Friday, October 9, 2009

Fakta..

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

11 comments:

Zareda Norman said...

tapi yg paling penting, keutuhan pegangan iman umat Islam tu sendiri.. kita ni ramai tapi tak kuat..

RahimSabah said...

Salam - Benarlah Sabda Nabi SAW : Bahawa di akhir zaman umat islam ramai umpama buih di laut , tetapi ramai di antaranya tidak berkualiti,lemah dsbnya. Jadi marilah kita bertekad dan memohon pertolongan dariNYA Yang Maha Esa supaya kita menjadi umat Muhamad SAW yg berkualiti dan bertakwa kpd ALLAH, insyaallah.

cHeRyNa PiReS said...

fakta yang bagus!

kalaulah tau fakta tentang mesia...kan best:)

ramai pon tak guna kalau tak kuat...

ZARA 札拉 said...

ramainya~

INTAN said...

ic......ramai jugak kan sedara seagama kita ni

ikan emas said...

majoriti+ kualiti >
IQ +EQ +SQ >
Islam di dunia ,Islam diakhirat

xiiinam said...

Islam bukan kepunyaan bangsa tertentu sahaja....

Semoga kita dapat berpadu...demi Islam.

Masy said...

harap2 semuanya berkualiti, insyaallah....

yginsaf4 said...

ghitewww..

MULAN said...

moga semua umat islam teguh imannya..

lupekanje said...

kuantiti yang tidak berkualiti..tk ada maknanya...

teruk dihina jua dik musuh Islam.