Wednesday, October 28, 2009

sedih...

Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid

27/10/2009 3:41pm

KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama

18 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Sewajarnya mereka yang menyabung nyawa itu diberikan anugerah

lupekanje said...

kecoh malam tu kan...acik tgk kat berita TV dah ujung2....

Tie said...

Tak dapat bayangkan perasan ibubapa murid2 dan keluarga guru serta pengawal keselamatan tu..

cHeRyNa PiReS said...

banyak kesilapan teknikal yang tak patut berlaku di situ. kita sama2 doakan...insyaAllah ada yang selamat...

pB said...

perkara perkara yang beginilah yang buat ibubapa mcm pB ni tak nak bagi anak anak join perkhemahan .....

tak confident dengan tahap keselamatan

CuTeMiUt78 said...

ha'ah.. tgk gak berita malam tadi..

Ada Ayrissa said...

kesian sgtt... :(

silversarina said...

Takziah buat keluarga mangsa ...sedih atas apa yang terjadi.

Memang kena siasat secara detail ... tak logik betul .

Masy said...

takziah utk keluarga mangsa yg x sempat nk diselamatkan :(

hanimndroid said...

oh, ni berita yg tghari semalam tu. bagus zino ni, sng sy tahu info:] tghari smlm waktu mkn. tv cafe tu xda suara. jd cam blur2 gak. tergempar ni

Dee said...

takziah utk keluarga mangsa..kesian anak2 ini..syabas pd yg berusaha utk menyelamatkan anak2 ini..

sya said...

Takziah pd keluarga yg kehilangan orang tersayang.. sedihnya bila baca

yginsaf4 said...

sedih kannns..

CikguZue said...

salam,
saya pun baru dapat tahu berita ini. apepun penghargaan patut diberikan pada mrk yg berjasa dlm situasi itu.

Zyma Saad said...

Minta dijauhi dari kecelakaan seperti ini. amin.

:)

zino said...

banyak persoalan yg perlu di jawab dalam kes ni ... bila terlibat secara langsung dengan kerja kerja rekabentuk dan pengawasan projek perkara perkara bagini memang menakutkan..

siapa yg akan bertanggungjawab???

takziah kepada keluarga mereka yg terlibat.. dan syabas kepada yg telah mengambil tindakan pantas. menyelamatkan anak anak yg lain..

PerantauSepi1306 said...

ish, menakutkan betul cerita nie.. syabas untuk insan yang sudi menyabung nyawa menyelamatkan kanak-kanak tu.. dia patut diberi pengiktirafan dan anugerah walau tidak dimintanya..

Zareda Norman said...

terbayang anak dara zar bila baca berita ni kat KB... jauh dimata tapi tetap dekat dihati..