kat sini tak ada Polis tapi ada POLICIA hehe
sebagaimana di janjikan semalam , kita sambung lagi kisah perjalanan di perantauan.. semasa leka dan asyik mengambil gambar di luar stadium.. tak perasan ada mata memerhati kami.. agaknya dia nampak macam orang kampong masuk bandar agaknya.. dah sah orang asing.. entah siapa lah kami ni dari kaca mata dia... tak semena mena dia merapati kami... dan terus memanggil kawan zino... masa tu zino pun ada di sebelah.. bila dia tengok zino memerhati sama dia pun minta zino berunder ke belakang..
dia memperkenalkan diri sebagai polis pelancong dengan menujukkan kad polis dia sepintas lalu.. zino lihat kawan zino mengosongkan poket kiri dan kanan dan kemudian mengunjukkan dompet duit , yg mencemaskan Polis tu mengambil dompet duit kawan zino sambil membelek2 isi dalam nya.. apa kes ni !!!! kemudian dia minta pasport.. bila selesai dengan kawan zino dia beri isyarat supaya zino pulak datang dekat dia...
soalan pertama yg di tanya, "How much amerikan dollar do you have?" zino kata zino tak ada amerikan dollor yg ada cuma euro je..sejemput.. dia juga minta zino tunjukkan apa yg ada dalam setiap poket.. bukan ada apa pun tisu sapu hingus ada la.. lepas tu dia minta juga pasport.. dia belek2 tapi tak tanya pulak zino datang dari mana.. tau ke dia kalau kata Malaysia .. tapi dia ada tanya datang Madrid ni buat apa... lepas tu dia minta zino tunjukkan beg duit.. tunjuk kat dia berapa euro ada dalam tu.. buat malu komponi je Euro yg ada dalam tu bukan banyak mana pun hehe agaknya dia kesian tengok.. terus lepas kan zino.. nyesal agaknya nak gertak kami.. hehe kawan zino yg sorang lagi pun kena.. bila dah selesai dia boleh kata "have a nice day." . sambil tersenyum.. ciss..
kat KL pun tak pernah lagi kena tahan macam tu dengan Polis.. tapi memang kat Madrid Polis almost ada di mana mana.. sepanjang kami berada di sana .. Polis kelihatan di mana.. dengan kereta peronda dia tu.. kata mamat Madrid , Don't worry about our Polis , they are very professional.. no corruption.. tapi bila tanya biasa ke bila Polis tengok dompet duit .. dia pun tak boleh jawab..
Petang tu jam 4 sorang mamat Madrid datang nak bawa kami jalan jalan.. un offficial.. sambil meronda sambil dia bercerita tentang Madrid.. ada masa melopong juga bila mendengar kisah kemajuan negara orang ni.. rasa macam jauh sangat ketinggalan malaysia ni.. sambil jalan tu kamera bersiap sedia utk merakam setiap benda yg di lihat dan menarik perhatian.. cerita selanjut nya kita tengok gambar2 yg di rakam ya.. boleh tak? hehe
sekarang ni musim luruh..
cantik pulak pokok tu bila daun dia menguning dan akhir nya gugur..
jeles tengok GPS dalam kereta kawan ni hehe
nak cari satu pasang kat UNSER aci ntak?
meronda di kawasan taman... mamat ni lah yg jemput dan bawa kami jalan jalan..
yg ni pun Stadium tapi bukan lawan bola tapi kawan lembu hehe Sepanyol kan terkenal dengan matador nya.. dia pun bercerita kisah orang ramai yg berkejaran dengan lembu di jalan raya tu.. alah yg selalu tunjuk dalam TV tu.. kisah nya satu masa dulu cara nak bawa lembu ke Stadium dengan melepaskan nya di atas jalan raya kemudian di halau sehingga ke stadium.. kata nya jalan kecil lori yg bawa lembu tu susah nak masuk.. tapi bila mereka lepas kan lembu orang ramai ikut sama berlari dengan lembu2 tu.. lama lama jadi budaya dan pesta tahunan .. itu lah kisah nya hehe
saja tangkap gambar bas ni kawan kata nak ambik cop madrid tu je hehe
ikut sejarah nya menument ni dulu Gate sempadan madrid kat sebelah atas tu dulu nya luar Madrid , tapi sekarang dia dah duduk tengah2 Madrid.. kisah nya..
rasanya zino stop kat sini dulu.. penat menunggu gambar2 di upload.. dan zino juga tak mau cerita meleret sehingga keluar dari tajuk.. sebenarnya kami jalan sampai ke malam.. maklumlah jam 5.00 petang dah magrib.. dah golap.. malam tu kami berjalan kaki pulak ke kawasan shopping dalam kesejukan.. sehingga sampai satu masa tu glove dalam beg tu kena kluarkan.. mengokot di buat nya hehe
esok nya program resmi bermula maka kisah menghormati waktu akan menyusul.. nantikan sambungan nya.. terima kasih kerana sudi membaca..