Saturday, August 28, 2010

Duit raya...






salam semua,

Bagaimana agak nya persiapan anda untuk menyambut ketibaan syawal.. dah boleh la kan bercerita pasal raya.. hehe sekurang kurang nya sekarang ni masing masing dah menyiapkan berpasang pasang baju baru utk di pakai di hari lebaran nanti, atau masih tercari cari tema raya.. juga rasanya sekarang ni telah menyediakan berbekas bekas biskut raya , ada ramai yg menjadi pengedar di pejabat tu so ramai juga la yg meng oder nya.. cara mudah dan cepat untuk menyediakan juadah raya.. tak payah bersengkang mata utk membakar biskut raya.. bakar dengan RM hehe.... dan satu perkara lagi yg sudah sinonem dengan raya ialah duit raya..

Duit raya juga satu perkara penting di hari lebaran.. sebelum salam utk meninggalkan rumah tetamu di kanak kanak akan tertunggu2 bila agaknya tuan rumah nak hulur sampul yg ada duit.. sampul kosong tak mau.. telah menjadi satu kemestian utk memberi duit raya kepada kanak kanak.. kanak2 dewasa tak payah la kot.. hehe lagi banyak dapat lagi meriah la raya kepada anak anak ini..dan mereka akan berkira kira kalau ke rumah sedara ni akan dapat sekian RM , kalau bertandang ke rumah sedara yg tu pulak dapat duit bosi je hehe..

teringat zaman kanak kanak dulu, sebelum beraya kami akan berpakat sesama sedara, rumah mana yg nak di serang dulu hehe biasanya kami pergi ke rumah yg biasa bagi duit raya yg lebih.. masa tu mana ada sampul raya, sekarang ni ada pelbagai rekabentuk sampul raya ni....susah nak dapat duit kertas.. so semakin banyak rumah yg kami singgah semakin berat poket dengan siling, semakin kembung poket baju melayu.. semakin meriah bila kami berkumpul mengira duit raya..

berapa peruntukan duit raya kali ni??

12 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

tahun ni kena bagi ramai orang duit raya untuk kali pertama~

pitam~

kak Erna said...

peruntukan..tak bertambah..masih seperti dulu..he he..
persiapan belum ada..tah bila nak mula pun tak tau..

aNIe said...

Zino...tiap2 tahun peruntukan untuk anak2 sedara dan yang lain2...big boss yang akan tentukan...sebab dia big boss...kita tak kluar duit...hehehe...

Peket raya yang memula tu cantik ...bekonan den...

leeya said...

huaaaa...rsnya makin dewasa ni makin tak seronok nak sambut raya..sbb dah tak dapat duit raya..kena pulak bagi duit raayaaa..huaaaaaa!!!!

iZzuDdin said...

blm ble agak lg brape budjet..sbb br 1st time ni,utk famly trdekat jer dlu awal2 ni kot =)

NARDtheNERD said...

serang rumah orang kaya dulu...

yeay!!

Zareda Norman said...

peruntukan duit raya tetap sederhana.. untuk anak anak buah, cucu dah wajib.

Tapi kesian anak zar, tak de can dah nak beraya rumah ke rumah dengan kawan2.. nak kemana mana mesti dengan kami.. :)

MOKCIK AZWA said...

peruntukan duit raya tahun ni, cik abe uruskan...hehehe

sampul surat raya...recycle tahun lepas punya yang tak abess...

Angah said...

angah dah mengurangkan bajet duit raye terutama utk bebudak kampung, sebab adik-adik angah si hana dan si eja dah berkeja, giliran mereka pula ..:)

pB said...

tahun ni , syarikat tak bagi sampul duit.
Kad raya pun tak bagi


cut budget

Mak Su said...

alamak, sampul 50.00 tu sangatlah saspen

dulu2 mesti ada poket (baju kurung), nak isi duit siling

Riz Ardy said...

Selamat Hari Raya Abg Zino. Tahun ni alhamdulillah dapat juga beraya. Selalu beraya di perantauan.
Bila lihat gambar adik menerai baju n kasut raya, terasa dah kemeriahan raya tahun ni....