Friday, November 20, 2020

Catitan Engineer Pencen

CEP bab 1
Mukadimah...

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama tertangguh hasrat utk menulis atau merakam dalam bentuk penulisan pengalaman bekerja sepanjang lebih 38 tahun dalam perkhidmatan awam , atau lebih tepat bekerja dengan pihak berkuasa tempatan sebagai seorang pegawai teknikal. 

Pengalaman pegawai lain ( walaupun duduk dalam jawatan yg sama) mungkin berbeza dengan apa yg saya lalui. Jika is boleh menjadi pedoman atau tauladan kepada orang lain atau jenerasi muda.. adalah sangat2 di alu alukan. Kisah yg bakal saya tulis bermula dari sejak mula melapur diri sehingga lah bersara. Pengalaman pahit manis yg di tempuhi sepanjang tempuh tersebut.. Cabaran cabaran yg terpaksa di lalui yg memerlukan kita ( ada masanya) perlu membuat keputusan segera secara spontan pada masa tersebut. 

Peristiwa2 ini jika tidak di catit ia akan hilang lenyap bersama penyandangnya tanpa dapat di manafaat kan jenerasi akan datang.. atau menjadi bahan bacaan anak cucu di masa depan. Mungkin ada perkara2 yg saya sendiri telah lupa atau ingat2 lupa maklum lah peristiwa telah berlaku sekian lama. Tetapi kebiasaan nya bila kita mula menulis sedikit demi sedikit flashback akan muncul dalam memori. insyaallah.. 

Saya mula memasuki perkhidmatan awam pada tahun 1978 setelah tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia , UTM di Jalan Semarak ( sebelum tu Jalan Gurney .. dan nama baru  tak ingat.. ) dan menamat perkhidmatan pada bulan Dis 2016 . bermaana bila tiba Dis nanti saya telah melalui zaman kebersaraan ke EMPAT  tahun !!. 

Penulisan ini akan mengambil sedikit masa utk di tamatkan ( mudah2an sempat di tamatkan ) . jika berkesempatan nanti mungkin saya selitkan gambar2 yg boleh melambangkan kisah atau peristiwa di masa itu... 

Anda sudah bersedia... ??  ok sebelum tu apa dia CEP .. ianya mungkin tajuk yang sesuai saya gunakan kemudian nanti.. Catitan Engineer Pencen. 😁😁

BERSAMBUNG

1 comment:

Unknown said...

Setia menunggu sambungan nya...