Showing posts with label malang. Show all posts
Showing posts with label malang. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

kata orang malang tak ber bau...

pagi tadi lebih kurang jam 9.30.. saya turun ke bilik air.. nak mandi..(baru nak mandi) biasa la bila hari minggu lepas solat sambung tidu... bila masuk tu dah perasan dah lantai bilik air tu licin bekas sabun adik basuh kasut malam tu.. tapi bak kata orang tu bila dah malang nak berlaku .. tetap akan berlaku.. bila zino nak melangkah je.. tetiba gedebuk.. jatuh terduduk tanpa dapat di kawal.. belakang tergesel dengan step setinggi 4 inci tu... aduhhhhhhh tuhan je yg tau bagaimana zino menahan sakit......

lama zino terselepok kat lantai bilik air tu... mencari kekuatan utk bangun semula.. bilik air tu memang ada kemudahan utk bergantung dan tempat pemegang.... dah jadi macam bilik air OKU.. tapi apa kan daya masa nak jatuh tak sempat nak pegang apa pun.. dalam kesakitan zino gagah kan diri utk bangun utk keluar... terasa pedih dan sakit di tempat yg bergesel dengan dinding simen tu.. masa tu masih boleh bergerak dan berjalan... panggil mem sapukan minyak angin.... dan duduk di meja makan tu....

semakin lama duduk semakin sakit... sehingga satu ketika susah nak bergerak... ini tak boleh di biarkan.. minta mem call along ke angah ke bawa abah ke klinik... tak larat rasanya nak drive sendiri.. nak duduk sakit nak berdiri pun sakit... sebaik along sampai terus ke Pusrawi...di jalan Tun Razak sana.. macam2 soalan dr tanya.. dan akhirnya cadangkan utk buat X Ray terlebih dahulu... siksanya nak baring di atas meja X Ray tu.. tak boleh nak tidu terlentang... sambil menahan sakit terpaksa juga ikut arahan petugas utk mendapat gambar X ray yg di perlukan..

sementara menunggu keputusan X Ray.. zino di minta berbaring di katil bilik kecemasan tu.. secara mengereng.. menahan sakit sehingga ada ketika nya mengalir juga air mata.. tambahan lagi bila membaca kata nasihat dan doa kawan kawan FB semua.. kata semangat tuan tuan memberi kekuatan kepada zino.. walau pun zino tak bercerita keadaan sebenar zino waktu itu... 1/2 jam selepas tu Dr memberi penjelasan keadaan zino dan keputusan yg dia dapat dari gambaran X Ray.. alhamdulilah.. penjelasa Dr akan melegakan ..

zino hanya perlu berehat di rumah utk memastikan keadaan pulih seperti sedia kala... ubat di bekal kan.. ada utk di makan .. ada utk di sapu dan ada yg perlu di tampal di tempat yg bengkak supaya cepat sembuh.. malam ni nampak nya akan tidu di sofa.. tak larat nak naik turun tangga... adik pun kena lah juga tidu di hall.. semuga keadaan lebih baik esok dan lusa... bos pun dah di maklum siang tadi.. dan staff pun sudah di beri tau.. kemungkinan zino akan bercuti di sepanjang minggu.. MC 3 hari je.. dua hari lagi tu tengik keadaan kesihatan..

kepada semua berhati2 lah selalu.. kemalangan boleh berlaku di dalam rumah anda.. dan zino juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan FB yg menulis di wall.. menghantar mesej di inbox dan sms.. doa anda semua menjadi penawar dalam saat2 zino memerlukan nya.... anda la kawan di masa susah dan senang.. tq..

Sunday, October 2, 2011

kata pepatah sudah terantuk baru tengadah...

pagi tu terjaga awal.. itu pun bila loceng HP berbunyi kuat... sangat kuat... tapi ada masa juga sampai HP tu berhenti sendiri pun masih tak terjaga.. bila dah tersedar tu terus la bangun.. perkara pertama yg di buat matikan alarm tu dulu.... kalau tak nanti dia terus menjerit.. agaknya jiran kat depan tu pun boleh dengar.. sesekali zino terdengar juga alarm di rumah jiran hehe...

lepas tu terus ke bilik air.. malas nak pasang lampu bilik air tu.. alah lampu kat luar tu dah cukup terang.. boleh le nampak samar dalam tu.. selepas berurusan konon nya nak basuk kaki .. tetiba.. aduhhhhhhh tulang kering terantuk kat bucu bathtub tu.... rasa macam nak jerit kuat2.. kenapa la boleh pegi langgar bucu tu.. bukan nya tak tau dah bertahun benda tu macam tu.. kenapa tak angkat kaki tu tinggi sikit.. tu la kenapa tak pasang lampu.... salah sendiri la kan... rasa nak terduduk dalam bilik air tu menahan sakit...

bila dah rasa lega dan boleh bergerak baru keluar dari bilik air... adik pun tidu..lagi dengan menahan kesakitan pergi ke tempat adik sambil terencot encot... bangunan adik dulu.... nak bangunkan adik ni ada beberapa cara... bila di bilik air tadi simpan sikit air dalam tapak tanyan tu.. sambil panggil adik sambil renjis kan air tu kat muka dia hehe.. kadang tu mengamuk juga dia.. tapi biasa nya cepat le sikit tersedar bila di buat macam tu.. tapi kadang tu kena gegar badan dia tu baru nak bangun hehe..

kaki terasa macam dah lega lah sikit... ingtakan sekejap lagi ilang la sakit tu... bila masuk kereta nak pegi kerja tu terasa nyut nyut nyut kat kaki tu.. ehh kenapa pulak ni... kenapa sakit nya datang lagi.. tadi rasa macam dah ok....!!! bila di sentuh tempat yg terantuk tu baru perasan.. la bengkak rupa nya... teruk juga la terantuk tu tadi ya.... bila banyak berjalan di pejabat lagi le sakit dia datang.. sehingga nak panjat anak tangga terasa amat berat.. bergantung kuat di tepi pemegang tu utk menaikkan badan.. teruk nya...!! semakin lama semakin sakit....

bila nak bengkokkan kaki tersa amat sakit.. terutama bila sujud... aduhhhh terasa betapa lemah nya diri ini.. sedikit nikmat yg di tarik terasa amat menyulitkan sekali... bila balik terus sapu dengan minyak angin... masa solat sangat berhati2 supaya tempat yg bengkak tidak tersentuh ke lantai... kalau keadaan berterusan harus kena sembahyang duduk di kerusi... tapi zino cuba bertahan... minyak di sapu berulang kali... sedikit demi sedikit sakit terasa kurang... pun terasa sudah boleh memanjat anak tangga tanpa berkerut dahi menahan sakit... tanpa memegang kuat pemegang utk menatik badan ke atas... sungguh tersiksa di buat nya....

akhirnya malam ni zino dah boleh duduk bersila.. tidak sakit lagi bila kaki di bengkok kan.. bengkak masih ada , minyak terus lagi di sapu... alhamdulilah syukur , Allah mengembalikan nikmat keselesaan tersebut... semuga lepas ni lebih berhati2.. lebih berwaspada.. kemalangan boleh berlaku walaupun di dalam rumah sendiri...

amin...



Thursday, February 11, 2010

exsiden

masa zino sedang berbengkelan di PICC siang tadi.. dapat satu mesej dari adik.. anak se exsiden ada di spital serdang.. tak sempat nak tanya butir nya.. sebab sedang sibuk berdiskusi.. tak lama lepas tu adik call. baru la dapat maklumat lanjut.. anak sedara zino tu patah peha kanan..dan pergelangan tangan kiri.. exsiden nya petang semalam.. motor berlaga dengan kereta ..dan motor hangus terbakar....malang nya pihak hospital masih membuat sebarang tindakan .. agaknya terlampau banyak kes.... adik zino mengambil keputusan nak pindahkan ke spital swasta..

petang tadi lepas kerja (balik awal) kami bergegas ke spital tapi adik zino minta bantuan jemput mem dia di Bangi bawa ke spital.. so kami pun terus ke Bangi dulu.. pesan dengan mama hazwan ambik lewat sikit..atau terus je tidur sana...memang hawzan terpaksa tidur rumah mama pun bila dia dah lelap sebelum sempat kami datang ambil..

sehingga kami balik tadi Doktor pakar masih belum sampai.. rasa nya esok mungkin ada perkembangan baru.. kepada mohd.. bersabar la.. tabah dengan dugaan yg menimpa.. lain kali lebih berhati hati bila bawa motor.. malang memang tidak berbau.. semuga cepat sembuh..

Wednesday, October 28, 2009

sedih...

Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid

27/10/2009 3:41pm

KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama

Saturday, May 30, 2009

salam hujung minggu

sekarang ni dah jam 1.33 pagi.. zino baru balik dari airport.. jemput angah balik.. cuti dah habis.. isnin dah kena report duty.. angah dah dapat kerja lain.. dan kak ngah tinggal di KB.. angah kata nak tangguh kan report dan mungkin akan ke KB semula..

masa nak keluar rumah tadi.. sebenarnya dah keluar pun tapi belum sampai ke hiway.. tetiba alang call.. abah kaki fizah kena sup panas.. dalam talipon aku dengar fizah meraung... abahhhh balik la... la.. macam mana boleh jadi macam tu.. aku pun cari le tempat utk U turn.. walaupun tak sepatutnya u turn.. bila aku sampai dia masih menangis kesakitan.. mau dia tak sakit..

aku pun ambil jelly gamat sapu kan kat paha yang kena air panas tu.. anak abah lah kata kan sambil tu aku pujuk dia, beri kata kata semangat dan sebagainya.. yg dia lebih risau takut mengelembung macam mak dia kena air panas sebelum ni.. harap2 tak jadi le macam tu.. bila dia dah tenang baru lah aku keluar ke airport..

ok nak makan dulu dah lalau le pulak..

Tuesday, March 31, 2009

berita amat sedih....

Petang semalam jiran sebelah rumah bertanya, dah dapat berita ke? zino tanya berita apa... lalu dia menceritakan anak jiran kami eksiden motor dan masih di ICU.. malam tadi zino sempat berjumpa bapa anak yg kemalangan utk bertanya kabar..

anak dia masih dalam keadaan kritikal, berada di ICU HUKM, jatuh dari superbike semasa konvoi beramai di kawasan bukit di Ampang, cedera teruk di dada, sebahagian paru2 terpaksa di potong...banyak kehilangan darah... dan sebagainya....

amat menyedihkan kami.. seorang anak yg baik, hormat orang tua dan masih bujang.. zino hanya mampu berkata supaya dia banyak bersabar dan berdoa banyak banyak kepada Allah, petang nanti inshaAllah kami akan terus ke hospital....

Monday, March 2, 2009

Malang tak berbau.....

semasa kami di JB.. mem dapat panggilan talipon.. MIL jatuh kerusi di rumah kakak di Shah Alam.. kami ingat jatuh biasa la.. sebab masa kat rumah kami pun dah beberapa kali dia jatuh kerana tersasar bila nak duduk di kerusi.. dia macam dah hilang deria rasa.. dah sukar nak mengagak jarak kerusi.. dan perlu di bantu....

tapi kali ni memang telah tersurat sedemikian... dia jatuh lagi kali ni tidak bagitu bernasib baik..tulang pangkal peha retak.. semasa di hospital tadi Doktor memberi penjelasan keadaan nya.. apa yg harus berlaku dalam seminggu dua ni dan apa patut di lakukan..keputusan perlu di buat sama ada perlu pembedahan atau pun sebaliknya.. memandangkan usia dia....berapa lama lagi di hospital masih tak ada kepastian..

MIL hanya terbaring dan sukar utk bergerak.. senario akan berubah selepas ni.. dia perlukan penjagaan rapi.. perlu ada sesaorang sentiasa di sisi dia.. di hospital sekarang anak anak lelaki dia bergeler2 menjaga siang dan malam.. untuk berapa lama? entah.. tak perlu nak fikir kan sekarang.. tapi kami telah memikirkan Plan B.. pembantu perlu di cari segera.. seharian tadi aku dan mem menguruskan nya.. inshaAllah semuga segala urusan berjalan lancar.. perkara2 lain yg berkaitan akan di uruskan bila tiba waktu nya...

itu lah cerita nya..