Thursday, May 27, 2021

kemalangan LRT siri 5

Jangan salahkan pemandu LRT saja, kata bekas CEO Prasarana

3.1kShares
facebook sharing button 3k

PETALING JAYA: Adakah hanya menyalahkan pemandu tren kosong yang menyebabkan pertembungan LRT pada Isnin lalu hingga mencederakan sejumlah penumpang, sesuatu yang betul?

Tidak, kata bekas CEO Prasarana Malaysia Bhd mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, yang mengaitkan kemalangan itu dengan kecuaian pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif pertama Prasarana Ridza Abdoh Salleh, berkata pasukan petugas yang menyiasat kemalangan itu juga perlu melihat apa yang sedang berlaku di pusat kawalan.


Powered by Streamlyn

Merujuk kepada hasil siasatan awal semalam, Wee berkata kemalangan itu menunjukkan ia disebabkan oleh “kecuaian hostler (pemandu tren), yang memandu TR40 ke arah yang salah”.

Ridza Abdoh Salleh.

Ridza berkata, agak jelas bahawa kecuaian manusia menyebabkan kemalangan itu, namun katanya, pasukan petugas perlu mengetahui adakah kesilapan itu berlaku semasa prosedur asas ketika sebuah tren yang direhatkan (time-out) dibut semula (rebooting).

Beliau memberitahu FMT, adalah normal untuk sebuah tren yang sedang berehat dikendalikan secara manual untuk masuk ke trek sebelum dibut semula untuk kembali ke mod operasi kereta api automatik (ATO). Lokasi kereta api dalam mod ATO boleh dilihat pada layar di pusat kawalan.

Apabila tren dibut semula, pemandu dan pusat kawalan akan meneruskan komunikasi radio kerana kereta api yang dikendalikan secara manual tidak lagi dapat dilihat di layar.

Kakitangan yang mengendalikan pusat kawalan serta seluruh tren ATO boleh menghentikannya untuk memberi masa dan ruang kepada tren yang dikendalikan secara manual menuju ke pintu masuk dan selamat sampai ke trek.

Ridza berkata pusat kawalan akan mengarah setiap pergerakan pemandu semasa proses ini.

“Prosedurnya bukanlah sains roket atau sesuatu yang rahsia. Ia dilakukan hampir setiap hari. Sekiranya mereka gagal melakukan prosedur mudah ini dan menyebabkan kemalangan, maka kita perlu risau. Ada banyak masalah lain yang perlu diselesaikan.

“Macam mana seorang pemandu tren boleh memandu ke arah lain?”

Sedangkan seorang pemandu tren hanya akan mengikut arahan pusat kawalan dan memberikan maklum balas mereka, katanya.

“Pasukan petugas juga perlu bertanya sama ada pusat kawalan melakukan kesilapan kerana membenarkan tren ATO bergerak seperti biasa walaupun mengetahui ada sebuah tren dalam mod manual sedang dalam proses masuk semula.”

Dia berkata tren dalam mod ATO pada dasarnya berada dalam keadaan terkawal, dengan kelajuan dan perhentian di hujung jari pusat kawalan.

Dia bagaimanapun tetap meyakinkan orang ramai bahawa jaringan LRT masih selamat, dengan sistem automatik yang ada.

Namun, katanya pengurusan Prasarana perlu memandang serius organisasi tersebut dan menempatkan individu yang sesuai di peringkat atasan.

“Kegagalan tidak datang dalam waktu yang singkat. Ada isyarat, seperti badan yang mengalami gejala ketika sakit. Sekiranya kita mengabaikan tanda-tanda ini, maka ia boleh membawa kepada bencana.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana menimbulkan persoalan tidak kira betapa remehnya persoalan itu. Kemalangan itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai suatu kuasa yang diluar kawalan, melihat kepada video dan gambar di media sosial,” katanya.

Kemalangan pada malam Isnin lalu itu berlaku di laluan Kelana Jaya. 213 orang cedera, 47 daripadanya



2 comments:

Mulan said...

Innaa lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun.. Moga dipermudahkan segala urusan semua..

zino said...

moga keadaan bagini tidak berulang aminn