Monday, November 30, 2020

CEP 12

CEP 12

Projek2 pembinaan.. ( amaran entri yg agak panjang) 

Kali ni abah nak share pengalaman bekerja untuk beberapa projek pembinaan di DBKL . Pada peringkat awal kami banyak membina projek2 perumahan , maklumlah keperluan membina rumah rumah awam utk di sewa sangat mendesak. Target DBKL ada lah untuk mencapai tahap setinggan sifar. Membasmi kemiskinan tegar dan menyediakan perumahan yg selesa di diami oleh warga kota yang berpendapatan rendah. DBKL tidak di benarkan membina rumah untuk di jual. Kerana ia menyalahi akta ibukota yg berkaitan. Malah pernah satu ketika dulu DBKL mengambil inisiatif untuk membina rumah jual di wangsa maju, akibat nya Datuk Bandar di panggil menjawab di PAC.. Akhirnya kerajaan memutuskan DBKL tidak boleh terlibat dengan projek perumahan utk tujuan jual. Kita tak ada unit macam PKNS di Selangor .. Maka banyak lah tumbuh bangunan bangunan perumahan awam DBKL di merata tempat , Cheras, Sentul , Gombak, Bandar Tun Razak dan lain lain kawasan. DBKL juga membina sendiri bangunan2 kemudahan awan utk kegunaan warga kota saperti Dewan dewan serbaguna, surau , klinik, masjid ( bagi pihak JAWI) pasar  , stadium serta bangunan2 lain untuk kegunaan dalaman. Apa saja yg ada kaitan bangunan ada lah tanggung jawab jabatan kami. 

Setiap projek akan ada satu pasukan yang terlibat , kami panggil building team. Ia melibatkan pelbagai professional dengan kepakaran masing masing. Bos akan tentukan kita dapat projek apa dan siapa ahli dalam team kita, tak boleh pilih tak boleh mengelat hehe. Dalam satu satu masa abah terlibat dengan pelbagai projek dengan pelbagai team. Projek DBKL ni bukan nya sedikit ( dulu la) setiap jurutera handle pelbagai projek . Ada masa nya sampai berpuloh2 projek aktifdi pelbagai peringkat. Memang ramai superman masa tu kat DBKL. Alhamdulilah , abah sempat terlibat dalam beberapa projek antara nya ialanh tandas awam, dewan dan stadium , dua buah masjid , surau , perumahan awam 18 tingkat, perumahan awam 5 tingkat, klinik ibu mengandung dan kanak2 , pasar awam, panggung teater, dll. Empat projek ( sahaja) akan di sebut di sini. 

Projek pertama

Biasa nya projek pertama bos bagi projek yg kecik je .. nak bagi kita belajar dan bina keyakinan diri dalam kerja kerja analisa dan design. Masa belajar dulu tak ada pun di ajar design sebuah bangunan.. Skill tu kena develop perlahan lahan dan kena rajin bertanya... setelah 38 tahun projek pertama abah masing berdiri megah di Taman Tasik Titiwangsa iaitu sebuah tandas awam . DBKL memang banyak menyediakan kemudahan tandas awam di sekitar KL, mesti salah satu nya anda pernah masuk hehe.. Kalau dapat gambar nanti abah selit kat sini .. 

Nota : gambar public toilet tu bukan kat Malaysia hehe.

Stadium Titiwangsa.. 

Ini antara projek yang abah terlibat sebagai jurutera struktur. Tapak projek bekas tanah lombong. Kerja kerja piling ( menanam cerucuk) mempunyai sejarah tersendiri. Sebahagian dari tapak bilangan cerucuk yg di gunakan bertambah dua dan tiga kali ganda bergantung kepada keadaan tanah di kawasan tersebut. Sebahagian lagi tapak terpaksa di tukar menggunakan raft foundation apabila berlaku pergerakan tanah dan cerucuk yg telah di taman bergerak dan tidak boleh di gunakan lagi. Semua yang berlaku perlu di cari altenatif penyelesaian. Bumbung stadium menggunakan struktur spaceframe. Yang ni bukan abah design . Ianya perlu di rekabentuk oleh pemilik sistem.. design dan bina. Penghawa dingin projek ini di buat pada fasa kedua. Ujian pertama ketahanan projek ada lah semasa lawatan resmi Perdana menteri Malaysia ke Kuala Lumpur , kalau tak salah masa Tun Abdullah Badawi. Stadium penuh sesak, tempat duduk penuh dan di kawasan arena pun penuh dengan rakyat jelata ( dari merata tempat). Stadium ini juga menjadi pilihan warga kota untuk membuat majlis kenduri kawin, kalau datang ke stadium ini ingat abah hehe. 

Panggung Bandaraya 

Kepada peminat teater mungkin pernah masuk atau sampai ke panggung Bandaraya yang terletak berhampiran Dataran  Merdeka. Panggung asal yg di bina di tempat yg sama musnah dalam satu kebakaran. Team abah bertanggungjawab untuk membina semua panggung tersebut menggunakan kepakaran perekabentuk panggung antara bangsa hari UK ( kalau tak silap abah la) Konsep dia yg sediakan detail drawing jabatan abah yg handle. Dan abah sebagai jurutera struktur projek. 

Pembinaan projek ini penuh dengan cabaran. Terutama kerana ia nya berada di dalam bangunan ( lama) sedia ada . Ruang utk bekerja terhad , malah waktu kerja juga terhad bumbung panggung ada lah lantai mahkamah. Ad amasa masa kami di arah berhentikan kerja di sebakan hakim mempunyai urusan resmi di pejabat nya di atas. Pemilihan bahan juga kritikal terutama kerja kerja cerucuk . Mesin besar tidak boleh di bawa masuk. Cerucuk biasa juga tidak sesuai di gunakan. Gegaran perlu di minimumkan. Kawasan kerja gelap dan perlu pencahayaan tambahan. 

Berlaku satu insiden yang membuatkan abah hilang sabar, waktu tu abah di panggil untuk memberi kelulusan kerja konkrit. Mesej yang abah terima semua kerja persediaan telah di buat . Ia di akui c.o.w abah dan jurutera tapak pihak kontraktor. Semasa abah sampai ke tapak bina, kontraktor telah bersedia dengan semua peralatan dan manpower utk memulakan kerja. Abah sangat teliti dengan kerja abah, sebelum kerja akan akan memeriksa kerja kerja persedian yg di buat, besi tetulang telah di pasang dengan betul, saiz rasuk di buat dengan betul, dan formwork dalam keadaan bersih. Bila abah masuk ke dalam kawasan gelap lampu belum di pasang , abis macam mana nak tengok? Bila abah tanya bermacam2 alasan di beri . Ok la minta touch light sementara lampu di pasang sebab abah tak suka buang masa. Lebih 1/2 jam tunggu tak dapat di bekal kan. So makna nya ada pihak yg tidak jujur dengan abah. Bagaimana kerja di periksa dalam gelap !!! . 

Abah terus kata kerja konkrit hari ni batal . Dan abah pun balik . Semua yg ada di tapak terpinga pinga .. apa tak nya lori konkrit dah standby, pekerja dan ramai menunggu. Bertalu talu call masuk tapi abah tak jawab, ia merupakan satu peringatan dan pengajaran kepada kontraktor ,jurutera tapak dan staff abah di tapak supaya lebih serious bila bekerja. Memang semua kena lecture lepas tu, kontraktor datang mohon maaf dan berjanji perkara seumpama itu tidak berulang lagi di masa akan datang. Ada beberapa peristiwa lain yang berlaku tapi akhirnya panggung ini berjaya di siapkan. Cantik tapi abah tak pernah lagi hadir untuk menonton teater ( dapat tiket free beberapa kali ) hehe. 

Projek terakhir 
Masjid Wangsa  Maju .

Kepada warga Mangsa Maju atau sesiapa yang pernah ke Wangsa Maju tentu perasan sebuah masjid yg tersergam indah di lereng bukit tak jauh dari JJ. Pembinaan masjid ini mempunyai sejarah yang panjang. Akitek projek bertukar sepuloh kali ( harap kiraan abah betul ) tapi abah sebagai jurutera struktur projek kekal.. Ada pelbagai isu yang menyebabkan projek ini lama tertangguh . Pada satu hari tu bos panggil abah , dia lantik abah sebagai penyelaras dan wakil SO utk projek ni. Janji bos ( janji tinggal janji) kalau abah berjaya menggerakkan projek ni dan boleh di tawarkan dalam tempuh tertentu , ada ganjaran menanti abah ( ganjaran tu biar abah dengan bos je la yg tau) . Bila abah di beri tugas , abah akan laksana kan dengan bersungguh, ( ganjaran tu no. 2 ) ye la tu. 

Komplek masjid ini terdiri dari sebuah masjid , rumah kaki tangan dan sekolah agama. Di bina di atas tapak seluas 10.7 ekar dengan berjumlah RM 19 juta. Perletakan batu asas pada Mac 2004 dan peresmian oleh yang di pertuan agong pada Feb. 2009. Pembinaan mengambil masa yg agak lama kerana kontraktor pertama gagal menyiapkan projek sehingga terpaksa di tamatkan. Alhamdulilah kontraktor kedua walau pun agak lewat akhir nya berjaya menyiapkan projek ini. Banyak juga isu teknikal yg berlaku sepanjang tempuh pembinaan masjid yg sekarang di kenali, Masjid Usamah Bin Zaid. Walau bagaimana apun semua isu itu berjaya di selesaikan di tapak bina. Ini merupakan rekabentuk struktur yang agak mencabar buat abah. Jarak antara tiang agak jauh , saiz rasuk dan tiang yg di perlukan juga besar dan dalam. 

Walau bagaiamanapun sebelum projek siap 100% abah telah di arah berpindah ke jabatan lain. Sedikit demi sedikit skill kerja kerja analisa dan reka bentuk menjadi pudar, sayang sungguh. Kalau tak dah pencen2 ni boleh buat kerja design partime. Sekarang dah malas nak buka kod. Jika berminat nak tau lebih lanjut pasal masjid ini dan axtiviti keagamaan di masjid ini boleh masuk ke akaun facebook masjid. Bila datang ke masjid ni ingat abah ya. Hehe. 

Stadium Titiwangsa

Masjid wangsa Maju

Panggong Bandaraya

Contoh public toilet tapi ini bukan yg abah design 
dan bukan di Malaysia

Panggong Bandaraya terletak dalam bangunan ni 

Stadium Titiwangsa.



Bersambung..

Sunday, November 29, 2020

CEP 11

CEP 11


Beralih ke sistem komputer.. 


Semasa abah kembali bertugas di JPPK ( sebagai jurutera ) semua sistem kerja jabatan masih lagi di lakukan secara manual. Tak ada masaalah pun sebab memang semua orang pun guna sistem yg sama. Menaip guna typewritter , sediakan dokumen kontrak masih guna saikostyle ( ini bukan ejaan sebenar) , buat kerja analisa struktur dan rekabentuk pun masih kiraan cara manual.. jenuh berbulan bulan ambil masa untuk menyiapkan satu satu projek. Menyediakan lukisan pun manual . Masing masing ada drawing board besar di atas meja, ada T square yg panjang , ada pelbagai jenis pen. Banyak ruang di perlukan kerana meja lukisan besar besar. Memang meriah suasana kerja masa tu.. masing masing tekun di meja masing masing. Mengejar date line bila ada projek urgent. Ada yg bekerja laju ada yg selow !!! . Dan yang rajin dan ada yg faham faham sudah la.. lama lama kita dah boleh buat penilaian skill dan kebolehasilan kerja masing masing bila khidmat di perlukan. 

Bilik untuk jurutera pun tak cukup, satu bilik jurutera berkongsi dua orang tambah2 lagi jurutera muda macam abah.. ( dulu la pernah muda) . Bangunan 4 tingkat tu telah menjadi bagitu sempit utk kami semua. 


Abah tak pasti bila komputer mula di perkenalkan tapi proses peralihan dari kerja manual ke komputer bukan satu perkara yang mudah, terutama kepada pegawai dan kaki tangan senior.  Masing masing gerun bila sebut komputer ni hehe. Pada peringkat awal tak ada dasar yang jelas dari pihak pengurusan supaya semua jabatan beralih kepada penggunaan komputer. Bos abah ketika itu pun sangat skeptical bila sebut pasal komputer. Maklum lah orang lama hehe. Kata kata dia yang abah ingat bila sebut pasal komputer ialah 


Gabbage in gabbage out..  


Akhirnya kami di kalangan jurutera struktur mengambil inisiatif sendiri utk membuat perancangan beralih menggunakan komputer. Kami tubuhkan satu kelab yang kami panggil STRUTKOM Ahli nya terdiri dari jurutera struktur yang berminat ( by invitation only , bos pun kami tak pelawa hehe) . Setiap ahli di kenakan yuran bulanan , tujuan kami untuk mengumpul dana membeli PC untuk kegunaan ahli kelab. Pada peringkat awal memang tak ada dalam bajet pasal PC ni. Kalau mohon pun tak akan di luluskan !!! Bila cukup dana kami pun membeli satu pc lengkap dengan printer. Komputer zaman tu tak ada la  secanggih komputer masa ni. Screen pun hijau je . Hardisk pun tak ada semua data di simpan dalam floppy disk. Di kalangan kami jurutera struktur ada seorang yang baru balik oversea dia sorang je yg tau pasal komputer ni kami yg lain jadi murid tua belajar dengan dia hehe. 


Di pejabat kami dulu ( sebelum abah masuk lagi) ada jurutera dari Jepun yang berkhidmat di Jabatan kami ( tak ingat dalam program apa.) Apabila dia balik dia banyak meninggalkan buku buku kejuruteraan . Salah satu buku tu ada lah berkaitan dengan structural engineering programing, dalam buku ter terdapat banyak listing komputer kejuruteraan struktur menggunakan bahasa gwbasic  .. Masa tu Apa GW Basic pun abah tak tak pernah dengar . Kami pun mula mengorak langkah utk belajar bahasa tersebut dan membina program sendiri berpandukan buku Jepun tu. PC nya sebiji jurutera nya ada 6 orang, maka kami ambil masa utk menyalin semua listing tu ke dalam PC. Bermula dengan program yang sangat mendesak iaitu program untuk analisa rasuk. Bila di kira secara manual, lagi  panjang rasuk nya lagi lama masa untuk di analisa.. belum design lagi !!! . Happy sungguh bila listing yg berjela tu selesai di masukkan .. tapi bila “run” keluar berderet error haha.. ( masih tak boleh lupa reaksi kami masa tu haha) dah lah masing masing buta IT keluar pulak notification apa yg kami buat tu 90 % ada kesilapan . Tapi jurutera ni tak mudah give up.. kami analisa sama sama bincang sama sama ( dengan tunjuk ajar jurutera yg celik IT tadi) akhir nya kami berjaya mencari punca di mana silap nya dan berjaya menyaipkan nya.  Sampai masa utk di uji !! Ingat lagi kan apa bos cakap 


gabbage in gabbage out!! 


Setelah di uji beberapa kali dengan pengiraan manual , akhir nya kami puas hati program yang kami ushakan tu boleh di guna pakai. Dan projek pertama kami membantu bos dalam menyediakan data analisa utk projek Stadium bolasepak Kuala Lumpur. Projek tu bos ( jurutera kanan) yang handle kerana ianya projek super urgent dan perlu di siapkan sebelum ( kalau tak salah) SEA games.  


Tak lama lepas tu baru berlaku perubahan polisi dan komputer mula di bekalkan di setiap jabatan tetapi bilangan nya terhad. ( guna sama) Bilik jurutera belum ada komputer. PC yang ada adalah utk guna sama. Staff pun mula di hantar berkursus.. proses perslihan berlaku dengan sangat perlahan. Satu kaedah untuk menambah bilangan PC ialah melalui perolehan projek , bila ada projek utk di tawarkan kami selit kan satu dua PC ( konon untuk kegunaan projek oops) itu saja kaedah yg boleh menyegerakan dan menambah bilangan PC di jabatan kami. Bagaimana pulak komputer utk kegunaan jurutera? Abah menjadi pegawai pertama ( yang melanggar arahan) di jabatan yg membawa masuk komputer di bilik. Komputer tu di perolehi melalui projek , alasan abah utk kemudahan menguruskan projek. Kecoh satu pejabat ada pegawai bawa masuk PC ke bilik, jeles la tu. kata nya sampai masuk mesyuarat ketua jabatan hehe.. satu hari tu big bos naik ke tingkat abah dan masuk bilik abah!! Dalam hati abah berkata2 . Abis la , mesti nak kena marah dengan bos ni, abah dah langgar peraturan , pada masa tu semua PC utk guna sama , makna nya perlu di letakkan di tempat yg semua staff ada access.. Bos datang tanya abah macam macam tapi tak sentuh langsung pasal PC di depan mata dia tu hehe . 


Lama kelamaan section bilik lukisan pun beralih kepada penggunaan komputer sepenuhnnya , drawing board yg besar besar dah boleh di keluarkan ( spare satu dua tempat utk bentang lukisan. PC pun mula di bekalkan kepada setiap pegawai . Makin ramai yg celik IT . Pihak pengurusan pun mengatur pelbagai kursus berkaitan komputer. Ada yg cepat dapat kemahiran ada yg lambat ada yg masih tak berubah masih di tahap lama . Yang paling kelakar ada yg tak pernah ON kan PC di bilik nya !!! Hehe.. PC yang kami beli pada awal awal dulu kami derma kan ( kalau tak salah ke sekolah mana tah) tapi kelab STRUTKOM masih di kekalkan untuk membincangkan hal hal berkaitan komputer, program2 analisa dan design dan sebagai nya. 


BERSAMBUNG. 






Kerja kerja analisa dan rekabentuk struktur .. (beberapa contoh projek. )

CEP 10

CEP 10 


Engineer superman 


Habis belajar abah masuk semula ke Jabatan Perlaksanaan Projek Khas, DBKL. ( JPPK) Sebelum ni abah dah sebut serba sedikit fungsi jabatan ni. Lebih kurang jabatan ni boleh di umpama kan satu konsyetium syarikat perunding . Dalam jabatan ni di penuhi pegawai teknikal dan kakitangan sokongan yang bertanggung jawab merancang ,merekabentuk ,menyediakan dokumen tawaran , mengawasi kerja kerja pembinaan dan menyerahkan projek siap kepada klien. Klien kami ada lah lain lain jabatan dalam DBKL , ada juga projek kami buat untuk Kementerian Wilayah dan pihak JAWI. Kalau kerja kami ni boleh letak caj perunding agaknya sekarang abah dah boleh beli banglo 5 tingkat hehe. 


 Tugas sebagai jurutera struktur di JPPK ni tak glamur, tak ramai yang minat dan tak di kenali kawan kawan di HQ. Mana tak nya kerja ni tak menonjol dan jarang berjumpa geng geng di ibu pejabat sana. Kadang kadang bila hadir mesyuarat pun sampai ada yg tanya awak ni kerja DBKL ke ? Tak pernah nampak pun hehe. Jurutera struktur bekerja sendiri. Segala benda urus sendiri. Tak ada pembantu , tak ada TA tak ada teknisen sendiri. Struktur kerja membuatkan keadaan jadi macam tu.  Nak sediakan lukisan struktur kena minta bantuan unit bilik lukisan dan nak mengawasi projek di tapak kena bantuan kerani penyelia tapak , siap projek dia akan berpindah ketapak lain .. tak boleh simpan sendiri hehe. Bila masuk je ke jabatan ni abah terus dapat projek baru untuk kerja kerja rekabentuk struktur dan menyediakan dokumen ( lukisan dan spec) sebelum boleh di serah ke jabatan perolehan utk proses tawaran. Bila dah lantik kontrak kena selia sampai projek siap. Di sini kami bekerja dalam satu pasukan. Kami panggil building team, ada akitek ada jurutera awam, struktur, elektrik dan mekanikal ada juruukur bahan dan ada juruukur tanah. 


Sebab apa abah letak tajuk engineer superman? Hehe.. Bila abah memula masuk ke jabatan ini dulu dia tak ada program aperentis ( atau program mentor) utk tunjuk ajak kita proses nak buat kerja rekabentuk ni. Masuk masuk je kita dah di anggap superman , boleh buat segala benda .. pandai pandai sendiri lah nak minta tunjuk ajak dari rakan rakan senior . Ada yg baik dan membantu tapi ada juga yg menyombong pandang rendah kat engineer baru ni.. semua kesah 2 tu abah akan ingat sampai bila bila tapi abah tak akan detailkan kat sini .. biar la rahsia. Hehe Masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Teringat kata kata seorang sahabat abah dulu , dia di pindahkan dari jabatan lain ke bahagian struktur. Datang mengadu dengan kawan abah; 


I don’t know where to start , when i start i got stuck. 


Apa apa kerja pun kita buat atas minat dan kesungguhan , jika kita tak minat ia nya akan bertambah susah dan kita lambat belajar. Tapi jika kita berminat melakukan nya tiada sebarang kesukaran yang boleh menghalang kerja kita. Setiap cabaran itu ada kaedah untuk menyelesaikan nya. Dan ada kala nya kita kena berani melakukan benda baru , berani membuat engineering assumption dalam keadaan kekurangan data. Tapi ada ketika nya perlu berbincang semula dengan akitek projek untuk membuat pindaan yang sesuai supaya bangunan yg di rancang buildable , boleh di bina dengan selamat. Dalam kerja harian code of practice selalu menjadi rujukan, kitab utk engineer . Jangan keluar dari batas batas yang telah di tetapkan. ( kalau nak selamat la) ada rule of tumb yang boleh di jadikan panduan. Perkara utama yg perlu di titikberatkan ialah keselamatan awam, keselamatan pengguna setiap bangunan yg kita bina. Ok setakat ni agak2 dah boleh faham ke tugas struktur engineer ni ? Hehe. 


Secara kasar nya tugas jurureta struktur menyediakan kerja reka bentuk segala aspek pembinaan, bermula dari asas ( foundation) sama ada penapak atau cerucuk, struktur bangunan sendiri ( tiang rasuk lantai dan bumbung) , sistem bekalan air dalam bangunan , merekabentuk saiz tangki yg sesuai , ( tak cukup  air cari syabas ya hehe) rekabentuk longkang , jalan dan sebagainya . kerja rekabentuk ini kemudian di terjemah dalam bentuk lukisan supaya kontraktor boleh faham apa kehendak jurutera. Kan orang kata kalau nak mudah faham kena lukih... hehe . Dalam lukisan tu di tunjukakan saiz , panjang dan bilangan besi dan susunan nya bagi memudahkan kerja kerja pembinaan. Cuma rekabentuk jambatan abah tak ada pengalaman dan memang tak berpeluang pun cari pengalaman bidang tu. Ok cukup kot banyak banyak nanti pening nak fikir hehe.. apa yg abah boleh jamin seboleh boleh nya jurutera struktur akan memastikan kerja rekabentuk yang mereka lakukan keselamatan pengguna di beri keutamaan. Insyaallah.. bak kata mat salleh kerja rekabentuk akan di buat, 


To the best of my knowledge following the rule and regulation in the code of practice. Lain lain kita serah dengan Allah . Nanti abah tempek gambar gambar ( nak google dulu hehe) 


Bila dapat projek yg pelik pelik lain sedikit dari kebiasaan kami engineer biasa nya berbincang sesama sendiri dan bertukar tukar pendapat dan cadangan sebelum memulakan reka bentuk. Dan zaman memula kami bekerja dulu semua rekabentuk di buat secara manual !!! Boleh bayangkan tempuh masa yang kami perlukan utk menyiapkan satu satu kerja. Lagi besar bangunan lagi lama masa di perlukan. Komputer di perkenalkan beberapa tahun selepas itu. Itu pun pada mula nya berlaku rejection di peringkat awal.. maklum la sebut komputer  pun masing masing dah fobia hehe.. Dari typist hingga la ke engineer sendiri seram bila sebut komputer ni. 


BERSAMBUNG.. 

teknologi komputer di perkenalkan.

CEP 9

CEP 9 


Sambung belajar dan kawin... 


Perkenalan saya dengan bekas gfren dulu agak panjang . Bermula sejak abah di form 3 lagi ( amboi.. sekolah lagi dah pandai ngorat ke?) hehe.. dan ia nya berlaku secara kebetulan bila satu hari tu abah lalu di satu kelas ni.. ( kelas budak tingkatan satu) abah nampak banyak lukisan yg di tampal di dinding belakang.. abah pun komen la salah satu gambar tu. Gambar tak cantik pun letak situ . Hehe Kebetulan sepupu abah dari kelas tu dia pun menyampuk, tak nak kenal tuan punya lukisan ke ? Dia cantik!! . Abah sengeh je lah tanpa sebarang reaksi ( ehh betul ke tu ?) So di situ lah semua nya bermula.. Lepas tu selalu la kami jumpa secara berkumpulan, sama ada acara di sekolah atau datang beraya di rumah sepupu abah tu ( tersinggah la rumah abah sekali hehe) Zaman tu abah ni pemalu sikit orang nya ( iya la tu hehe) .. 


Sehingga la abah sambung belajar dan mula bekerja . Ada ketika nya persahabatan tu terhenti sekejap . ( cerita ni pun panjang) Beberapa tahun juga rasa nya tak ada berita di antara kami. Sehingga la pada satu hari tu abah bertembung dengan dia semula di atas jambatan pejalan kaki di Chowkit tu.. ( tempat Sudirman menyanyi dulu) dia bersama kakak ipar dia dan abah bersama kawan abah.. Bila terlihat saja dia tetiba jantung bergerak laju cewah.. !!! Sejak tu kami mula berkawan semula dan di pendekkan cerita sampai la buat keputusan utk mendirikan rumah tangga. ( sudah di takdirkan dia jodoh abah) 


Sebelum tu , abah juga telah set untuk sambung belajar, tahun sebelum tu ramai kawan di DBKL pergi oversea belajar tapi tahun abah mohon hanya di luluskan utk belajar dalan negeri. Abah dengan seorang lagi kawan baik ( sama kerja sama pemegang biasiswa Datuk Bandar dulu) apply dan sama sama berjaya masuk sambung degree di UTM Jalan Gurney , kemudian nya di tukar ke Jalan Semarak . Untung nya masa tu kami dapat cuti bergaji penuh selama tiga tahun. Elaun tesis dan elaun buku pun dapat. Tak tau sekarang ada tak lagi kemudahan serupa di beri kepada kakitangan yg nak menyambung pengajian. Majlis perkahwinan kami berlangsung tiga bulan selepas abah start kelas. ( semasa term break ) . Segala persiapan di kampong mak yg urus abah balik hujung minggu je sehinnga la cuti term break tu. Majlis kenduri hari sabtu , ahad balik Kuala Lumpur bersama isteri dan isnin masuk kelas. Tak merasa nak honeymoon langsung. Kami kawin di usia muda . Tarikh perkahwinan abah sama dengan majlis perkahwinan pasangan di raja Putera Charles dan Puteri Diana . Iaitu pada 8 hb Ogos 1981 . Tu la kawan2 yang datang sibuk nak balik cepat nak tengok life hehe. 


Belajar dan berumah tangga merupakan satu cabaran yang terpaksa kami lalui , mereka yg melalui proses yg sama faham keadaan ini. Pagi2 selepas hantar isteri ke pejabat baru abah ke kelas.. Malam malam keluar ke rumah sewa kawan2 utk belajar dan diskus bersama . Kadang kadang ( kebiasaan nya) berlarutan sehingga tengah malam. Walaubagaimana ia nya tidak menjejaskan kehidupan kami berdua dan kemudian nya bertiga dan berempat ( bila grad) dan tidak juga menjejaskan pembelajaran abah. Teruja dan sangat happy bila nama abah tersenarai dalam top 14 ( harap bilangan ni betul) dalam kelas masa tu. Semasa hari graduasi ayah dan mak pun datang di sertai menantu dan dua cucu mak dan ayah. Oleh kerana hanya dua tetamu yg di benarkan masuk hanya ayah dan mak dapat menyaksikan abah naik ke pentas sebaris 14 pelajar cemerlang lain sebelum di ikuti semua pelajar .. Ada 4 orang pelajar yang sama abah masa tu , tapi sayang nya salah seorang kawan abah terpaksa menarik diri kerana masaalah pembiayaan. ( pinjaman / biasiswa yg di mohon tak lulus bukan dari DBKL ) rasanya lebih 80 rakan yg ambil diploma dulu mengambung pejalarang pereringkat ijazah. Dan ada beberapa orang sehingga ke peringkat PHD. 


Kembali ke DBKL .. kembali ke jabatan yang sama. 








BERSAMBUNG.

Thursday, November 26, 2020

CEP 7

Penyeluk saku 

Pudu Raya merupakan Sebuah terminal bas yang sangat sibuk di tahun 80 an. Tambah tambah lagi tiada peraturan ketika menaiki bas. Siapa kuat siapa berani siapa besar dia akan dapat naik dulu. Naik bas berebut bertolak tolak , tarik menarik.. pelik betul biala di fikirkan Kenapa lah pihak pengurusan PuduRaya masa tu membiarkan keadaan tu berlarutan sekian lama. Tambah kecoh bila tiba musim perayaan. Nak mendapatkan tempat dalam bas merupakan satu penyiksaan. Namun apa saja keadaan nya balik kampong merupakan satu kemestian.. lebih lebih lagi selepas gaji. Apa lagi bila kampong tak jauh dari Kuala Lumpur. Sampai ada yang kata kalau orang negeri ni kucing beranak pun nak balik hehe.. ala jeles la tu 

Berlaku satu peristiwa semasa abah hendak menaiki bas ke Seremban. Macam biasa la berebut semasa nak naik bas tu. kalau tak berebut melopong je lah tengok orang naik. Sampai ke malam tak akan dapat naik. Semasa berada di pintu bas tu abah terasa dompet abah di ambil orang tapi tak pasti siapa . Bila abah periksa sah dompet dah hilang. Abah pun cepat cepat mengadu dengan pengawal yg memerhati je penumpang berebut naik. Satu kumpulan pengawal datang mengepong bas dan mengarahkan semua penumpang yang dah naik turun beratur dan pemeriksaan di buat seorang demi seorang . Tapi mana nak ada dah penyeluk saku sibut berebut je bukan nya naik bas pun. Zaman tu kes penyeluk saku ni memang sinonem dengan PuduRaya. Dah banyak kes berlaku. Bila selesai pemeriksaan dan memang tak jumpa apa apa penumpang di benarkan menaiki bas semula dan abah di nasihatkan untuk membuat report polis . Masa tu abah balik belenggang je beg pakaian pun tak bawa. Dengan tak ada duit nya abah berjalan kaki ke balai polis Jalan Bandar . Yang abah ingat abah selepas membuat lapuran di kaunter abah di minta berjumpa inspektor di tingkat satu. Selesai abah bercerita , inspektor tu tanya abah. Ada duit tak nak makan ? Abah kata semua dalam dompet , satu sen pun tak ada .. Inspektor tu hulur RM 5.00 sambil tanya cukup tak buat tambang ? Abah kata cukup. Dengan sedih nya abah teruskan juga hasrat nak balik kampong berbekalkan duit 5 ringgit . Sampai kampong mengadu dengan mak dan ponjam duit mak utk belanja dan balik KL. 

Bila masuk kerja abah cerita dengan kawan kawan di tapak. Ada seorang kawan ni duduk di Setapak kata nanti aku bagitau gengster Setapak. Dia boleh dapatkan dompet tu balik. Duit tu payah la. Abah tak berapa percaya apa yg kawan abah cakap masa tu. Macam mana dia nak cari penyeluk saku tu , dompet tu mesti dah di buang merata rata. Jadi abah pun tak ada lah mengharapkan apa apa. Kena lah buat ic baru lesen baru , memang dah tak ada harapan nak dapat balik. Selang beberapa bulan , abah tak ingat  berapa lama tapi memang dah lupakan dah nak dapat balik dompet tu, abah terima satu pos berdaftar di alamatkan di pejabat. Bila abah buka abah terkejut dalam tu ada dompet dan Kad pengenalan !! Duit ? Memang dah tak ada la.. ehh macam mana dia tau nak pos ke opis? Mana dia tau opis abah kat mana Kad pengenalan tu alamat kampong. Betul la apa yg kawan abah cakap dompet dan IC boleh dapat balik duit hangus. So sampai sekarang abah masih simpan kad Pengenalan yang tahan lasak tu. Bias nya bila kita tukar ke kad pengenalan baru yang lama akan di musnahkan. 

Beberapa tahun lepas tu. erlaku perubahan besar di Pudu Raya , peraturan beratur untuk menaiki bas di perkenalkan. Masa tu tak ada dah berebut. Pengawal yang bertugas di beri kuasa untuk mengahalang dan menahan penumpang yang tidak mengikut peraturan . Maka berlaku keadaan dimana que beratur di Pudu Raya berjela jela panjang sehingga keluar bangunan. Tapi semua puas hati semua orang berpeluang naik bas , tak perlu lagi berebut. Budaya beratur ni di perkenalkan di mana mana tempat menunggu bas. Lama kelamaan beratur telah menjadi satu budaya sehingga sekarang.. Tak perlu pengawal untuk mengarahkan penumpang beratur. Hari ini Pudu Raya dah moden telah di jenamakan semula sebagai Pudu Sentral , dah ada ekon dan ada pusat bayaran bil setempat , malah fungsi nya sebagai terminal bas utama telah di ambil alih Terminal Bas Tasik Selatan. 


                                   Ini lah keadaan di Pudu Raya sekitar tahun 80 an .. 
                                   bukan saja naik ikut pintu , ikut tingkap pun ada hehe
                                    Ini keadaan bas masa dulu... sampai sekarang pun abah masih 
                                     nampak bas yang macam ni.. 

                               Ini lah Pudu Raya satu nama yg cukup sinonem dengan 
Bandaraya Kuala Lumpur. 

CEP 8


CEP 8

Perancangan sulit mak dan ayah.. hehe


Hampir 3 tahun bekerja baru dapat beli kereta. Budak budak sekarang payslip belum dapat pun dah dapat kereta baru .( anak anak abah la tu hehe) . Harga kereta masa dulu tak ada la melambung lambung macam sekarang. Tapi sesuai la dengan keadaan masa tu , lagi pun gaji berapa je. Masa abah mula kerja dulu basic gaji utk Pembantu Teknik baru RM 560.00 sebulan manakala pemegang ijazah ( kalau tak salah abah ) baru RM 780.00 , tapi harga barang murah. Kalau bawa RM 50.00 ke pasar  utk belanja utk seminggu, boleh beli beberapa jenis ikan. Kereta yang popular masa tu Datsun 120Y , Mazda 323 , Toyota Corolla dan Honda civic . Harga sebuah Honda Civic baru 1238cc ialah RM 13,500.00 . Mula mula berangan nak beli moto skremler tapi mak tak galakkan ( gren pun tak suka hehe) Hehe . Buat pinjaman kenderaan Datuk Bandar . Kereta honda civic yang abah beli masa tu tak ada airkon!!! tak ada anti rust . Basic je kalau nak mewah ke add kemudian. Tapi walaupun tak ada airkon selamba je bawa kesana ke sini. Kat dalam pasang kipas kecik tu.. Yang susah sikit bila hujan dah la kena tutup semua cermin.. Cermin kereta pulak berkabus hehe.. siap tuala nak lap cermin dari dalam. 


Seminggu atau dua minggu lepas beli kereta mak ajak pegi jalan jalan ke rumah sedara . Ayah , mak dan mak long naik kereta baru pergi ke dua distinasi. Yang mana satu pergi dulu abah tak berapa pasti tetapi yang abah ingat satu di Kuala Klawang dan satu di Nilai. Kuala Klawang tu rumah sepupu abah,  anak perempuan maklong. Sepupu abah ni pulak masa sekolah dulu satu kelas dengan abah , kami sebaya. Apa tujuan ziarah sana abah pun tak clear abah ni driver je.  Selepas tu kami ke Nilai . Maklong yg tunjuk arah ikut jalan mana masuk simpang mana nak cari rumah siapa. Pendekkan cerita sampai la ke sebuah rumah . Maklong mak dan ayah turun abah slow sikit sambil memerhati dari dalam kereta.  Tak lama lepas tu abah mak dan malong datang semula ke kereta katanya tuan rumah ada di kebun dan abah kata kita ke kebun dulu. 


Sampai di kebun ( tak jauh dari rumah) abah nampak ada seorang pakcik sedang menguruskan kebun nya .. mak kata pakcik ni sedara maklong , maklong ni kakak ipar mak. Entah apa yg di borakkan di kebun tu abah tak ikuti sangat , budak budak mana boleh menyampuk bila orang tua bercakap . Abah berdiri je kat sebelah kereta sambil menunggu dia orang sembang. Lepas tu pakcik tu berkemas2 dan jemput kami semua ke rumah ( rumah yg kami singgah tadi) . Kat rumah pun mereka masih rancak berbual tapi abah tak beri perhatian sangat . Lama juga kami kat rumah tu.. ada la tu yg penting sangat yg di bincangkan sehingga minta abah bawakan mereka ke sana. 


Selesai urusan mereka kami pun balik. Sama ada petang nya atau esok nya baru ayah buka cerita  , masa tu abah duduk sorang sorang di pelantar ayah datang “man talk” hehe. Ayah kata sebenar nya semalam tu kita pergi Nilai sebab mak long kau nak kenalkan ekau dengan anak buah dio .. bederau darah abah dengar nya.. ayah tak selindung langsung cakap  direct to the point. Tapi ayah kata , anak sedara maklong yg nak di kenalkan tu tak sampai sampai dari ITM.. janji nya dia balik .. ( patut la mereka berbual panjang rupa2 nya menunggu calon menantu sampai hehe ) . Sambung ayah lagi. Itu cadangan ayah dengan mak la.. ekau dah ada orang ko? Kok ado cakap .. ayah dengan omak boleh terima kalau dah ado . Dup dap dup dap jantong abah masa tu .. Memang la abah dah ada fren tapi rasa macam belum sampai maso nak buka cerito hehe.. tapi kalau abah tak cerito takut abah dengan mak dan maklong ajak ke Nilai sekali lagi hehe.. 


Abah pun cerita la, sebenar e sey ado sorang kawan , dulu satu sekolah kek Astano Rajo tapi bukan satu kelas la. Lamo gak dah berkawan. Abah pun cerita lah Kisah akak ipar e ado tanyo .... soalan cepumas semasa abah duduk di serambi rumah dia di kampong .. sebenar nya kami balik sama dari KL singgah minam jap sebelum abah balik ke kampong.. Ayah dengar je cerita abah.. last last ayah kata, kalau dah betul2 pekonan bagi tau ayah dan mak uruskan. Tak elok berkawan lamo lamo dan bawa anak orang ke hulu ke hilir .. oops hehe.. abah pun janji bilo sampai maso nanti abah bagi tau balik. Dan program Nilai terbatal hehe.. puh lega.. 


Pendekkan cerita akhirnyq kami pun bertunang. Kisah abah dengan bekas gfen abah ni sebenarnya boleh buat sebuah novel lain hehe..  itu pun kalau bekas fren abah setuju di buku kan... tapi dengan syarat kena tukar semua watak.. sehingga kalau watak yg terlibat tu baca dia tak perasan yg itu adalah dia hehe.. nak kena bincang dengan pakar penulis novel ni.. 


BERSAMBUNG


Lepas ni kisah kawin dan sambung belajar.

Wednesday, November 25, 2020

CEP 6

Cep 6


Awek datang buat praktikal


Masa tu pembinaan flat Sentul Utara dah sampai ke tkt 9 atau 10 datang dua orang pelajar dari ITM utk membuat latihan praktikal. Kalau tak salah abah lama juga mereka kat tapak antara 4 atau 6 bulan. Mungkin student ITM boleh confirmkan berapa lama biasa nya latihan praktikal di tahun akhir kursus diploma. Kedua dua pelajar ni dalam jurusan Diploma Bangunan. Abah pun komfius juga jurusan ni nak kata civil bukan nak kata ukur bahan pun bukan. Mungkin mereka yg berkelulusan diploma bangunan ni sesuai bertugas sebagai membantu juru ukur bangunan di jabatan bangunan. ( kalau di dbkl la) 


Seorang berasal dari P Pinang cantik budak nya putih dan bersopan santun bila bercakap. Sorang lagi budak Kuala Lumpur kalau tak salah abah.. Mula mula abah perati je lah dari jauh nak tegur pun segan.. Lagi pun dia buat praktikal dengan pihak kontraktor bukan dbkl. Tapi lama lama jadi kawan.  Lama lama lagi jadi baik.. lebih lebih lagi dengan pelajar dari PPinang tu. Maklumlah dah hari hari berjumpa di tapak. Makan bersama sama ada di tapak atau keluar ke tempat tempat berhampiran. Tapi jangan salah faham hehe persahabatan kami atas dasar sama sama berada di tempat kerja yg sama.. Masa tu abah belum ada kereta lagi. Kemana pergi pun naik pengangkutan awam. Selalu la waktu balik kami balik bersama bila sampai Chow Kit abah sambung ke Setapak dia balik ke tempat dia menyewa bersama seorang lagi kawan dia tu.. ( tak ingat kat mana) . 


Pada suatu hari tu dia minta tolong abah temankan dia ke Batu Arang ia itu pergi melawat kilang batu bata di sana , ianya juga sebahagian dari program kursus utk dia menyiapkan proses membuat batu bata . Nak pergi dengan apa ? Kat mana Batu Arang pun masa tu abah kurang pasti tapi agak buat buat macam tau.. Ada juga la kami refer map ( belum ada google lagi ) utk mengetahui direction bila sampai masa kami nak ke sana nanti. Lepas bertanya kawan kawan abah rasa konfiden boleh bawa dia kesana. Abah pun pinjam moto rakan serumah , dia bekerja di JKR.. ( terima kasih ya.. kalau dia baca posting ni.. hehe) 


Pada hari yang di janji kan kami pun bertolak ke Batu Arang. Berpandukan map yg kami bawa , kami pun redah je lah .. tetiba ehhh rasa nya kita dah ter babas jauh ni.. tetiba kami sampai ke Kuala Selangor hehe.. Puas la bertanya sana sini macam mana nak patah balik ke Batu Arang.. Sampai satu ketika kami sampai di satu persimpangan. Ikut map ada jalan tapi abah tengok jalan masuk ke ladang kelapa sawit.. hanya jalan tanah merah. Bila bertanya kepada sesorang yg abah jumpa di kawasan tu dia kata betul jalan ni nanti tembus ke jalan arah ke Batu Arang. Suspen juga bawa anak dara orang menggunakan jalan tersebut. Tapi akhirnya kami keluar ke jalan besar dan jumpa signboard menuju Batu Arang.. lega.. 


Pendekkan cerita kami berjumpa kilang batu bata yg di cari , pengurus kilang seorang mat Salleh dari Australia sedia menunggu kedatangan kami. ( dah maklum awal2 nak datang) Kami pun di beri taklimat dan berjalan jalan di kawasan kilang. Semua proses membuat batu bata di ceritakan secara detail . Abah dengar je tak mencatit tapi kawan abah ni sibuk mencatat dan bertanyakan soalan.  Yang abah ingat kilang ni membuat facing brick. Ia itu sejenis bata yg di gunakan untuk dinding bangunan dan tidak di plaster atau cat. Batu bata itu sendiri dah cantik. Kami juga di bawa masuk ke dalam tempat membakar batu bata tu. Masa tu masih terasa bahang panasnya lagi sebab baru lepas di gunakan dan batu bata baru di keluarkan.  Di situ lah pertama kali abah mendengar, mat Salleh Australia bercakap inggeris . Sleng bahasa nya membuatkan abah terpinga pinga buat seketika. Sepatah haram pun tak faham.  Dah lama lama dengar baru boleh tangkap apa yg dia sebut. Kepada yg biasa ke Australia lebih maklum apa yg abah ceritakan. 


Selesai sesi taklimat ambil gambar dan jamuan ringan kami balikke KL . Nak balik rasa macam lebih mudah . Tak ikut dah jalan memula datang tadi dan rasanya lebih cepat sampai. Terima kasih kepada housemate yg sudi pinjam kan moto dia utk abah bawa awek jalan jalan ( buat lawatan) .  


Pada satu hari tu tokei no 2 kontraktor nak belanja kami makan di satu hotel. Sebenarnya utk meraikan kedua pelajar ni yang bakal mengakhir sesi praktikal di tapak bina. Abah tumpang tuah je. Tokei tu sekarang berpangkat Datuk dan agak di kenali ramai juga. Rasanya itu lah pertama kali abah merasa makan di hotel.. Apa nak oder  pun abah tak tau semua di cadangan oleh tuan yang nak belanja.. itu tak apa juga , hari itu juga lah firstime abah tengok orang bayar makanan tak guna duit hehe ( kampong betul abah ni) bila waiter sampai dia hulurkan sekeping kad.. Dalam hati abah terfikir mesti mamat ni kaya raya .. hulur kad pun dia orang terima.. hehe.. 


Kemudian abah mendapat maklum kawan abah tu melanjutkan pelajaran ke UK di bawah program young lecturer ITM , manakala tak lama lepas tu abah pun sambung belajar ( nanti ada satu episod pasal belajar semuala ni) . Abah juga mendapat maklum beliau sekarang merupakan seorang professor Madya di  fakulti Bangunan ( betul ke nama tu ?) atau sekarang hampir bersara dari perkhidmatan pendidikan tinggi. Macam mana abah tau ? Dulu semasa abah masih di DBKL abah ada menerima ramai pelajar ITM di bawah seliaan beliau. Selepas tamat praktikal kami dah lost kontak .. masa tu mana ada hp lagi. 


Sebut pasal hp ni pada satu hari tu tokei no 1 datang ke tapak. Dia memang jarang sangat datang dan bila sesekali datang penuh dengan bergaya. Memandu kereta Jaguar ( abah tau dari lambang harimau tu) park depan site opis.. pakai baju kemeja putih pakai seluar putih dan memakai topi. Datang utk berjumpa projek manager bertanyakan progress kerja la kot. Tetiba semasa dia berada di bilik mesyuarat tapak hon kereta berbunyi.. dengan kuat . abah ingat tentu alarm ada masaalah. Dia pun pergi ke kereta buka pintu dan mengeluarkan sesuatu.. Rupanya dia mengeluarkan talipun dan bercakap dengan penuh gaya.. wow.. !!! Hebat nya dia kacak nya dia hehe.. itu firstime abah tengok talipon mudah alih ni.. talipon atur.. bateri nya sebesar beg Jamesbond. Hanya orang yg ada ada je mampu guna masa tu. 


BERSAMBUNG

Beli kereta baru....

CEP 5

CEP 5

senario cara kerja masa itu.

Sentul Utara berbeza sama sekali keadaannya dengan Jalan Kenanga. Pada masa itu ( sekitar 1979/80) Jalan menuju ke Sentul Utara ni kecil je dan sekitar kawasan ni terdapat banyak rumah setinggan atau rumah kampong. Masjid Sentul di sebelah tapak projek. Daeah Sentul ni merupakan tapak bekas lombong bijih timah di masa dulu.  Tanah nya berpasir dan terdapat banyak tasik ( bekas lombong) di sekitar kawasan ni. Tetapi yang hebat nya banyak  projek perumahan DBKL  yg di bina di atas tapak bekas lombong. ( Hebat dan berani nya jurutera DBKL masa tu .) 

Sama saperti di Projek Jalan Kenangan dan kebanyakan projek yg sedang berjalan di tempat lain (di masa itu) , kerja2 konkrit di buat menggunakan site mix.. belum ada lagi syarikat ready mix ni. Di setiap tapak ( utk projek besar) kontraktor akan memasang silo simen untuk kegunaan di tapak. maknanya simen di beli secara pukal , bukan simen kampit. Konkrit pula di bancuh secara  manual.. Bancuhan yg biasa di guna dengan nisbah 1:2:4 . (grade 20)   Utk mengawal keseragaman konkrit merupakan satu cabaran besar kepada setiap kerani penyelia tapak, cow. Kadang2 terlebih air , kadang terlebih batu. Yang paling mudarat jika  terkurang simen... Bila bancuhan secara manual ni macam2 boleh berlaku.  Dari semasa ke semasa sample konkrit akan di ambil utk di buat kiub untuk ujian kekuatan. Malah setiap bahan yg di guna kan akan di uji dari semasa ke semasa. 

Kebanyakan pekerja binaan masa tu ada rakyat tempatan. Cina Melayu dan India. sedikit warga Indonesia. Rumah kongsi masih di benarkan utk di bina di kawasan tapak bina. Terdapat sebuah kantin utk pekerja .. Kami pun selalu lepak kat kantin pekerja ni. Biasanya kantin ni di kendali kan penduduk sekitar kawasan tapak bina. 

Teknologi tower crane pun masih belum meluas di Malaysia. Kebanyakan tapak menggunakan hoist frame utk mengangkut barang dan konkrit ke tingkat lebih tinggi.  Kebiasaan nya 2 atau lebih hoist frame di pasang di dinding bangunan yg sedang di bina. Bila bangunan semakin  tinggi hoist frame juga akan di sambung. ( kalau jumpa gambar abah tempek sini) 

Di projek baru ini abah di bantu seorang c.o.w ( orang lama) yang berpengalaman. Pak Cik ni  bekerja ikut buku dan tak boleh bertolak ansur dengan kontraktor. Berlalu beberapa insiden di tapak yg membuatkan penyelia pihak kontraktor hilang sabar dan hampir2 nak bertumbuk dengan pakcik ni. hehe. Dia punya berani lain macam. Pernah beberapa kali dia baling wheel barrow yg penuh konkrit ke bawah dari tingkat atas bila tak ber puas hati dengan bancuhan yg kontraktor sediakan.. 

BERSAMBUNG.. 




esok kisah student ITM buat latihan industri.

Monday, November 23, 2020

CEP 4

CEP 4
Engineering solution. 

( banyak term engineering pos ni ) 

Perumahan awam di mana abah melapur diri untuk memulakan tugas sebagai Pembantu teknik ( TA) ialah Sri Sarawak. Projek di peringkat awal pembinaan, cerucuk (piling dah siap) kerja konkrit atas satu sedang berjalan. Di tapak ini telah di tempatkan seorang c.o.w berpengalaman lulusan Universiti Taiwan. Oleh kerana ijazah nya tak di ikhtiraf kerajaan, dia tak dapat jawatan jurutera. Abah banyak belajar dari dia. 

Jalan Kenanga masa dulu tak macam sekarang. Masa tu susah betul abah nak cari gerai melayu . Kalau ada pun jauh dari tapak. Di seberang jalan Hang Tuah ada sebuah gerai mamak dan sebuah surau. Sekarang surau dah di gantikankan sebuah Masjid yg cantik. Kalau abah tak keluar kemana di situ lah abah lepak masa rehat. Sekarang kawasan tu dah maju , sebuah gedung besar  Kenanga whole sale menjadi tumpuan orang ramai utk membeli pakaian.

Disetiap peringkat pembinaan terutama kerja kerja konkrit , perlu mendapat kelulusan jurutera baru boleh di teruskan. Kontraktor perlu mengemukan borang permohonan utk membuat kerja konkrit satelah semua kerja persediaan siap , formwork , kerja besi dll. Tugas c.o.w membuat pemeriksaan bersama sebelum melapurkan kepada jurutera. ( dengan borang2 tertentu. ) Satelah jurutera berpuas hati baru kebenaran utk konkrit di keluarkan. Setiap kali kerja konkrit perlu ada standing supervision. Masa ni c.o.w dengan kontrktor akan selalu " bergaduh" di tapak. 
 
Kalau tak salah ingatan abah semasa pembinaan sampai ke tkt 6 , ujian kiub konkrit utk kerja tiang di salah satu blok tu gagal. ( kekuatan tak mencapai kekuatan minima yg di perlukan) ujian kiub 7 hari gagal ujian kiub 28 hari juga gagal!!!. ini satu isu besar.. !!.. jurutera mengarah kan coring di buat kepada tiang2 yg terlibat.. utk menilai kekuatan in situ konkrit.. Kadang2 kiub test gagal tapi ujian kiub coring ok. Kali ni kiub coring pun gagal... Jurutera keluarkan surat arahan kepada kontraktor utk menghentikan semua kerja di blok tersebut dan mengarahkan kontraktor memecahkan semula 2 tingkat yg telah di bina. Satu keputusan yg sangat mengejutkan kepada pihak kontraktor. 

Dah tentu kontraktor akan mengalami kerugian yg tinggi jika terpaksa merobohkan 2 tingkat yg telah siap di bina dan DBKL pulak tidak mahu menanggong risiko jika kerja2 di teruskan dan tiang2 tersebut gagal menampong berat di atas nya. Entah berapa kali bincang dan mesyuarat telah berlangsung dengan pihak kontraktor mencadangkan beberapa altenatif utk menyelamatkan keadaan. 

Akhir nya pihak pengurusan dbkl dan jurutera bersetuju dengan cadangan kontraktor beserta dokumen2 sokongan yg di sediakan oleh pihak kontraktor iaitu dengan membina welded steel box column bagi menampong ( mengambil alih) fungsi tiang di tingkat itu. Tiang plat besi ini berukuran lebih besar dari tiang sedia ada tetapi jika tidak di teliti kita tak akan perasan. Tak ada gambar nak tunjuk hehe. 

Sepanjang kerjaya Abah ada juga beberapa kali berhadapan dengan situasi seumpama ini yang memerlukan satu  penyeselaian alternatif di buat  apabila  keadaan biasa tidak boleh di laksanakan.. ( akan di ceritakan bila sampai masa nya nanti. ) satelah lebih 35 tahun bangunan masih gagah berdiri. 

Abah tak tunggu sehingga pembinaan sri Sarawak siap sepenuhnya kerana abah mendapat tugas baru untuk mengawasi projek perumahan awam baru yang akan di mulakan di Sentul Utara. Kiranya dah lulus ujian latihan sambil kerja di Sri Sarawak. hehe. 

BERSAMBONG

Sunday, November 22, 2020

CEP 3

CEP 3
kerani penyelia tapak 

Abah melapur diri di Jabatan Perlaksanaan Projek Khas, JPPK , ianya merupakan salah satu jabatan teknikal yg ada di DBKL. Pada asal penubuhan nya, jabatan ini bertanggung jawab menyediakan perumahan awam utk warga kota. Kalau kita perasan ada banyak rumah pangsa 5 tingkat dan 17/ 18 tingkat  di merata tempat di Kuala Lumpur ni ada hasil kerja keras jabatan ini. Tetapi lama kelamaan jabatan ini juga bertanggong jawab utk menguruskan sebarang projek pembangunan milik DBKL.  Nanti saya akan sentuh sebahagian projek2 ini dan lain lain projek yg saya pernah terlibat di episod2 akan datang. 

Semasa taklimat oleh pengarah jabatan kami di beri dua pilihan, sama ada bertugas di pejabat sebagai pelukis pelan atau kerja di tapak sebagai kerani penyelia tapak.. ( Clerk of work , COW) abah pilih utk kerja di tapak.. konon nak cari pengalaman di lapangan dulu. 

JPPK bertindak sebagai  sebuah jabatan perunding dalaman utk DBKL. ( ini abah yg bagi gelaran) Apa tak nya , jabatan ini lengkap dengan semua pegawai teknikal yang di perlukan  dari pelbagai bidang utk menguruskan sebarang projek pembangunan yg di arahkan Datuk Bandar. Ada akitek ada Jurutera struktur , awam, elektrikal dan mekanikal,  ada juruukur tanah beserta pembantu teknik dan juruteknik ( pelbagai bidang) termasuk pegawai dan kakitangan teknikal bilik lukisan . Pendek kata JPPK boleh handle (secara dalamam tanpa perunding)  sebarang projek .

Dalam menguruskan satu2 projek , di tapak bina di tempatkan kerani penyelia tapak bagi mengawasi kerja kerja pembinaan menyediakan lapuran kerja harian, menghadiri mesyuarat tapak dan yang lebih penting memastikan kontraktor membuat kerja pembinaan mengikut lukisan kerja dan spesifikasi, sebarang ketidakpatuhan atau penyelewengan perlu segera di lapurkan kepada Jurutera atau akitak ( mengikut bidang masing2) . Sebelum perlantikan pembantu teknik , cow terdiri dari juruteknik , tapi bila ramai TA baru yg di lantik ( zaman saya ) skop kerja cow di perluaskan kepada TA yg berminat. Pengetahuan dan pengalaman kerja sebagai cow ni zero pada masa tu.. maklum lah fresh graduate..  

Ada banyak projek pembinaan yg sedang rancak terletak di pelbagai kawasan semasa saya melapur diri. Nama abah naik utk bertugas di Jalan Kenanga , ya itu di tapak projek perumahan awam 17 tingkat.. yg ketika itu telah pun bermula ( tapi masih peringkat awal) Di kawasan yg sama terdapat beberapa lagi projek perumahan awam milik DBKL. ( rakan2 di perumahan boleh bantu kot nama kan semua projek yg ada di kawasan ni tq 😁😁 ) 

Bersambung..

Saturday, November 21, 2020

CEP 2

CEP 2 
Biasiswa Datuk Bandar

Masa mula2 masuk  UTM dulu.. ehh masa saya apply belajar dulu belum lagi di namakan Universiti Teknologi Malaysia , UTM .. tapi masih di panggil Institut Teknologi Kebangsaan ( ITK) .. setahun kemudian baru di naik taraf menjadi sebuah universiti . Nak cerita pasal biasiswa mula nya tadi tu..

Zaman saya belajar dulu terdapat banyak biasiswa dari pelbagai institusi yg membuat tawaran secara terbuka  di mana  kita boleh pilih. Ada biasiswa JPA ada biasiswa dari Kerajaan negeri dan ada juga tawaran dari syarikat2 besar saperti Petronas, bank2 dan sebagainya.. Dan ketika itu kita boleh buat pilihan nak apply biasiswa mana. Bayaran paling tinggi yg saya ingat Yayasan Sabah.. ( tapi khas utk orang Sabah bah ) Kerajaan negeri antara yg agak kecil nilai nya.. Pendek kan cerita abah pilih biasiswa Datuk Bandar..
Di sini bermula nya ikatan abah dengan Dewan Bandaraya Kuala lumpur

Rasa nya masa tu ( kalau tak silap la) semua pelajar bumi putra layak untuk mendapat biasiswa. Biasiswa JPA yg paling ramai.  Lagi pun pelajar pusat pengajian tinggi belum la seramai sekarang ni . Makna kerajaan masa tu masih mampu utk menampung semua. Cuma sekarang ni pemberian biasiswa terhad ( terpilih) manakala dan utk membantu pelajar2 yg memerlukan bantuan kerajaan menyediakan tabung pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National,  PTPTN  kepada setiap pelajar yg layak. 

Pembiayaan mencukupi utk yuran pengajian dan sara hidup. Saya tak perlu lagi meminta bantuan mak ayah di kampong semasa belajar.. pandai2 la adjust perbelanjaan bagi cukup. Alhamdulilah anak anak saya pun semua mendapat biasiswa JPA semasa mereka belajar kecuali adik. ( dapat pinjaman MARA) 

Sebaik tamat pengajian kami di arahkan utk mendaftar ( melapor) diri. Se ingat saya kami tak melalui pun proses temuduga untuk di terima bekerja.. maklumlah " anak" Datuk Bandar. hehe.. Ibu pejabat DBKL masa tu terletak di Bangunan lama sebelah bangunan Sultan Abdul Samad tu..( sepatutnya HQ kekal situ)  saya cuba juga cari tadi kalau ada gambar gambar lama tapi masih belum berjaya. ( ada tak yg rajin nak tolong carikan ? hehe)  Manakala jabatan Personal yg menguruskan kemasukan kami ( sekarang di panggil Jabatan sumber manusia) terletak di Bangunan Datuk Zainal di Jalan Ampang.  Dan Pejabat   di mana abah di tempatkan ( bangunan 3 tingkat ) berada di kawasan Flat Pekeliling tak jauh dari Bus Stand Pekeliling. Jabatan teknikal ini di  namakan Jabatan perlaksanaan Projek Khas. JPPK. Masa ni ibu pejabat DBKL di Jalan raja Laut yg sekarang ni masih dalam pembinaan. 

Semasa mendaftar bukan saja kami dari UTM  .. Datuk Bandar menawarkan biasiawa kepada pelajar dari pelbagai institut dan kolej.. terdiri dari pelbagai bidang. Dewan bandaraya masih baru masa tu. 

Perjumpaan dengan Datuk Bandar ( di rumah kediaman resmi di bukit Tungku. ) 

Bersambung.....

Friday, November 20, 2020

Catitan Engineer Pencen

CEP bab 1
Mukadimah...

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama tertangguh hasrat utk menulis atau merakam dalam bentuk penulisan pengalaman bekerja sepanjang lebih 38 tahun dalam perkhidmatan awam , atau lebih tepat bekerja dengan pihak berkuasa tempatan sebagai seorang pegawai teknikal. 

Pengalaman pegawai lain ( walaupun duduk dalam jawatan yg sama) mungkin berbeza dengan apa yg saya lalui. Jika is boleh menjadi pedoman atau tauladan kepada orang lain atau jenerasi muda.. adalah sangat2 di alu alukan. Kisah yg bakal saya tulis bermula dari sejak mula melapur diri sehingga lah bersara. Pengalaman pahit manis yg di tempuhi sepanjang tempuh tersebut.. Cabaran cabaran yg terpaksa di lalui yg memerlukan kita ( ada masanya) perlu membuat keputusan segera secara spontan pada masa tersebut. 

Peristiwa2 ini jika tidak di catit ia akan hilang lenyap bersama penyandangnya tanpa dapat di manafaat kan jenerasi akan datang.. atau menjadi bahan bacaan anak cucu di masa depan. Mungkin ada perkara2 yg saya sendiri telah lupa atau ingat2 lupa maklum lah peristiwa telah berlaku sekian lama. Tetapi kebiasaan nya bila kita mula menulis sedikit demi sedikit flashback akan muncul dalam memori. insyaallah.. 

Saya mula memasuki perkhidmatan awam pada tahun 1978 setelah tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia , UTM di Jalan Semarak ( sebelum tu Jalan Gurney .. dan nama baru  tak ingat.. ) dan menamat perkhidmatan pada bulan Dis 2016 . bermaana bila tiba Dis nanti saya telah melalui zaman kebersaraan ke EMPAT  tahun !!. 

Penulisan ini akan mengambil sedikit masa utk di tamatkan ( mudah2an sempat di tamatkan ) . jika berkesempatan nanti mungkin saya selitkan gambar2 yg boleh melambangkan kisah atau peristiwa di masa itu... 

Anda sudah bersedia... ??  ok sebelum tu apa dia CEP .. ianya mungkin tajuk yang sesuai saya gunakan kemudian nanti.. Catitan Engineer Pencen. 😁😁

BERSAMBUNG