Sunday, September 5, 2010

semuga semua selamat...

Pelajar Malaysia di Christchurch selamat

05/09/2010 3:23pm

JOHOR BAHARU 5 Sept. - Semua 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Lincoln University di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat selepas gempa bumi kuat melanda Christchurch semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Jabatan Penuntut Malaysia di Wellington berjaya menghubungi kesemua lapan pelajar wanita dan tiga lelaki berkenaan serta sudah memaklumkan keadaan mereka kepada keluarga masing-masing di Malaysia. "Memandangkan keadaan jalan yang rosak dan perintah berkurung yang dikenakan, pegawai kita di Wellington tidak dibenarkan untuk pergi ke sana.

Kita hanya dapat menghubungi para pelajar dan mengenal pasti segala keperluan yang mereka perlukan lebih-lebih lagi ketika mereka berpuasa,” katanya di sini hari ini. - Bernama

semuga anak sedara zino di sana selamat.. maklumat terkini yang di terima mereka semua selamat , dan berkumpul di rumah student senior, keadaan masih belum stabil, gegaran2 kecil masih berlaku ...


8 comments:

iZzuDdin said...

amin.....
tp skang kat mane2 pun ade gempa bumi..
pelik2...

Zareda Norman said...

alhamdullillah..selamat semuanya

aNIe said...

Alhamdulillah semuanya selamat...risau jugak kan bila berlaku bencana di negeri sedara mara kita berada...

Yati said...

Ada anak sedara di sana ya? Semoga semua ok dan selamat hendaknya.

"MULAN" said...

insyA... moga semua selamat apatah lagi menanti lebaran..

atty's said...

insyallah ..anak sedara zino selamat..

Mak Su said...

moga anak sedaro abang zino sentiasa dalam lindungan Allah swt

noorlara said...

Alhamdulillah.
Selamat menyambut Eidul Fitr maaf batin zahir