Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

cuti lagi.....

Akibat musibah yg berlaku ahad lepas.. zino masih bercuti MC kata Dr jangan bergerak banyak sangat berehat je kat rumah.... maka ini lah yang zino lakukan sekarang.. lepas solat suboh boleh sambung tidu.. mandi boleh di lewatkan kecuali pagi ni.. dah siap pandi awal sebelum solat... lepas sarapan termenung dan boleh baring balik....

sakit belakang dah banyak berkurangan tapi masih sakit bila membongkok lelebih.. tapi rasanya dalam proses nak baik la tu.. masih makan ubat yg di bekalkan.. dan masih tampal ubat utk mengurangkan bengkak kat belakang tu... ubat tu berangin mungkin utk menyerap angin yg ada di kawasan yg bengkak tu.. dan bengkak pun dah susut banyak.. alhamdulilah....

mem zino pun sama cuti.. hari ni zino kata kalau nak kerja boleh la tapi dia pilih utk duduk di rumah juga.. takut agaknya zino kebuluran tak makan hehe.. kalau zino sorang nanti pandai la apa nak makan .. bila dia ada makin cepat la zino sembuh.. makan minum dia yg urus.. nak letak ubat kat belakang tu memang zino tak boleh lakukan nampak pun tak.. terima kasih banyak dengan mem yg sangat prehatin dengan kesihatan zino...

esok dia akan fikir nak kerja ke atau ikut sama cuti... letih juga sebenar nya bila duduk je kat rumah ni.. tapi apa boleh buat kan.. kesihatan perlu di uatamakan...

Saturday, September 4, 2010

cuti raya..

isnin ni zino dah start cuti.. awal nyaaaa.. hehe bukan nya apa , lepas raya nanti dah tak cuti so ambik je lah sebelum raya ni.. kemas kemas rumah ke.. buat le apa yg patut , kepada yg akan bercuti panjang selepas raya selamat bercuti , ingat ingat la kawan kawan yg tak cuti tu.. berhati hati memandu bila balik kampong dan selamat bergumbira di hari lebaran..

Thursday, December 24, 2009

jalan2 di teruskan.....

Hari ni kami teruskan acara keluarga.. ronda ronda lagi memula ingat nak pegi tengok wayang tapi cerita yg nak di tengok ada midnight je.. entah itu kata alang, zino pun tak tau cerita apa yg dia org nak tengok.. so tak jadi menonton pegi main bowling .... lagi!!! bukan adik yg seronok nak main tapi kali ni mem yg ber iya iya mengajak hehe.. kakak tak mau main dah tangan sakit.. adik pun main sekerat jalan dah boring.. penat berendam semalam tak hilang lagi agaknya.. dia pun sibuk ajak balik.. tapi kena lah habiskan game dulu.. mem boleh baling dua kali ambik turn adik sekali..

wah wah.. lepas ni nampak gaya nya selalu le kami kena main boling hehe.. ramai juga zino tengok group keluarga ni datang main boling.. yg kecik yg besar semua ada.. yg baling macam baling buah kelapa pun ada macam macam gaya dan aksi boleh di lihat.. dan ada juga datang gaya pro, macam awek di sebelah kami tadi, datang sorang siap dengan bola sendiri, kasut sendiri , lengkap dengan glove bagai.. penuh gaya , pasti nya dah regular berboling..

lepas game makan makan di food junction tu.. sms angah , office angah di MV ni juga.. tapi angah dah makan awal.. dapat le bual sekejap.. jam 3 kami dah balik.. adik dah tak ada mood nak berjalan.. esok mem dah kerja cuti pun dah habis...

kepada yg baru nak cuti selamat bercuti.. gunakan sepenuh masa berharga bersama keluarga..

Friday, November 20, 2009

food poisoning....

rasa macam tak boleh pegi kerja hari ni....
keracunan ...
makan apa semalam ya...

bos..
minta maaf
saya ter MC hari ni..

Wednesday, September 9, 2009

salam ramadan...

tak sempat nak tulis panjang... cuma nak tanya dah plan ke percutian raya anda.. kami cuma cuti umum tu je.. mem dah kehabisan cuti.. makna nya kami akan beraya di Kl je... kesian kan.. hehe
ok lah nak pegi meeting dulu..