Wednesday, November 25, 2020

CEP 6

Cep 6


Awek datang buat praktikal


Masa tu pembinaan flat Sentul Utara dah sampai ke tkt 9 atau 10 datang dua orang pelajar dari ITM utk membuat latihan praktikal. Kalau tak salah abah lama juga mereka kat tapak antara 4 atau 6 bulan. Mungkin student ITM boleh confirmkan berapa lama biasa nya latihan praktikal di tahun akhir kursus diploma. Kedua dua pelajar ni dalam jurusan Diploma Bangunan. Abah pun komfius juga jurusan ni nak kata civil bukan nak kata ukur bahan pun bukan. Mungkin mereka yg berkelulusan diploma bangunan ni sesuai bertugas sebagai membantu juru ukur bangunan di jabatan bangunan. ( kalau di dbkl la) 


Seorang berasal dari P Pinang cantik budak nya putih dan bersopan santun bila bercakap. Sorang lagi budak Kuala Lumpur kalau tak salah abah.. Mula mula abah perati je lah dari jauh nak tegur pun segan.. Lagi pun dia buat praktikal dengan pihak kontraktor bukan dbkl. Tapi lama lama jadi kawan.  Lama lama lagi jadi baik.. lebih lebih lagi dengan pelajar dari PPinang tu. Maklumlah dah hari hari berjumpa di tapak. Makan bersama sama ada di tapak atau keluar ke tempat tempat berhampiran. Tapi jangan salah faham hehe persahabatan kami atas dasar sama sama berada di tempat kerja yg sama.. Masa tu abah belum ada kereta lagi. Kemana pergi pun naik pengangkutan awam. Selalu la waktu balik kami balik bersama bila sampai Chow Kit abah sambung ke Setapak dia balik ke tempat dia menyewa bersama seorang lagi kawan dia tu.. ( tak ingat kat mana) . 


Pada suatu hari tu dia minta tolong abah temankan dia ke Batu Arang ia itu pergi melawat kilang batu bata di sana , ianya juga sebahagian dari program kursus utk dia menyiapkan proses membuat batu bata . Nak pergi dengan apa ? Kat mana Batu Arang pun masa tu abah kurang pasti tapi agak buat buat macam tau.. Ada juga la kami refer map ( belum ada google lagi ) utk mengetahui direction bila sampai masa kami nak ke sana nanti. Lepas bertanya kawan kawan abah rasa konfiden boleh bawa dia kesana. Abah pun pinjam moto rakan serumah , dia bekerja di JKR.. ( terima kasih ya.. kalau dia baca posting ni.. hehe) 


Pada hari yang di janji kan kami pun bertolak ke Batu Arang. Berpandukan map yg kami bawa , kami pun redah je lah .. tetiba ehhh rasa nya kita dah ter babas jauh ni.. tetiba kami sampai ke Kuala Selangor hehe.. Puas la bertanya sana sini macam mana nak patah balik ke Batu Arang.. Sampai satu ketika kami sampai di satu persimpangan. Ikut map ada jalan tapi abah tengok jalan masuk ke ladang kelapa sawit.. hanya jalan tanah merah. Bila bertanya kepada sesorang yg abah jumpa di kawasan tu dia kata betul jalan ni nanti tembus ke jalan arah ke Batu Arang. Suspen juga bawa anak dara orang menggunakan jalan tersebut. Tapi akhirnya kami keluar ke jalan besar dan jumpa signboard menuju Batu Arang.. lega.. 


Pendekkan cerita kami berjumpa kilang batu bata yg di cari , pengurus kilang seorang mat Salleh dari Australia sedia menunggu kedatangan kami. ( dah maklum awal2 nak datang) Kami pun di beri taklimat dan berjalan jalan di kawasan kilang. Semua proses membuat batu bata di ceritakan secara detail . Abah dengar je tak mencatit tapi kawan abah ni sibuk mencatat dan bertanyakan soalan.  Yang abah ingat kilang ni membuat facing brick. Ia itu sejenis bata yg di gunakan untuk dinding bangunan dan tidak di plaster atau cat. Batu bata itu sendiri dah cantik. Kami juga di bawa masuk ke dalam tempat membakar batu bata tu. Masa tu masih terasa bahang panasnya lagi sebab baru lepas di gunakan dan batu bata baru di keluarkan.  Di situ lah pertama kali abah mendengar, mat Salleh Australia bercakap inggeris . Sleng bahasa nya membuatkan abah terpinga pinga buat seketika. Sepatah haram pun tak faham.  Dah lama lama dengar baru boleh tangkap apa yg dia sebut. Kepada yg biasa ke Australia lebih maklum apa yg abah ceritakan. 


Selesai sesi taklimat ambil gambar dan jamuan ringan kami balikke KL . Nak balik rasa macam lebih mudah . Tak ikut dah jalan memula datang tadi dan rasanya lebih cepat sampai. Terima kasih kepada housemate yg sudi pinjam kan moto dia utk abah bawa awek jalan jalan ( buat lawatan) .  


Pada satu hari tu tokei no 2 kontraktor nak belanja kami makan di satu hotel. Sebenarnya utk meraikan kedua pelajar ni yang bakal mengakhir sesi praktikal di tapak bina. Abah tumpang tuah je. Tokei tu sekarang berpangkat Datuk dan agak di kenali ramai juga. Rasanya itu lah pertama kali abah merasa makan di hotel.. Apa nak oder  pun abah tak tau semua di cadangan oleh tuan yang nak belanja.. itu tak apa juga , hari itu juga lah firstime abah tengok orang bayar makanan tak guna duit hehe ( kampong betul abah ni) bila waiter sampai dia hulurkan sekeping kad.. Dalam hati abah terfikir mesti mamat ni kaya raya .. hulur kad pun dia orang terima.. hehe.. 


Kemudian abah mendapat maklum kawan abah tu melanjutkan pelajaran ke UK di bawah program young lecturer ITM , manakala tak lama lepas tu abah pun sambung belajar ( nanti ada satu episod pasal belajar semuala ni) . Abah juga mendapat maklum beliau sekarang merupakan seorang professor Madya di  fakulti Bangunan ( betul ke nama tu ?) atau sekarang hampir bersara dari perkhidmatan pendidikan tinggi. Macam mana abah tau ? Dulu semasa abah masih di DBKL abah ada menerima ramai pelajar ITM di bawah seliaan beliau. Selepas tamat praktikal kami dah lost kontak .. masa tu mana ada hp lagi. 


Sebut pasal hp ni pada satu hari tu tokei no 1 datang ke tapak. Dia memang jarang sangat datang dan bila sesekali datang penuh dengan bergaya. Memandu kereta Jaguar ( abah tau dari lambang harimau tu) park depan site opis.. pakai baju kemeja putih pakai seluar putih dan memakai topi. Datang utk berjumpa projek manager bertanyakan progress kerja la kot. Tetiba semasa dia berada di bilik mesyuarat tapak hon kereta berbunyi.. dengan kuat . abah ingat tentu alarm ada masaalah. Dia pun pergi ke kereta buka pintu dan mengeluarkan sesuatu.. Rupanya dia mengeluarkan talipun dan bercakap dengan penuh gaya.. wow.. !!! Hebat nya dia kacak nya dia hehe.. itu firstime abah tengok talipon mudah alih ni.. talipon atur.. bateri nya sebesar beg Jamesbond. Hanya orang yg ada ada je mampu guna masa tu. 


BERSAMBUNG

Beli kereta baru....

No comments: