Thursday, May 30, 2013

semakin jelas dan nyata....

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke tiga di opis baru ni.. rasa nya dah semakin jelas fungsi dan tugas yg perlu di galas.. dan zino dah nampak beberapa sektor perlu di tambah baik dan di buat sedikit perubahan.. semua nya menambah kecekapan dan keberkesanan peranan jabatan.. terutama seksyen di bawah kawalan zino.. dengan bilangan staff teknikal yg ramai.. (lebih ramai dari tempat dulu ) bebanan kerja yg banyak dan pelbagai.. kita kena work smart..

Perkara perkara yg perlu di beri perhatian dapat di rumuskan seperti berikut:-

KEUTAMAAN 
untuk melihat keberkesanan kerja yg di laksanakan kita perlu menilai semula keutamaan yg mana perlu di dahulukan yg mana boleh di kemudian kan.. yg mana urgent perlu tindakan sertamerta yg mana boleh di proses cara biasa..yg mana aduan dan yg mana permohonan..

SUMBER ADUAN
Sumber aduan juga boleh menyumbang atau mempunyai merit utk di beri keutamaan walaupun kemungkinan aduan tidak dalam kategori urgent tapi memberi impak besar kalau tidak di utamakan.. contoh aduan yg di lapur terus ke pihak pengurusan walau pun remeh tetapi boleh menjejaskan reputasi jabatan di mata pihak pengurusan sekiranya tidak di tangai dengan cekap dan pantas.

PENGURUSAN ADUAN.
Apabila aduan datang dari pelbagai sumber menguruskan semua sumber aduan kepada satu tahap yg boleh di urus dengan cekap ada satu cabaran yang sangat besar. semua aduan yg di terima seharusnya boleh di pusat kan dan di agehkan dengan cekap dan mempunyai elimen pemantauan dan pemeriksaan timeline.. pemantauan perlu berlaku dalam beberapa kaedah samaada fisikal dan bukan fisikal dan secara otomatik

SOP PENGURUSAN ADUAN
Skop ini juga perlu jelas dan di perjelaskan kepada semua peringkat sama ada dari hq atau pejabat tempatan. Tindakan dan tatakerja setiap peringkat perlu di mantapkan dan boleh di terima pakai.. tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar dan yg penting mempunyai elimen pemantauan dan selfchecking .(harap perkara ini dapat di lakukan semasa retreat nanti) supaya semua dapat bekerja dalam suasana tenang cekap teratur berkesan dan memuaskan hati pelanggan.

PENGUNAAN TEKNOLOGI.
Mau tidak mau peggunaan teknologi dalam meningkat kecekapan perlu di lakukan.. kita tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah sedia ada.. suka atau tidak perubahan perlu berlaku.. dan mesti berlaku.. dan kita mempunyai sumber dan kepakaran untuk melakukan nya..

PERUBAHAN SIKAP
untuk berubah untuk cemerlang untuk berjaya masing masing kita perlu berubah.. berubah cara kerja berubah cara mengendalikan sesuatu task dan tugas berubah dari segi menyelesaikan satu2 masaalah berubah dari segi kerjasama antara staff berubah dari segi keinginan menyelesaikan masaalah pelanggan.. keinginan berubah ini perlu terus berlaku sedikit demi sedikit .. sehingga ke tahap kita boleh berkata saya bekerja bukan semata2 nak makan gaji.. saya bekerja kerana saya suka melakukan nya dan dapat menyelesaikan masaalah pelanggan ada satu kepuasan kepada saya.. 

ada banyak lagi penambahbaikkan yg boleh kita lakukan utk menonjolkan semula jabatan kita sebagai sebuah jabatan yg berwibawa gah dan bertanggongjawab..

inshaallah.....we can do it...




11 comments:

Yunus Badawi said...

Tahniah kerana dilantik ke jawatan baru ini.

Diharap pegawai dan kakitangan jabatan tersebut bersemangat mcm zino juga. Barulah matlamat tercapai.

zino said...

Yunus Badawi

inshaallah mudah2an.. amin

-gedek! said...

Yang last sekali tu...

PERUBAHAN SIKAP

Yang tu paling susah, kan?

zino said...

Gedek
Betul itu yg paling mencabar

zino said...

Gedek
Betul itu yg paling mencabar

ckLah @xiiinam said...

Semoga makin cemerlang!!

MOKCIK AZWA said...

Yang paling penting bab paradigma sikap tu..memang payah nak ubah sikap sesetengah pekerja yang enggan berubah..

semoga berjaya!

zino said...

cklah
terima kasih

zino said...

azwa
itu yg paling sukar..

Zareda Norman said...

Jangan cepat melatah bila terima aduan ekstrem...

zino said...

zar
mental kena kuat hhehe