Thursday, November 26, 2020

CEP 7

Penyeluk saku 

Pudu Raya merupakan Sebuah terminal bas yang sangat sibuk di tahun 80 an. Tambah tambah lagi tiada peraturan ketika menaiki bas. Siapa kuat siapa berani siapa besar dia akan dapat naik dulu. Naik bas berebut bertolak tolak , tarik menarik.. pelik betul biala di fikirkan Kenapa lah pihak pengurusan PuduRaya masa tu membiarkan keadaan tu berlarutan sekian lama. Tambah kecoh bila tiba musim perayaan. Nak mendapatkan tempat dalam bas merupakan satu penyiksaan. Namun apa saja keadaan nya balik kampong merupakan satu kemestian.. lebih lebih lagi selepas gaji. Apa lagi bila kampong tak jauh dari Kuala Lumpur. Sampai ada yang kata kalau orang negeri ni kucing beranak pun nak balik hehe.. ala jeles la tu 

Berlaku satu peristiwa semasa abah hendak menaiki bas ke Seremban. Macam biasa la berebut semasa nak naik bas tu. kalau tak berebut melopong je lah tengok orang naik. Sampai ke malam tak akan dapat naik. Semasa berada di pintu bas tu abah terasa dompet abah di ambil orang tapi tak pasti siapa . Bila abah periksa sah dompet dah hilang. Abah pun cepat cepat mengadu dengan pengawal yg memerhati je penumpang berebut naik. Satu kumpulan pengawal datang mengepong bas dan mengarahkan semua penumpang yang dah naik turun beratur dan pemeriksaan di buat seorang demi seorang . Tapi mana nak ada dah penyeluk saku sibut berebut je bukan nya naik bas pun. Zaman tu kes penyeluk saku ni memang sinonem dengan PuduRaya. Dah banyak kes berlaku. Bila selesai pemeriksaan dan memang tak jumpa apa apa penumpang di benarkan menaiki bas semula dan abah di nasihatkan untuk membuat report polis . Masa tu abah balik belenggang je beg pakaian pun tak bawa. Dengan tak ada duit nya abah berjalan kaki ke balai polis Jalan Bandar . Yang abah ingat abah selepas membuat lapuran di kaunter abah di minta berjumpa inspektor di tingkat satu. Selesai abah bercerita , inspektor tu tanya abah. Ada duit tak nak makan ? Abah kata semua dalam dompet , satu sen pun tak ada .. Inspektor tu hulur RM 5.00 sambil tanya cukup tak buat tambang ? Abah kata cukup. Dengan sedih nya abah teruskan juga hasrat nak balik kampong berbekalkan duit 5 ringgit . Sampai kampong mengadu dengan mak dan ponjam duit mak utk belanja dan balik KL. 

Bila masuk kerja abah cerita dengan kawan kawan di tapak. Ada seorang kawan ni duduk di Setapak kata nanti aku bagitau gengster Setapak. Dia boleh dapatkan dompet tu balik. Duit tu payah la. Abah tak berapa percaya apa yg kawan abah cakap masa tu. Macam mana dia nak cari penyeluk saku tu , dompet tu mesti dah di buang merata rata. Jadi abah pun tak ada lah mengharapkan apa apa. Kena lah buat ic baru lesen baru , memang dah tak ada harapan nak dapat balik. Selang beberapa bulan , abah tak ingat  berapa lama tapi memang dah lupakan dah nak dapat balik dompet tu, abah terima satu pos berdaftar di alamatkan di pejabat. Bila abah buka abah terkejut dalam tu ada dompet dan Kad pengenalan !! Duit ? Memang dah tak ada la.. ehh macam mana dia tau nak pos ke opis? Mana dia tau opis abah kat mana Kad pengenalan tu alamat kampong. Betul la apa yg kawan abah cakap dompet dan IC boleh dapat balik duit hangus. So sampai sekarang abah masih simpan kad Pengenalan yang tahan lasak tu. Bias nya bila kita tukar ke kad pengenalan baru yang lama akan di musnahkan. 

Beberapa tahun lepas tu. erlaku perubahan besar di Pudu Raya , peraturan beratur untuk menaiki bas di perkenalkan. Masa tu tak ada dah berebut. Pengawal yang bertugas di beri kuasa untuk mengahalang dan menahan penumpang yang tidak mengikut peraturan . Maka berlaku keadaan dimana que beratur di Pudu Raya berjela jela panjang sehingga keluar bangunan. Tapi semua puas hati semua orang berpeluang naik bas , tak perlu lagi berebut. Budaya beratur ni di perkenalkan di mana mana tempat menunggu bas. Lama kelamaan beratur telah menjadi satu budaya sehingga sekarang.. Tak perlu pengawal untuk mengarahkan penumpang beratur. Hari ini Pudu Raya dah moden telah di jenamakan semula sebagai Pudu Sentral , dah ada ekon dan ada pusat bayaran bil setempat , malah fungsi nya sebagai terminal bas utama telah di ambil alih Terminal Bas Tasik Selatan. 


                                   Ini lah keadaan di Pudu Raya sekitar tahun 80 an .. 
                                   bukan saja naik ikut pintu , ikut tingkap pun ada hehe
                                    Ini keadaan bas masa dulu... sampai sekarang pun abah masih 
                                     nampak bas yang macam ni.. 

                               Ini lah Pudu Raya satu nama yg cukup sinonem dengan 
Bandaraya Kuala Lumpur. 

No comments: