CEP 11
Beralih ke sistem komputer..
Semasa abah kembali bertugas di JPPK ( sebagai jurutera ) semua sistem kerja jabatan masih lagi di lakukan secara manual. Tak ada masaalah pun sebab memang semua orang pun guna sistem yg sama. Menaip guna typewritter , sediakan dokumen kontrak masih guna saikostyle ( ini bukan ejaan sebenar) , buat kerja analisa struktur dan rekabentuk pun masih kiraan cara manual.. jenuh berbulan bulan ambil masa untuk menyiapkan satu satu projek. Menyediakan lukisan pun manual . Masing masing ada drawing board besar di atas meja, ada T square yg panjang , ada pelbagai jenis pen. Banyak ruang di perlukan kerana meja lukisan besar besar. Memang meriah suasana kerja masa tu.. masing masing tekun di meja masing masing. Mengejar date line bila ada projek urgent. Ada yg bekerja laju ada yg selow !!! . Dan yang rajin dan ada yg faham faham sudah la.. lama lama kita dah boleh buat penilaian skill dan kebolehasilan kerja masing masing bila khidmat di perlukan.
Bilik untuk jurutera pun tak cukup, satu bilik jurutera berkongsi dua orang tambah2 lagi jurutera muda macam abah.. ( dulu la pernah muda) . Bangunan 4 tingkat tu telah menjadi bagitu sempit utk kami semua.
Abah tak pasti bila komputer mula di perkenalkan tapi proses peralihan dari kerja manual ke komputer bukan satu perkara yang mudah, terutama kepada pegawai dan kaki tangan senior. Masing masing gerun bila sebut komputer ni hehe. Pada peringkat awal tak ada dasar yang jelas dari pihak pengurusan supaya semua jabatan beralih kepada penggunaan komputer. Bos abah ketika itu pun sangat skeptical bila sebut pasal komputer. Maklum lah orang lama hehe. Kata kata dia yang abah ingat bila sebut pasal komputer ialah
Gabbage in gabbage out..
Akhirnya kami di kalangan jurutera struktur mengambil inisiatif sendiri utk membuat perancangan beralih menggunakan komputer. Kami tubuhkan satu kelab yang kami panggil STRUTKOM Ahli nya terdiri dari jurutera struktur yang berminat ( by invitation only , bos pun kami tak pelawa hehe) . Setiap ahli di kenakan yuran bulanan , tujuan kami untuk mengumpul dana membeli PC untuk kegunaan ahli kelab. Pada peringkat awal memang tak ada dalam bajet pasal PC ni. Kalau mohon pun tak akan di luluskan !!! Bila cukup dana kami pun membeli satu pc lengkap dengan printer. Komputer zaman tu tak ada la secanggih komputer masa ni. Screen pun hijau je . Hardisk pun tak ada semua data di simpan dalam floppy disk. Di kalangan kami jurutera struktur ada seorang yang baru balik oversea dia sorang je yg tau pasal komputer ni kami yg lain jadi murid tua belajar dengan dia hehe.
Di pejabat kami dulu ( sebelum abah masuk lagi) ada jurutera dari Jepun yang berkhidmat di Jabatan kami ( tak ingat dalam program apa.) Apabila dia balik dia banyak meninggalkan buku buku kejuruteraan . Salah satu buku tu ada lah berkaitan dengan structural engineering programing, dalam buku ter terdapat banyak listing komputer kejuruteraan struktur menggunakan bahasa gwbasic .. Masa tu Apa GW Basic pun abah tak tak pernah dengar . Kami pun mula mengorak langkah utk belajar bahasa tersebut dan membina program sendiri berpandukan buku Jepun tu. PC nya sebiji jurutera nya ada 6 orang, maka kami ambil masa utk menyalin semua listing tu ke dalam PC. Bermula dengan program yang sangat mendesak iaitu program untuk analisa rasuk. Bila di kira secara manual, lagi panjang rasuk nya lagi lama masa untuk di analisa.. belum design lagi !!! . Happy sungguh bila listing yg berjela tu selesai di masukkan .. tapi bila “run” keluar berderet error haha.. ( masih tak boleh lupa reaksi kami masa tu haha) dah lah masing masing buta IT keluar pulak notification apa yg kami buat tu 90 % ada kesilapan . Tapi jurutera ni tak mudah give up.. kami analisa sama sama bincang sama sama ( dengan tunjuk ajar jurutera yg celik IT tadi) akhir nya kami berjaya mencari punca di mana silap nya dan berjaya menyaipkan nya. Sampai masa utk di uji !! Ingat lagi kan apa bos cakap
gabbage in gabbage out!!
Setelah di uji beberapa kali dengan pengiraan manual , akhir nya kami puas hati program yang kami ushakan tu boleh di guna pakai. Dan projek pertama kami membantu bos dalam menyediakan data analisa utk projek Stadium bolasepak Kuala Lumpur. Projek tu bos ( jurutera kanan) yang handle kerana ianya projek super urgent dan perlu di siapkan sebelum ( kalau tak salah) SEA games.
Tak lama lepas tu baru berlaku perubahan polisi dan komputer mula di bekalkan di setiap jabatan tetapi bilangan nya terhad. ( guna sama) Bilik jurutera belum ada komputer. PC yang ada adalah utk guna sama. Staff pun mula di hantar berkursus.. proses perslihan berlaku dengan sangat perlahan. Satu kaedah untuk menambah bilangan PC ialah melalui perolehan projek , bila ada projek utk di tawarkan kami selit kan satu dua PC ( konon untuk kegunaan projek oops) itu saja kaedah yg boleh menyegerakan dan menambah bilangan PC di jabatan kami. Bagaimana pulak komputer utk kegunaan jurutera? Abah menjadi pegawai pertama ( yang melanggar arahan) di jabatan yg membawa masuk komputer di bilik. Komputer tu di perolehi melalui projek , alasan abah utk kemudahan menguruskan projek. Kecoh satu pejabat ada pegawai bawa masuk PC ke bilik, jeles la tu. kata nya sampai masuk mesyuarat ketua jabatan hehe.. satu hari tu big bos naik ke tingkat abah dan masuk bilik abah!! Dalam hati abah berkata2 . Abis la , mesti nak kena marah dengan bos ni, abah dah langgar peraturan , pada masa tu semua PC utk guna sama , makna nya perlu di letakkan di tempat yg semua staff ada access.. Bos datang tanya abah macam macam tapi tak sentuh langsung pasal PC di depan mata dia tu hehe .
Lama kelamaan section bilik lukisan pun beralih kepada penggunaan komputer sepenuhnnya , drawing board yg besar besar dah boleh di keluarkan ( spare satu dua tempat utk bentang lukisan. PC pun mula di bekalkan kepada setiap pegawai . Makin ramai yg celik IT . Pihak pengurusan pun mengatur pelbagai kursus berkaitan komputer. Ada yg cepat dapat kemahiran ada yg lambat ada yg masih tak berubah masih di tahap lama . Yang paling kelakar ada yg tak pernah ON kan PC di bilik nya !!! Hehe.. PC yang kami beli pada awal awal dulu kami derma kan ( kalau tak salah ke sekolah mana tah) tapi kelab STRUTKOM masih di kekalkan untuk membincangkan hal hal berkaitan komputer, program2 analisa dan design dan sebagai nya.
BERSAMBUNG.
Kerja kerja analisa dan rekabentuk struktur .. (beberapa contoh projek. )
3 comments:
sewaktu saya mula bekerja, sistem komputer cuma ada pada mesin-mesin operasi sahaja. untuk kerja-kerja peribadi cuma menggunakan perisian seperti WordStar dengan menggunakan disked.
ya betul.perisian tu yg di guna masa tu.. terima kasih sudi singgah
Izin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))
Post a Comment