Friday, June 5, 2020

Sambung belajar

SAMBUNG BELAJAR DIMANA? 
ipta ipts kolej swasta? 

Katanya keputusan UPU dah kluar .. Tahnaih kepada yg berjaya dan berusaha lagi kepada mereka yg tidak berjaya . Masih banyak kolej di luar sana utk anda teroka. Katanya ada  lebih 300,000 pelajar lepasan SPM yang memohon tempat belajar melalui UPU.. dan hanya lebih kurang 100,000 bakal di tawarkan tempat.. Tolong betulkan fakta abah ni jika tersilap ( kadang2 lain yg di baca lain  yg diingat) nanti mesti ada yg sambung .. ye la faktor umor hehe.  Tak berjaya di IPTA kita mohon di IPTS.. atau lain lain kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus dari peringkat sijil hingga ke ijazah sarjana muda. 

Yang berjaya juga kata nya ada yg masih dalam dilema.. nak terima ke tidak.. tambahan lagi lain yg di minta lain yg di tawarkan. Tempat tak tau lagi kat mana tu.. entah kat Tebegu sana. Mungkin tak dapat pilihan pertama di beri yg kedua.. atau kursus yg langsung tak di pilih.. Pening juga nak buat keputusan . Macam peribahasa nak di telan mati emak nak di luah mati bapa.. ehhh habis tu tak kan nak kumam je .. sampai bila kan.. Mohon lah petunjuk dan pedoman dari Nya.. sama ada nak menolak atau menerima tawaran yg telah di beri. Tapi ingat ya anak anak.. Belajar dan graduate dengan segulong ijazah belum tentu kita dapat kerja sesuai dengan kelulusan yg kita ada. Jika selaras ok fine.. tapi jika sebalik nya pun terima juga jangan memilih.. bersyukor redha dalam beribu ribu yg memohon anda yg di pilih. Dah tentu Allah telah menyediakan perancangan terbaik utk anda. 

Teringat macam mana mula mula saya memilih utk sambung belajar di ITK dulu.. kemudian bertukar jadi UTM ( kisah ni pun dah berulang kali saya cerita tapi mungkin dengan stail berbeza fakta tetap sama) . Dulu sekolah kampong je memang tak banyak pendedahan dengan kerjaya ni.. Kerjaya yg saya tau masa tu askar polis cikgu posman dan sebagainya.. Bila sampai masa nak mohon tempat belajar di kolej saya tak tau nak pilih apa? Nak belajar kat mana? Saya ada bertanya seorang rakan pelajar yg sama sama masuk program tingkatan enam di SDAR Seremban. Saya masih ingat namanya Mohd Nor . Tapi lupa dari sekolah mana . Kami di kumpul dari beberapa buah sekolah dari beberapa daerah di NS utk mengikuti program ini. Saya tanya Mohd Nor ni. Awak nak terus belajar form 6 atau nak sambung belajar kat mana ? Dengan konfiden dia jawab nak apply Civil Engineering di ITK Jalan Gurney..  Saya tau la kat mana Jalan Gurney tu. 

Bunyi dia sebut Civil Engineering tu macam best je lalu saya pun menyampuk, Saya pun nak apply Civil Engineering comfiden je padahal sepatah haram pun saya tak tau pasal CE ni. Hehe.. Mungkin Mohd Nor ada cerita serba sikit pasal CE ni tapi saya dah lupa. Ehh by the way cuba ingat ada tak sesipa yg kenal Mohd Nor ni ,Datuk sesape ke, Abah sesape ke yg mungkin dia ada cerita pasal pernah masuk form six sekejab di SDAR Seremban.. teringin sangat nak jumpa balik. Lama dah lost contact. Lepas tu timbul satu lagi persoalan , nak buat diploma ke degree. Zaman tu belum ada metrikulasi .. asasi sain ni di buat di masing2 punya universiti. Tak berapa comfiden nak ambil degree terus saya pilih Apply diploma dulu.. esok esok boleh sambung belajar ( masa depan dah rancang awal awal. )

Berbalik kepada cerita anak anak yg dah mendapat tawaran tadi , fikirkan lah masak masak sama ada nak menerima bidang kursus yg di tawarkan ( walaupun tak pohon) atau menolak tawaran dan mencuba nasib di tempat lain.. Macam along dulu la, pilihan pertama lain tapi yg di offer pilihan kedua.. dah graduate pun dan bekerja dalam bidang kemahiran yg dia perolehi. Alhamdulilah. Tapi memang betul pun kadang2 sampai tak terfikir bidang ada bidang yg pelik2 di tawarkan. Kehendak pasaran perlu juga di beri perhatian. 

Selain universiti awam yang menjadi rebutan ramai, universiti swasta pun banyak menawarkan pelbagai kursus.. Kolej kolej swasta pun banyak. Adik dulu tak appy IPTA, tak submit borang pun rupanya berbueh mulut bercakap.. nak apply IPTS abah dia tak mampu nak biaya.. last last dapat masuk KUPTM dengan pinjaman penuh MARA.. ( rezeki dia tertulis belajar kat sana ) kalau cemerlang nanti pinjaman ada diskaun utk bayar balik.. tak perlu bayar full % ikut keputusan la kot. lepas ni boleh sambung degree master hingga ke Phd jika mampu .. belajar rajin2 ya dik.!!! 

Last.. 
soalan : anda dulu belajar kat mana ? Dapat kursus ikut pilihan pertama ke? Atau pilihan yg keberapa? Ada tak yg belajar lain bila kerja lain.. atau langsung tak kerja tetapi memilih utk terus bekerja sendiri dan berniaga? 

SEKIAN.

Monday, May 25, 2020

Raya Aidil fitri covid19.. PKPB..

Assalamualaikum

Sambutan hari raya aidil fitri tahun ini ia itu tahun hijrah H1441 bersamaan 24hb Mei 2020.. mencipta satu sejarah kepada semua rakyat Malysia beraya dalam keadaan normal baru .. malah ia juga merupakan sejarah kepada penduduk Islam seluruh dunia.. 

Mengapa jadi sejarah ?? 

Pertama kali abah dan seluruh penduduk Malaysia  beraya di rumah masing2 tidak di benarkan balik ke kampong merentas negeri. Kebenaran hanya utk rentas daerah dalam negeri yg sama.. dan sambutan hari raya hanya di benar kan sehari sahaja dengan bilangan tetamu tidak melebihi 20 orang. !!!

Pertama kali solat sunat berjemaah Aidil fitri tidak di lakukan saperti biasa di masjid2 dan surau di seluruh negara. Hanya beberapa buah masjid terpilih di benarkan melakukan solat sunat  itupun terhad bilangan jemaah nya.. !! 

Dan pertama kali juga dalam sejarah solat sunat tarawih sepanjang bulan ramadan tidak di buat di mana2 masjid dan surau. Solat hanya boleh di lakukan di rumah masing2 bersama ahli keluarga sendiri. Maka ramai lah imam2 interim terlantik secara otomatik utk mengimamkam solat tarawih dan solat sunat aidil fitri di rumah.. masing2.. ada kah ia akan berlarutan sehingga aidil adha ?? sama2 kita tunggu. 

Buat pertama kali juga sambutan hari raya hanya di benarkan sehari sahaja.. tiada kunjung mengunjung tiada rumah terbuka.. Ramai yg kata mereka tak bercadang nak beli baju baru tetapi mengenakan pakaian sedia ada.. 

Buat pertama kali abah mendapat duit raya ( ehh abah dapat duit raya??? ) melalui bank transfer dari anak anak.. Ya betul abah terima diut raya dari anak2 yg dah bekerja.. alhamdulilah.. Semoga Allah melimpah kan rezeki utk semua anak2 abah.. 

kenapa semua ni terjadi ?? 

Negara kita Malaysia dan negara2 lain di seluruh dunia masih lagi berperang dengan musuh yg sama iaitu virus covid19. Virus yg berasal dari WUHAN , CHINA telah merebak ke seluruh dunia dan menjadi satu pademik.. Virus covid19 telah menjakiti lebih LIMA juta penduduk dunia di 187 negara dan 2 juta pesakit telah sembuh , dan telah menyebabkan kematian seramai lebih 300,000. Angka angka ini terus bertambah. dan ia sangat menakutkan 

Walaupun sederhana hari raya tetap di sambut bersama mereka yg berada di daerah yg sama.. dan ini pertama kali abah beraya di KL.. nasib baik juga anak cucu semua berada di Lembah Klang.. dapat lagi kami berkumpul.. Kita masih lagi dalam PKPB .. kita masih perlu mematuhi SOP normal baru .. 

antara gambar2 yg sempat di rakam  .. 


Selepas solat Tarawih


Selepas solat sunat aidil fitri


Lemang impot hehe


All in the house.. alhamdulilah


Mematuhi syarat berkumpul hehe


Anak along.. 


Ada nampak atuk happy hehe



Thursday, May 21, 2020

Covid19 lockdown 21.05.2020

LOCKDOWN
hari ke ?  21.05.2020
2? Ramadan. 1442H

Assalamualaikum

Tahun 2020 merupakan tahun yg sangat bersejarah bukan sahaja utk kita semua.. malah sejarah dunia, terutama sekali kita umat Islam . Tidak berlaku sapertimana kita bayangkan. Manusia merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah ada lah yang terbaik. 

Tak pernah terbayang dan terlintas dalan fikiran kita.. satu hari nanti kita tidak perlu solat Jumaat.. malah kita dah masuk entah minggu keberapa tidak ber solat jumaat.

Kita juga tidak pernah terbayang sebelum ini kita di larang utk solat berjamaah di surau dan masjid.. inipun entah berapa banyak waktu kita tidak berjamaah di masjid.. 😭😭😭 di tempat masing2. 

Bagitu juga solat sunat tarawih.. tiba tiba kita menjadi imam tarawih di rumah masing masing.. dan insyaallah bila kita menyambut hari raya nanti kita akan mendirikan solat sunat Aidil Fitri juga di rumah masing2.. dan yg paling menyedihkan perayaan tahun ini kita sambut di rumah masing2, tak boleh rentas negeri bermaana tak balik kampong , tiada juga ziarah menziarahi . tidak boleh bersalaman , tiada lagi tangisan peluk cium di pagi raya .😢😢😢

Dunia seolah2 terhenti bergerak.. kita sendiri pun takut utk kemana mana.. seolah2 musuh sentiasa ada mengintai dan menunggu peluang mendekati kita.. Kita tak percaya kepada semua orang.. termasuk diri kita sendiri.. semua orang ada lah suspek !!! Duduk di rumah ada tempat yg paling selamat utk semua... insyaallah..

Bersabar lah semua. bersabar lah.. kita mesti terima dan redho.. dengan apa yg berlaku.. semua yg berlaku ada lah satu takdir yg telah di tentukan. 

STAY HOME
STAY SAFE..

Saturday, May 2, 2020

covid19 hari ke 46

LOCKDOWN
hari ke 46   02.05.2020
selamat berpuasa.

Mulai 04.05.2020 kebanyakan sektor pekerjaan telah di benarkan beroperasi semula.. Disana sini rakyat menyuarakan pendapat dan pandangan masing2 tentang kerisauan sekiranya berlaku gelombang kedua wabak covid19. 

Tentu semasa kerajaan membuat keputusan pasti mereka juga telah membincangan isu kerisauan ni. di samping isu besar yg lain saperti apa akan berlaku  sekiranya sektor pekerjaan terus di tutup utk tempuh yg lebih lama. Dulu kita juga yg merungut kehilangan sumber pendapatan bila berkurung lama.. simpanan semakin berkurangan.. bantuan tidak mampu menampong semua keperluan.. 

Kita semua memang patut rasa takut dan risau.. satelah melalui perjuangan ini selama 45 hari... kita rasa kita telah hampir berjaya.. musoh semakin berkurangan walaupun belum hapus sepenuhnya.. dan kita telah selesa dan bersedia utk berjuang utk satu tempuh yg panjang.. sampai bila??

Tapi di satu pihak lagi.. mereka mungkin tidak lagi mampu bertahan .. pendapatan perlu di jana . industri perlu bergerak semula . ekonomi perlu segera di pulihkan.. jika industri lumpuh kita juga akan menerima kesan nya.. ramai yg bakal kehilangan pekerjaan. 

Bukan mudah utk membuat keputusan , mari lah kita jaga kita semoga hasil keputusan yg di buat win win kepada kedua pihak.. amalan baru sapertimana yg di sebut2 perlu di praktikan sepenuhnya.

1.0 Pakai mask setiap kali keluar rumah . (samaasa anda demam atau sihat)

2.0 Kerap mencuci tangan ( guna sanitizer atau sabun) setiap kali selesai apa apa urusan di mana2 premis di luar sana. ( pejabat ke pasaraya ke stesyen lrt ke restoren ke woksop ke dll) sebelum masuk ke rumah. ( sentiasa standby sanitizer ) 

3.0 Jangan korek lubang hidung , sentuh mata dan mulut sebelum bersihkan tangan.. ingat tu..( jangkitan virus boleh bermula dari tangan kita sendiri. )

4.0 Amalkan penjarakan sosial sepanjang masa bila berada di luar sana tak perlu la bila jumpa kawan lama,  nak bersalaman nak peluk2 dan laga2 pipi bagai.. (tak payah.. ) 

5.0 Elakkan ke tempat tempat yg sesak.. atau tempat perhimpunan. virus mudah merebak di kawasan sesak. 

Untuk menghapuskan Virus covid19 mungkin  mengambil masa yg lebih lama.. 6 bulan satu tahun tak ada siapa yg pasti.. sementara usaha ini di teruskan kita perlu memulakan kehidupan dengan NORMAL BARU.. 

Pesanan utk kakak

Berhati2 selalu semasa bertugas di hospital.. abah doakan kakak dan semua petugas di hospital sama ada yg berada di frontliner atau barisan kedua selamat dan terhindar dari gejala wabak covid19 insyaallah.

Wednesday, April 22, 2020

Covid19 hari ke 35

21hb April 2020
Assalamualaikum..

Lapuran terkini kes baru covid19 menunjukkan trend penurunan .. Geraf komulatif kes baru covid semakin mendatar.. hanya kes 2 angka di lapurkan sejak dua tiga hari kebelakangan ini.  Semoga esok dan lusa keadaan menjadi lebih baik dan akhirnya 0 kes baru. 

Bermakna tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan mula menampakkan kejayaan. tindakan aggresif pihak kerajaan dengan mengkaji dan menganalisa serta mengenalpasti kluster tertentu dan memberi tumpuan kepada target group dapat membendung penularan jangkitan dengan sangat berkesan.

Kerajaan juga semakin agresif di lapangan bagi mengawal pergerakan orang ramai. Penularan wabak hanya boleh di tamatkan dengan memutuskan rantaian penularan. Bermula dengan nasihat , kemudian amaran dan akhirnya mengambil tindakan keras dan tegas kepada yg ingkar PKP. Walaupun kerajaan memberi kelonggaran pergerakan tetapi hanya di benarkan utk kes tertentu saperti membeli bekalan makanan dan hal2 kecemasan tetapi tidak melebihi 10km dari rumah. Ramai yg ingkar dan telah di tangkap dan di dakwa. 

Makin banyak negeri melapurkan 0 kes . Semoga keadaan terus menjadi lebih baik dari hari ke hari. sehingga akhirnya Malaysia bebas dari jangkitan covid19. Walaupun tanpa covid kita masih perlu terus berhati hati. Kebiasaan baru perlu terus di amalkan. Menjaga kebersihan diri perlu menjadi amalan harian, penjarakan sosial perlu di amalkan sepanjsng masa dan elakan perhimpunan ramai utk mengekang penularan semula covid19. 

Di negara lain keadaan masih tidak berubah malah ada negara yg semakin teruk dengan kes naik mendadak.. jumlah kes yg di di lapurkan di seluruh dunia melebihi 1 juta orang. !!! ini sangat membimbangkan. Apa yg lebih di takuti kegiatan ekonomi seluruh dunia juga bakal terjejas teruk. 

Di US minyak telah menjadi satu komuditi yang tidak bernilai.. harga minyak jatuh menjunam di bawah sifar. !!! satu keadaan yg tidak pernah berlaku. Sistem pengangkutan udara lumpuh.. Syarikat2 penerbangan di seluruh dunia terjejas dan mengalami kerugian. 

Bila Malaysia berjaya pulih lebih awal nanti .. Malaysia perlu segera bangkit bagi memulihkan ekonomi domestik . Merancakkan semula industri pembinaan , perindustrian , pelaburan, pelancongan dalam negeri, infrastruktur dan sebagainya . Rakyat perlu ada pekerjaan utk menampong keperluan dan kelangsungan hidup.. Kemasukan pelancong asing perlu di perketatkan atau di sekat utk sementara waktu. 

Puasa dah hampir tiba, kemudian Hari Raya Aidil Fitri.. dan di susuli musim haji..  Telah di bayangkan tiada jemaah haji yg boleh mengerjakan haji tahun ini. Allahukbar !! Tiada lagi umat islam yg boleh berkunjung ke Baitullah dan Madinah.. Solat 5 waktu di rumah , solat tarawih di rumah . tidak ada solat Jumaat tidak ada solat sunat aidil fitri 

Allahukbar.. maha suci Allah dari sebarang kelemahan dan kekurangan .. Ampuni lah kami semua atas segala kerosakan dan kebinasaan yg telah kami lakukan di dunia ini. ampuni lah kami di atas kealfaan dan kelemahan kami. ampuni lah kami atas kebodohan dan kejahilan kami. Ampuni lah dosa2 kami. 

Kepada engkau kami serahkan diri kami dan kepadamu jua kami akan kembali.. aminn 


Friday, April 10, 2020

Ron95 turun lagi

MURAH MURAH !!!

Harga runcit petrol Ron 97 Ron 95 dan disel turun lagi.. menjunam ke harga yg tak pernah di mimpikan sebelum ini. Malah lebih murah dari harga yg di canang berulang kali sebelum ini.. 

Tapi adalah rakyat kisah?.. ada ke rakyat melompat girang dengan penurunan mendadak ini ?? Kalau dulu setiap sen yg turun pasti di raikan.. Sekarang masing2 seolah2 tak ada masa nak menikmati penurunan harga.. bukan tidak bersyukor tapi apa kan daya.. 

Minyak murah pun tak ada kenderaan yg berebut nak isi minyak.. minyak yg di isi minggu lepas pun tak bergerak2 lagi. Petrol stesyen lengang, tak ada peluang nak jalan jauh, tiada pergerakan lintas sempadan yg di benarkan.. travel melebihi 10 km pun dah di arah u turn. hehe 

Apa yg lebih penting utk di fikirkan sekarang bagaimana utk memenuhi setiap minit yg terluang semasa berkurung di rumah.  Bagaimana utk mencari ruang dan peluang mencari pendapatan tambahan dalam keadaan sekarang. 

Satu persoalan yg masih belum terjawab ; bila semua ini akan berakhir ?

Friday, April 3, 2020

Covid19 RMO Hari ke 17

Assalamualaikum..

Kami masih lagi berkampong di rumah masing masing. Keluar hanya di benarkan jika benar benar perlu. Sama ada kita buat kawalan kendiri.. atau tunggu saja pihak berkuasa mengarahkan anda pulang ke rumah.. Memang bukan 100 patuh.. Dimana mana ada saja manusia2 yg ingkar perintah memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan pergerakan masing masing. 

Penularan wabak masih berlaku.. kawaupun pada kadar yg masih terkawal tetapi itu belum mencukupi. Kita perlu mencapai penularan SIFAR secepat mungkin. Covid 19 mesti di hapuskan. Ianya tidak mustahil. Kita perlukan kerjasama 100% semua rakyat Malaysia. Selagi rantaian penularan ini tidak di putuskan.. kita tidak boleh bebas untuk kemana mana.. 

Kita patut bersyukor dan berterima kasih dengan petugas barisan hadapan yg bersengkang mata siang dan malam di hospital2 merawat mereka2 yg telah di jangkiti virus covid19.. Bilangan pesakit makin bertambah hari demi hari. Bilangan yg meninggal dunia juga bertambah . Kemudahan rawatan perlu di tambah ,kekuatan tenaga kerja juga perlu di tambah. Mereka sendiri berdepan dengan risiko di jangkiti virus yg mereka cuba hapuskan. 

Selain petugas di hospital2 seluroh negara , kita juga harus berterima kasih dengan petugas di lapangan saperti anggota polis dan tentera.. pasukan rela para medik bulan sabit merah dll.  Mereka juga bertungkus lumus bertugas siang dan malam utk memastikan kita semua patuh arahan DUDUK DIRUMAH ..  Tetapi malang nya ada segelintir masyarakat masih bersifat angkoh bongkak sombong sehingga mencabar tugas pihak berkuasa. Pihak polis perlu bersifat tegas dan keras dan terpaksa mengambil tindakan. Alangkah malang nya anda di dakwa dan di denda semata2 sebab anda tidak mahu duduk di rumah sendiri. 

Memang lah perintah larangan ini menyusahkan dan merugikan ramai orang. Tapi apa pilihan yg kita ada.. Ya memang kita ada 4 pilihan 
1. duduk di rumah
2 duduk di penjara
3 duduk di hospital
4 duduk di alam barzah.. 

PILIHAN DI TANGAN ANDA. 

Saturday, March 28, 2020

Covid 19 RMO hari ke 10

LOCKDOWN 
hari ke 11 28.03.2020

Assalamualaikum..

Pakej rangsangan ekonomi prehatin rakyat yg di tunggu2 telah pun di umumkan semalam . Kata PM tidak ada golongan yg tercicir , yang bekerja yg masih belajar , yang bujang dan yang dah berumah tangga semua mendapat bahagian masing masing.. dengan syarat tertentu.. Rata rata memuji dan merasa lega dengan pengumuman kerajaan .

Tapi walau apa pun yg di lakukan , mesti akan ada suara suara sumbang membantah atau membuat ulasan dan komen ( yg pada pandangan mereka bijak) . 

Matlamat kerajaan hanya satu untk merancakkan ekonomi yg sedang suram akibat isu Covid19 dan membantu meringankan beban rakyat yg terjejas teruk akibat perlaksanaan perintah kawalan terhad ini. Di tambah lagi bila perintah di lanjutkan.

Kerajaan tiada pilihan dan kita juga tiada pilihan. Matlamat perintah kawalan pergerakan ini mesti berjaya... kegagalan bukan pilihan. Kita perlu bersedia dengan apa keadaan sekali pun.. Rantaian penularan mesti di putus kan.. MESTI. 

Setiap hari kita di sajikan dengan lapuran bilangan jangkitan yg meningkat. Setiap hari juga kita di sajikan jumlah kematian yg meningkat.. HANYA KITA BOLEH MENGHENTIKAN NYA dengan izin Allah.. Kerajaan dah mendengar kehendak kita .. kita juga perlu mendengar kehendak kerajaan.. benda yg paling mudah.!!!

DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH

Friday, March 27, 2020

Covid19 RMO hari ke 9

LOCKDOWN
Hari ke 10 27.03.2020

Assalamualaikum 
Apa kabar sahabat abah semua.. ?

Sebut pasal sahabat abah ada satu kisah nak share.. baru je abah baca tadi. Dia bukan ( belum lagi) jadi sahabat abah , tapi abah terjumpa di wall terbuka ( public view) tulisan nya public tu yg  abah boleh baca dan tinggal kan komen. Kisah yg menyanyat hati yg di ceritakan nya mendapat banyak like dan komen..

Posting terkini nya yg abah baca, dia menceritakan tiga orang anak nya pulak telah di sahkan positif covid19. Katanya nya ambulan dah datang menjemput anak anak nya ke hospital utk mendapat rawatan..

abah pun scroll apa berlaku sebelum nya.. rupa rupanya isterinya telah terlebih dahulu di sahkan positif dan sedang di rawat. Katanya kesihatan isterinya bertambah baik dan hari hari mereka dah boleh berhubong melalui video call.. 

Dan kini katanya dia kesaorangan di rumah apabila anak2 nya pulak di bawa ke hospital utk mendapatkan rawatan.. dia tunjuk persiapan utk memasak terbengkalai agaknya dia anak2 nya sedang buat persispan nak bila bila anak2 nya di jemput ambulan 😭😭😭 

abah scroll lagi...

Abah baca kisah dia menulis luahan hati nya tidak berpuas hati atau terkilan dengan setengah2 komen yang di terima semasa mereka sekeluarga masih di kurentin dan menunggu keputusan saringan. Sepatut nya dalam keadaan demikian kita memberi sokongan moral dan mendoakan yg baik baik ( walaupun tidak dapat menghulur bantuan) tetapi kata nya ada di antara mereka bertanya perkara2 yg sangat menyentuh jiwa raga.. tambah2 lagi dalam keadaan dia dan keluarga sangat risau dan susah hati. ketika itu dia sangat sensitif.

Memang sedih bila keadaan ini berlaku.. dia berkongsi maklumat dan perkabaran dan meluahkan perasaan berhadapan dengan situasi yg sangat mencabar .. tapi yg respond langsung tidak sensitif dengan soalan dan komen komen yg boleh menyinggong perasaan orang.. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. semoga dia terus tabah, redha dan sabar. sekarang tinggal kesaorangan di rumah.. isteri dan tiga anak menerima rawatan di hospital.. 😢😢😢

pesan abah ,
Jadilah rakyat Malaysia yg prehatin dan penyayang. Jangan cepat menghukum , jangan semua perkara di jadikan bahan jenaka , jangan di tambah kesedihan yg sedang di tanggong orang lain .. Mari lah kita saling memberi sokongan di antara satu sama lain.. mari lah kita saling mendoakan antara satu dengan lain. 

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah .. amin

Thursday, March 26, 2020

covid 19 kes terkini


Geraf bilangan komulatif kes covid 19 dari hari pertama mula di lapurkan sehingga hari ini. Belum menampakkan berlaku pengurangan .. entah di mana puncak nya dan entah bila...

Perintah kawalan pergerakan terhad dan perhimpunan telah di lanjutkan sehingga 14 04 2020. Bertabahlah rakyat Malaysia..

DUDUK RUMAH
DUDUK RUMAH
DUDUK RUMAH

TOGETHER WE CAN BREAK THE CHAIN . insyaallah.