Friday, June 29, 2012

inovasi....

Assalamualaikum...

apa kabar semua... saya harap semua sihat la ya.. kalau tak sihat tu .. kena redha dan sabar.. dan usaha utk mendapatkan penawar.. so apa kita nak cerita kali ni..?? oops dah tulis pun kat tajuk tu.. INOVASI... tau ke apa inovasi tu...ia merupakan idea baru dalam semua aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.. dan memang kerajaan menggalakan budaya inovasi ni berkembang dalam budaya kerja seharian kita... tak semesti nya satu idea yg besar .. asal saja ia satu idea baru dan boleh meningkatkan kualiti kerja sudah di kira satu inovasi...

perkara ni memang berlaku pun dalam dunia  pekerjaan..terutama dalam memberi perkhidmatan.. kepada masyarakat... sama kita sedar atau tidak je.. kalau sebelum tu satu perkhidmatan tu mengambil masa yg lama untuk di selesaikan.. dengan sedikit perubahan perkara tersebut boleh di selesaikan dalam tempuh yg lebih singkat.. ingat lagi.. dulu2 kalau nak buat pasport kena tunggu sebulan baru siap.. sekarang ni sehari dah siap.. kadang kadang inovasi di kaitkan dengan teknologi... dengan bantuan teknologi dan IT banyak idea inovasi boleh di jana.. kecekapan akan bertambah..

untuk menggalakkan idea inovasi terus berkembang kerajaan mengadakan pertandingan dan anugerah kepada idea idea yg boleh meningkatkan kualiti kerja , menambah cekap perkhidmatan dan menjadikan persekitaran kerja lebih selesa.. ada anugerah di sediakan.. dan setiap tahun (betulke?) majlis anugerah inovasi di buat untuk memberi pengihtirafan kepada idea idea yg berkualiti...

so apa idea inovasi yg telah anda sumbang di tempat kerja tu... boleh lah share kan....




cuba tengok gambar ni... selalu nya kalau kita nak tanam apa apa macam mana biasa nya di lakukan.. pancang pancang bagi tanaman tu panjat kat pancang tu kan..? ada tak kaedah atas di buat ?? kalau dalam satu kebun boleh la buat gerbang tu banyak banyak.. kan cantik tu.. sambil berkebun boleh beriadah kat bawah tu hehe...boleh jadi tempat piknik.... 


kita dekat sikit.. baru nampak jelas.. tak kisah la apa yg kita nam tanam kan.. pacang panjang ke , petola ke kacang pasang ke labu ke (boleh ke? ) mentimun ke.. apa saja lah.. asal jenis pokok yg menjalar dan boleh tengok buah dia bergayut macam dalam gambar tu.. yg masak kita petik ..


tapi kalau di taman dalam taman alamat tak sempat besar la jawab nya ramai la tangan tangan nakal nanti nak usik usik.. ( boleh caya usik je) .. dah tentu ada yg nak petik nanti.. last last tinggal daun je hehe.. tapi yg penting benda ni merupakan satu inovasi yg menarik.. tentu ramai yg suka datang melawat ke tempat tu kalau di jadikan satu produk pelancongan di taman.. cuma kena lah di kawal dengan lebih rapi.. kat tempat dia orang nampak macam ok je kat tempat kita pelbagai inovasi berlaku nanti hehe

ok kita jumpa lagi di lain siaran... terima kasih kerana sudi membaca.. (ada ke??) 



Tuesday, June 26, 2012

kata nya jaga alam sekitar....






Assalamualaikum ....

Selamat malam semua.... masa upload gambar ke facebook tadi tetiba timbul satu adea utk menulis kisah alam sekitar.... orang lain kempen pasal alam sekitar buat sesuatu yg boleh menjaga alam sekitar .. kita pun kempen juga pasal nak pelihara alam sekitar ni tapi apa yg kita buat??? jom kita bincangkan...

Baru baru ni... semasa sesi lawatan ke tempat orang zino tertarik dengan air mineral yg di hidangkan... bukan pasal air nya lebih manis ke lebih putih ke lebih bekasiat ke.... tapi air mineral menggunakan botl kaca..!! sesuatu yg rasa nya tak nampak di Malaysia.. ada ke? mungkin zino je yg tak nampak !! dan botol kaca tu boleh di recycle.. guana dan terus guna selagi tak pecah.... teringat di kampong sampai sekarang pun masih ada.. air lemonate yg di jual dalam botol kaca... botol tu ada nilai kumpul2 dan boleh jual kerana boleh di guna semula....

lepas tu bila ada bijak pandai.. dia orang pun cipta botol plastik... maka segala jenis air di botollkan mengguna botol plastik... air mineral ke air bergas ke air buah2an ke sebut je air apa pasti botol plastik menjadi ganti.. kecuali air haram tu.. kalau guna botol plastik mau meletup agaknya... tak cukup dengan botol.. bungkusan baranga yg di beli pun di letak dalam bekas plastik... tak jumpa lagi dah beli guna sekilo di letak dalam karong kertas , pernah jumpa ke?? anak zaman ni tak pernah tengok kot... tapi kalau dalam cerita mat salleh mereka masih guna karung kertas ni..

bila dah segala2  nya plastik timbul lah isu alam sekitar.. plastik ni kata nya tak boleh di hancur luluhkan oleh alam.. plastik akan kekal plastik selama2 nya.. selama2nya??? maka ini di kata merosakkan alam sekitar... bila dah jadi isu.. maka berkempen lah sekelian rakyat jelata..... hari sabtu NO PLASTIC BEG... KUNUN !!!.... maka bangga lah  mamat dan minah yg duduk di belakang kaunter tu ..kadang2 berdiri... utk memberi makluman kepada sekilian rakyat yg melanggan.... 

"encik , hari ni tak ada pelastik ya...." maka terkejut la pelanggan yg dah bawa barang seteroli... 

"ehh kalau tak ada beg macam mana den nak bawak semua barang ni balik!! den lotak an balik kang..!" 
dengan senyum simpul mamat di belakang kaunter tu akan berkata..

"tapi kalau en nak lepastik kena bayar 10 satu beg.." dalam hati pelanggan yg kaya raya tu.. alah seposen apa lah sangat...lantas mengarahkan semua barangan tu di sumbat dalam pelastik...so apa jadi kempen NO PLASTIC BEG  tadi.... ???? pergi lah kemana mana pasar raya, balai raya jalan raya pudu raya dan hari raya... kita akan melihat orang ramai membawa beg plastik tanpa segan silu.. nak segan buat apa.. sama ada plastik free atau plastik yg di bayar... kempen??? apa action plan yg telah di buat utk mengurangkan plastic..??? kalau macam ni keadaan nya lebih baik kita tukar je kempen tu....

HARI TANPA BEG PLASTIK FREE.... 

apa kata anda??

Monday, June 25, 2012

tamat tapi ini baru permulaan...

Assalamualaikum....

Zino baru balik dari Shah Alam... mm apa yg menarik sangat tu sampai ak cerita dalam blog hehe.. hari ni ari terakhir kakak belajar di INTEC... makna nya diam tak diam dah dua tahun kakak di sana.. selesai la urusan ulang alik zino saban minggu ke INTEC.. mengambil dan menghantar kakak ... so tadi dah angkut semua barang dia.. bulan depan INTEC akan menerima student baru... sementara kakak akan bercuti sehingga program seterus nya... lepas raya kata nya...

Sama sama lah kita doakan semoga kakak dan semua rakan2 seperjuangan nya berjaya dan meneruskan perjuangan ke distinasi yang telah di tetapkan... insyaallah.. 


Thursday, June 21, 2012

pasar borong...

Assalamualaikum....

Pasar borong? apa punya cerita ni?? siapa yg stay kat Selayang pasar borong ni tak ada cerita la... kalau ada pun pasal sesak nya bau nya sampah nya dan segala2 nya... lebih2 lagi pasar borong yg lama tu... teringat kisah dulu2 kalau balik le dari lawatan ke Pasar borong.. mesti ada akan perasan.... bau pasar tu menusuk kalbu sesiapa yg berdiri berhampiran.... tapi ini ada kisah lain...

Zino berkesempatan melawat sebuah pasar borong berganda2 lebih besar dari pasar borong Selayang tu.. sebuah bangunan pasar dia boleh memuatkan 2 atau tiga buah pasar borong kita... dan mereka bukan ada sebuah bangunan tapi beberapa buah bangunan yg sama besar... zino tak tau saiz sebenar bangunan tu tapi secara rambang kami telah buat ukuran sendiri.. berdiri di tengah2 pasar tu mengambil lebih kurang 97 langkah ke tepi... setiap langkah zino ada dua kaki kot... so average saiz bangunan tu 388 kaki.. persegi.atau 120 meter sq. so boleh bayangkan padang yg kita lari 100 meter tu... lebih kurang tu le saiz setiap bangunan.. sehingga pekerja kat dalam tu guna moto utk pergi dari satu tempat kesatu tempat.. dan nak menurunkan barang kena bawa lori kecik tu masuk terus.. 

jom kita tengok...



salah sebuah bangunan di ambil dari dalam kereta..tak dapat nak fokus penuh kerana bangunan nya besar..


satu pemandangan yg unik..


nampak macam ringan je dia tolak..


rambutan siam..


manggis dan langsat ... semua ni buah2an tempatan...


meleleh air liur tengok ni. hehe


jambu batu....


anggur se anggur2 nya....


dekat sikit...


close up.... sedapppp nya...


buah apa tu ?? alamak lupa pulak nama nya tapi kira sedondon dengan model tu hehe


petugas menyisih lada...


lori di benarkan masuk utk unload...


kacang sekacang2 nya.....


dia bukan bertugas di sini hehe


kalau nak beli pun boleh bawa lori masuk kot...


asparagus...


saja nak bagi gambaran besar nya bangunan.... sayup je kat hujung tu...kalau kita pernah ke pasar borong Selayang tu boleh la bayangkan keadaan dalam pasar ni... setiap banguan menempatkan produk berlainan.. sayur ke buah2an ke dan bermacam produk pernatian lain.. yg di kumpul di pasar kan semula utk seluruh rantau Thailand... 

terima kasih kerana sudi membaca.. atau melihat gambar hehe .. sebelum berpisah zino nak ucapkan selamat datang dan terima kasih kepada mahfudz dan siti bumz kerana sudi follow.....

Friday, June 15, 2012

tempat letak kereta otomatik.....

Assalamualaikum....

apa kabar semua.... dah dinner ke? zino baru lepas makan doreyan.. hongeh lagi ni hehe.. oops salah cerita pulak... kali ni zino nak cerita satu lagi tempat yg kami lawat hari tu.. tempat letak kereta otomatik... kenapa pulak di kata otomatik?? apa yg otomatik sangat tu..?? 

jom kita tengok...




ini merupakan sebuah tempat letak kereta auto yg pertama di Tlailand.. terletak di sebuah universiti...panjang pulak nama universiti tu nak di sebut... klik la gambar tu kalau nak tengok nama U tu... yg best nya jumpa student indon kat sana.. sempat juga lah sembang dengan budak2 tu... 




saya cerita secara ringkas je lah ya.. bila kita nak parking kat tempat tu kita hanya pelu letak kereta atas benda kuning tu.. tak kisah la letak macam mana pun.. drive masuk park atas tu kluar kereta kuci elok2 dan ambil tiket parking senget ke apa ke biar je biasa la.. ada orang tu tak geti nak park lurus hehe...





kita tenok apa jadi dengan kereta lebih kurang kita park masuk nak service kereta tu la... tapi kalau servis kat woksop bawah pokok tak ada lah benda alah ni.. hehe




nanti ada lah pencolek angik yg bergerak kat bawah tu lurus kan kereta tu dan pastikan dia terletak betul2 di tengah2 pintu masuk tu... kalau senget dia tak boleh tarik masuk nanti .. tapi semua tu berlaku secara otomatik selepas kita beredar dari kawasan tu.. kok tak tengok sampai kereta tu ilang dari pandangan pu tak pe tuggu yo lah.. hehe





bila tayar depan dan tayar belakang dah lurus.. baru pintu tempat letak kereta tu terbuka ada lah robotcop datang nati bawa kereta tu masuk .. tipu je robokop tu hehe tapi ada lah sistem robot yg mengambil kereta tu nanti hehe




ok nampak tak.. ado bondo yg terpacul kat bawah tu.. itu la robocop yg saya cakap tadi gambar ni tak nampak la dia bergerak.. kalau video ko nampak lah bondo alah tu bergerak muncul dari dalam bangunan tu... 




pandai pulak robot tu sauk kereta tu.. pasal tu dia pastikan dulu kereta tu betul2 di tongah2.. baru senang nak sauk.. kalau senget agak nya susah la robot tu nak angkat.. tekelicik la nanti kot.. agak je lah hehe 






kereta tu pun di angkut pelahan2 ke dalam bangunan tu.. maso tu jangan fikir kek mano kereta tu di letak.. pandai2 robot tu la nak letak kek mano.. bangunan tu 12 tingkat utk parking.. ada lebih 800 petak apo nak peduli kek mano dia nak lotak kan? lagi pun kita tak boleh masuk nak jongok2 kereta kek dalam tu.. jangan buek pasal yo hehe



pelahan yo robot tu buek kojo.. saba betul.. ye lah kena lah berhati2 yo tak kono merc.. lagi la perlu berhati2.. calar kereta orang kang sapo nak tanggong.. 




nampak kan kereta tu dah botol2 masuk kek dalam tu.. tugas robot tu seterusnya bawak kereta tu naik ateh ko pusing kek sebelah ko semua tu di program secara otomatik.. tak ado sapo suroh pun.. orang yg jago parking tu pun tak tau dio pun tengok ke screen monitor je.. 




dah masuk dalam tu baru pintu tu di tutup.. kalau ado kereto lain nak masuk dah boleh la letak kek atas tu ado 6 laluan masuk nak parking ni.. so tak ado lah berebut tempek yg satu tu je.. nanti bila nak ambik kereta jangan tunggu ke sini pulak tak kluar kereta tu doh.. nak ambik kek belakang nun.. ado pulak laluan keluar.. kek sini masuk yo .. ingat tu... 
  




ini lah CEO tompek parking ni.. bukan2 CEO syarikat yg buek tompek parking ni.. yg baju petak2 tu yg baju biru tu pegawai teknikal yg jaga parling tu.. namo e panjang amek den pun dah lupo.. tapi ado la dio sebut nama glamor utk senang nak panggil hehe




ado la di sebut berapa petak masik kosong dan ti tingat mana bila kita nak letak situ kita tau la ada geng lain ko dah letak kereta kak sinun.. hehe




gambar ni bukan apo nak buktikan den betol2 dah sampai suti bukan cerito ni google dari internet yo hehe.. perlu tu nanti bos tanyo betul ko dah sampai sana.. hehe




itu lag gupo tempek parking tu tingkat dia pun rendah yo muek2 kereto saloon.. kalau nak park lori tak muek la.. sebab dio buek rendah2 yo.. tengok gambar den tadi tu tau la tinggi mano kan... 

Wednesday, June 13, 2012

payung

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua.... apa lagi nak di cerita ni ya.... i mean kisah di negara jiran tu la... ok la rasa nya kisah ni perlu juga lah di cerita kan.. walaupun dah cerita sikit2 dalam.. FB... tapi perlu di ulang kaji di blog pulak.... dan rasa nya lebih mudah faham kalau di tulis dengan di selitkan gambar sekali.... macam nak bagi tip soalan priksa pulak hehe.. kali ni kisah industri traditional... kisah payung....



nak tanya dulu, siapa pernah jumpa payung kertas di zaman dia dulu? oops zaman sekarang ni dah tak ada la agaknya payung ni ujud sekitar tahun 70'an dulu kot.. lepas tu dah tak nampak dah... kertas utk buat payung di proses sendiri dari bahan sejenis pokok.. makcik yg baju merah tu nak tunjuk macam mana kertas tu di buat..


kebanyakkan pekerja industri ni semuanya makcik makcik dan pakcik yg dah berusia... sesuah dengan bahan yg di usahakan kot... hanya ujud di zaman mereka muda2 dulu... tapi mungkin sekarang tak lagi di gunakan oleh anak2 dara berpayung ke pasaraya ke ke sekolah ke.. tapi lebih kepada bahan perhiasan dan sebagai nya... 


frame utk payung tu di perbuat menggunakan kayu .. remeh juga kerja nya generasi tua macam ni je yg masih sabar mengerjakan nya kot.... masing masing di beri tugas tertentu.. boleh kira dah jadi specialist la tu... 


utk menyiapkan sebuah payung melalui beberapa proses... tugas makcik ni menampak kertas yg di buat sendiri tu ke atas frame payung yg telah di sediakan... gambar ni tak di susun ikut proses sebenar masukkan yg mana dan je .. kira boleh paham juga la kan hehe.. ada payung besar dan ada payung kecil.. ikut permintaan la kot .


ini rangka payung yg telah siap..... di jemur supaya gam yg di gunakan tu lekat sebelum di pasangkan dengan kertas payung nya...


pakcik ni pakar membuat atau memasang frame payung tu tekun dan sabar je tengok dia buat kerja... entah berapa tahun lah agaknya dia buat kerja tu....


bagi close up sikit...


lagi satu angle.... kenapa pakcik ni jadi fokus? rasanya dia lah pekerja tertua yg zino nampak .. yg yg lama sikit perati dia buat kerja... dan tak nampak orang lain yg buat benda yg sama dengan dia... tak latih bakal pelapis ke? 


ni lah hasil nya.... nak tanya sikit sanggup ke guna payung ni utk ke mana mana bila hujan atau panas... 100 % waterproof tu.... zaman zino kecik2 dulu ni lah payung yg du gunakan... kemana saja kita nampak orang guna jenis yg ni.. agak berat sikit.. boleh jadi senjata bila sesak hehe..


di kalangan pekerja tu ada yg mempunyai bakat dalam seni lukis.. dia orang ni lah yg melukis corak atas payung tu.. utk pelawat dia boleh di mana saja yg anda suka sengan sedikit bayaran... pujuk2 baru lah cik kak kita sorang tu benarkan beg tanyan nya di lukis dengan corak bunga...


kawan zino ni pulak lukis terus di seluar jean dia.... hehe


karya yg hampir siap...


cantik tak beg makcik? hehe


final touch..


ok dah tengok proses dia kan.. tak tau kegigihan pekerja dia kan... sekarang masa utk membeli.. berapa batang payung nak ni?? oder la jangan tak oder ya... bantu la lah industri traditional ni... hehe dia boleh post terus ke rumah anda... malah ke seluruh dunia... ada di pamir caj2 pos yg di kenakan utk pos ke luar negara..