpa dapat di kawal menitik air mata abah kerana terlalu gembira.. tanpa berlengah kami terus ke TH hq di Jalan Tun Razak. Masa kami sampai kira2 jam 10.00 , ramai yg telah datang lebih awal.. bila abah bertanya di kaunter utk mendapatkan no giliran katanya ada ramai ni , kira2 4 jam kena tunggu.. abah senyum je apa lah sangat 4 jam sedangkan abah dah tunggu sejak tahun lepas lagi selepas mengemukakan surat rayuan. Dekat jam 1.00 baru no giliran abah di panggil.. Pegawai tu pesan pegi buat medical check up dulu dah lulus baru boleh jawab surat tawaran ni.. kami di beri 3 hari utk settlekan semua.

BERSAMBUNG
kisah buat medical check up..

14 comments:

maklang said...

‎الحمدالله tumpang gembira. Semoga dipermudahkan , sihat walfiat
Dan pulang dgn haji yg mabrur. Doakan kami juga dan sampaikan Assalamualaikum pada Rasullullah. Katakan pd
Bagindakami rindu pada nya..😭😭😭

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Semiga Allah SWT permudahkan urusan seterusnya hingga mendapat haji yang mabrur. Aamiin

Unknown said...

Alhamdulillah. .syukur nikmat. .Semoga mendapat haji yg mabrur

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur.. Jemputan dariNYA telah tiba. Semoga segala urusan dipermudahkan.. (Azwa)

sabri ismail said...

sebak dan gembira.. berkaca juga air mata ari membacanya. alhamdulillah. moga2 abah dan mak dapat panggilan haji tahun ini. insyaa allah.

ZakiahMohdOr said...

Syukur, semuanya perancangan Allah

al-lavendari said...

Alhamdulillah .. tahniah.

zino said...

maklang
terima kasih

zino said...

kakcik seroja
amin terima kasih

zino said...

unknown
terima kasih.. amin

zino said...

azwa
aminn terima kasih

zino said...

sabri ismail
alhamdulilah.. terima kasih atas doa nya

zino said...

zakiahmohdnor
aminn alhamdulilah

zino said...

al lavendari ( pakngah)
aminn terima kasih