Tuesday, September 28, 2010

lawatan kerja






Petang tadi berlangsung satu lawatan kerja menteri Wilayah persekutuan ke projek jajaran laluan pejalan kaki berbumbung yg sedang dalam pembinaan di Stesyen Pasar Seni.. Jajaran ini merupakan salah satu projek yg telah di rancang dan akan di laksanakan bagi menghubungkan stesyen transit LRT ke kawasan kawasan tumpuan orang ramai.. beberapa jajaran lain yg telah di rancang dan akan di bina ialah dari stesyen Bandaraya hingga ke hadapan bangunan DBKL(dalam pembinaan pun) , Dari stesyen PWTC ke The Mall, Seri Pasific Hotel hingga ke Hentian Putra.., dari Stesyen Hang Tuah ke masjid Al Bukhari..

Ada banyak lagi laluan pejalan kaki yg sedang di rancang , dan pembinaan nya akan di laksana kan secara berperingkat.. kesemua inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada warga kota , supaya membudayakan berjalan kaki sambil beriadah..berjalan dari satu distinasi ke satu distinasi dengan menggunakan pengangkutan awam.. dengan harapan satu hari nanti pusat bandar tidak akan sesak sebagaimana sekarang.. beberapa bangunan park and ride juga dalam perancangan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam..

Sekian lapuran dari bilik berita..

11 comments:

MOKCIK AZWA said...

hehehe...yang ayat last sekali..sekian laporan dari bilik berita yang mahal tu hahahaha

Lama tak turun KL so tak perasan plak laluan pejalan kaki nie..

kak Erna said...

azwa..betul la..mcam berngan nak tukr bidang je..he he,

zino said...

azwa..
masa lawatan tadi tu memang ramai pemberita.. bila zino sibuk ambik gambar dia org kata pemberita tak bertauliah hehe

erna..
tadi sajo buek sibuk.. mana tau dah pencen sok boleh kojo partime hehe

Yunus Badawi said...

Eloklah diperbanyakan laluan berbumbung ni. Kalau tak panas dan hujan susah pengguna. Takkan nak bawa payung masuk LRT.

zino said...

YB
betul tu...

ikan emas said...

banyak jg tempat dah buat jejantas jajaran jejambat berbumbung beraircorn bagai...tapi tak nak guna

NARDtheNERD said...

pengangkutan awam sekarang penuh warga asing je.
hmmm.
:)

ckLah@xiiinam said...

Berita diterima...roger!

:)

zino said...

ikan emas ..
itu masaalah nya

nard..
sebab org tempatan tak nak guna hehe

cklah..
roger and out hehe

Zareda Norman said...

eloklah tu baru nampak pembangunan yg memberi manfaat kepada masyarakat

zino said...

zar..
beri impak kepada rakyat..