Thursday, November 26, 2020

CEP 8


CEP 8

Perancangan sulit mak dan ayah.. hehe


Hampir 3 tahun bekerja baru dapat beli kereta. Budak budak sekarang payslip belum dapat pun dah dapat kereta baru .( anak anak abah la tu hehe) . Harga kereta masa dulu tak ada la melambung lambung macam sekarang. Tapi sesuai la dengan keadaan masa tu , lagi pun gaji berapa je. Masa abah mula kerja dulu basic gaji utk Pembantu Teknik baru RM 560.00 sebulan manakala pemegang ijazah ( kalau tak salah abah ) baru RM 780.00 , tapi harga barang murah. Kalau bawa RM 50.00 ke pasar  utk belanja utk seminggu, boleh beli beberapa jenis ikan. Kereta yang popular masa tu Datsun 120Y , Mazda 323 , Toyota Corolla dan Honda civic . Harga sebuah Honda Civic baru 1238cc ialah RM 13,500.00 . Mula mula berangan nak beli moto skremler tapi mak tak galakkan ( gren pun tak suka hehe) Hehe . Buat pinjaman kenderaan Datuk Bandar . Kereta honda civic yang abah beli masa tu tak ada airkon!!! tak ada anti rust . Basic je kalau nak mewah ke add kemudian. Tapi walaupun tak ada airkon selamba je bawa kesana ke sini. Kat dalam pasang kipas kecik tu.. Yang susah sikit bila hujan dah la kena tutup semua cermin.. Cermin kereta pulak berkabus hehe.. siap tuala nak lap cermin dari dalam. 


Seminggu atau dua minggu lepas beli kereta mak ajak pegi jalan jalan ke rumah sedara . Ayah , mak dan mak long naik kereta baru pergi ke dua distinasi. Yang mana satu pergi dulu abah tak berapa pasti tetapi yang abah ingat satu di Kuala Klawang dan satu di Nilai. Kuala Klawang tu rumah sepupu abah,  anak perempuan maklong. Sepupu abah ni pulak masa sekolah dulu satu kelas dengan abah , kami sebaya. Apa tujuan ziarah sana abah pun tak clear abah ni driver je.  Selepas tu kami ke Nilai . Maklong yg tunjuk arah ikut jalan mana masuk simpang mana nak cari rumah siapa. Pendekkan cerita sampai la ke sebuah rumah . Maklong mak dan ayah turun abah slow sikit sambil memerhati dari dalam kereta.  Tak lama lepas tu abah mak dan malong datang semula ke kereta katanya tuan rumah ada di kebun dan abah kata kita ke kebun dulu. 


Sampai di kebun ( tak jauh dari rumah) abah nampak ada seorang pakcik sedang menguruskan kebun nya .. mak kata pakcik ni sedara maklong , maklong ni kakak ipar mak. Entah apa yg di borakkan di kebun tu abah tak ikuti sangat , budak budak mana boleh menyampuk bila orang tua bercakap . Abah berdiri je kat sebelah kereta sambil menunggu dia orang sembang. Lepas tu pakcik tu berkemas2 dan jemput kami semua ke rumah ( rumah yg kami singgah tadi) . Kat rumah pun mereka masih rancak berbual tapi abah tak beri perhatian sangat . Lama juga kami kat rumah tu.. ada la tu yg penting sangat yg di bincangkan sehingga minta abah bawakan mereka ke sana. 


Selesai urusan mereka kami pun balik. Sama ada petang nya atau esok nya baru ayah buka cerita  , masa tu abah duduk sorang sorang di pelantar ayah datang “man talk” hehe. Ayah kata sebenar nya semalam tu kita pergi Nilai sebab mak long kau nak kenalkan ekau dengan anak buah dio .. bederau darah abah dengar nya.. ayah tak selindung langsung cakap  direct to the point. Tapi ayah kata , anak sedara maklong yg nak di kenalkan tu tak sampai sampai dari ITM.. janji nya dia balik .. ( patut la mereka berbual panjang rupa2 nya menunggu calon menantu sampai hehe ) . Sambung ayah lagi. Itu cadangan ayah dengan mak la.. ekau dah ada orang ko? Kok ado cakap .. ayah dengan omak boleh terima kalau dah ado . Dup dap dup dap jantong abah masa tu .. Memang la abah dah ada fren tapi rasa macam belum sampai maso nak buka cerito hehe.. tapi kalau abah tak cerito takut abah dengan mak dan maklong ajak ke Nilai sekali lagi hehe.. 


Abah pun cerita la, sebenar e sey ado sorang kawan , dulu satu sekolah kek Astano Rajo tapi bukan satu kelas la. Lamo gak dah berkawan. Abah pun cerita lah Kisah akak ipar e ado tanyo .... soalan cepumas semasa abah duduk di serambi rumah dia di kampong .. sebenar nya kami balik sama dari KL singgah minam jap sebelum abah balik ke kampong.. Ayah dengar je cerita abah.. last last ayah kata, kalau dah betul2 pekonan bagi tau ayah dan mak uruskan. Tak elok berkawan lamo lamo dan bawa anak orang ke hulu ke hilir .. oops hehe.. abah pun janji bilo sampai maso nanti abah bagi tau balik. Dan program Nilai terbatal hehe.. puh lega.. 


Pendekkan cerita akhirnyq kami pun bertunang. Kisah abah dengan bekas gfen abah ni sebenarnya boleh buat sebuah novel lain hehe..  itu pun kalau bekas fren abah setuju di buku kan... tapi dengan syarat kena tukar semua watak.. sehingga kalau watak yg terlibat tu baca dia tak perasan yg itu adalah dia hehe.. nak kena bincang dengan pakar penulis novel ni.. 


BERSAMBUNG


Lepas ni kisah kawin dan sambung belajar.

2 comments:

Mulan said...

Betul zaman dulu mana dapat nak beli kereta terus.

zino said...

sekarang ni FnM yg support tu yg jadi lebih mudah.. Zero down payment pun boleh.