Monday, October 29, 2012

jurujual rumah ke rumah...

Assalamualaikum...

Apa kabar semua...?? semoga semua sihat sejahtera... bila baca tajuk tu dah boleh agak kan apa yg zino nak cerita... biasa nya kalau kita duduk kat rumah pada hujung minggu ada je jurujual datang ke rumah utk membuat pelbagai jualan.. pantang gate rumah kita tak berkunci .. terpancul je nanti depan pintu... pasal tu kalau hujung minggu tak boleh langsung lepa dengan gate tu.. pastikan terkunci..

Bukan nya kedekut ke sombong ke apa ke.. tapi kita pun tak tau yg mana jurujual yg mana orang yg nak ambil kesempatan... apa apa urusan pun perlu berlaku di luar gate saja lah.. jangan sesekali di benarkan masuk ke dalam rumah.. dah banyak kes yg kita dengar dan baca orang mengambil kesempatan..

tapi sekarang ni juru jual dah semakin moden.. tak perlu lagi pergi rumah ke rumah... terjah je blog ke blog hehe.. satu dunia jurujual datang bertandang... elok juga tu meriah sikit.. tapi sayang dia tak pandai nak ambik hati tuan rumah.. oops tuan blog.. kalau la dia singgah lama sikit.. tanya kabar ke apa berkenalan dulu dengan tuan rumah.. oops tuan blog mungkin ada harapan tuan rumah beri perhatian.. saya menerima kunjungan jurujual dari serata dunia... tapi tak ada sorang pun berminat nak kenal dengan tuan rumah.. oops silap lagi tuan blog.. hehe

setuju tak? hehe

Saturday, October 27, 2012

majlis aqiqah yg sederhana....berjalan lancar...

Assalamualaikum....

kami mengadakan majlis aqiqah yg sederhana utk evi Qairina di kampong... 
cerita selanjut nya kita tengok gambar je lah ya....


kakak suka buat muka masam dia tu 
bila nak curi ambik gambar hehe


Evi Qairina.. 
yg menjadi tumpuan....


majlis potong rambut bermula....


lepas sorang sorang ...


uwan...dan onyang....


Evi Qaisara terpegun 
tengok rambut adik kena potong....


kaum uwan...dan onyang yg berjanzi...


turn atok dan onyang lelaki pulak...


onyang sedara qairina..


yg ni onyang Qairina...abah zino la...


kakak Qaisara memerhati dari atas....


ni atok sedara Qairina..


ini khas utk peminat Erna..
ado gayo orang kayo buek kojo tak??
beg tu tak mau lopeh... mesti banyak duit tu kan hehe 


makan time..


sebahagian tetamu yg hadir...

sekian..... 

Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari raya Korban...

Assalamualaikum...

Rasanya masing masing dah plan nak balik kampong raya korban ni... ada yg dah sebut tak sabar2 nak balik... kepada yg nak balik kampong esok atau lusa.. kami sekeluarga ucapkan selamat hari raya korban... selamat balik kampong dan selamat mengerjakan ibadat korban..

Zino tak balik ke? 

balik , actuallly kami dah plan nak buat majlis di kampong raya kedua tu nanti.. Angah nak mengadakan majlis aqiqah utk Evi Qairina... cucu atok yg no 4 tu cicit onyang yg ke 6 atau 7 tak ingat siapa lahir dulu.. Angah ke Along ke seronok nak buat majlis di kampong .. suasana kampog ni lain sikit dari kat bandar ni.. semangat gotong royong tu masih tebal... bukan la kata kalau buat kat sini tak ada gotong royong.. tapi tak le se meriah di kampong.. 


so budak yg comel ni akan jadi tumpuan....
















sekian....

Monday, October 22, 2012

seolah olah.........you are not wanted.....

Assalamualaikum semua....

Nak curahkan perasaan jap.. bukan kecik hati bukan benci bukan marah..tapi sekadar melepaskan perasaan je.. berkongsi apa yg terguris .... kalau lah anda dalam situasi macam ni....

Pada satu hari tu sorang kawan menjemput anda ke satu perjumpaan.. walau pun anda mulanya keberatan untuk hadir kerana anda bukan nya ahli pun atau bukan nya kenal pu dengan sesiapa dalam kumpulan tu tapi kawan anda tu kata anda layak utk hadir nanti dah hadir boleh la berkenalan dengan lain ahli kat situ... kebetulan ada la sorang dua yg anda kenal itu pun ahli yg tak berapa aktif...

Atas kepercayaan kawan anda tu dan dengan hati terbuka anda pun ikut la hadir ke perjumpaan tu.. bila anda sampai suasana amat meriah.. mesra dan santai.. seolah2 mereka semua tu adik beradik atau rakan2 yg sangat akrap.. gurau senda antara mereka tak ada batasan langsung .. maklum la kawan yg sangat ngap kata orang tu.. so anda pun cuba nak berkawan dengan mereka... kelompok tu anda tegur , ada yg senyum, ada yg bertanya kabar dan ramainya hanya memerhati seolah2 anda ni makluk asing.. 

kemudian anda pergi pulak ke kelompok yg lagi satu.. rancak sungguh mereka berbual , anda pun menyampuk la seolah2 anda sebahagian dari mereka... sama seperti di kelompok yg tadi , ada yg menyahut apa yg anda sebut.. ada yg pandang gitu je dan ramai nya tak ambil kisah pun.. seolah2 mereka tak dengar pun apa yg anda kata.. atau anda tak masuk dengan topik yg di bincangkan....tak apa lah.. mungkin mereka asyik dengan topik2 yg anda sendiri tak tau hujung pangkal nya.. 

di satu sudut lain ada yg mendapat sambutan VIP.. apa saja yg dia kata semua tertumpu, semua angguk dan semua memberi respond yg bernas berhati2 dan bersahaja.. tentu dia seorang yg sangat di hormati.. nasihat dia di dengar .. teguran di di ambil berat.. cadangan dia di terima sebulat suara.. 

Semakin lama semakin anda rasa seolah2 berada di majlis yg salah... rasa macam why should i come here?? 
so apa tindakan yg nak anda buat..???

bersabar dan terus bertahan di sana kerana menghormati jemputan kawan tadi..
terus berusaha untuk mendapat ruang yang sama seperti orang lain..
lakukan sesuatu untuk mencari tumpuan...
atau.. 
beransur ansur mengundurkan diri dan beredar meninggalkan majlis tanpa di sedari sesiapa.....

sebelum mengundur diri terima kasih kepada PCL, Norhafizah, Granny Hani, Luahfikiran, Akule Ayu. dan gedek yg sudi follow... saya pun follow...tq





Thursday, October 18, 2012

asam pedas





Assalamualaikum semua....

Dah makan malam ke? sepatut nya dah la kan dah jam berapa pulak ni..tambah bila kat luar nun hujan cepat je lapar nya.. tapi kalau makan tu kena lah berpada pada.. kalau makan kat rumah mudah la nak kawal.. masak apa yg patut je.. tapi bila kat luar ada bermacam benda yg boleh di oder.. minta je apa nak.. ikut selera masing masing.

berbalik kepada tajuk di atas tu.. saya nak tanya sikit la.. kalau Melaka terkenal dengan asam pedas nya negeri lain apa masakan istimewanya ya..? kalau negeri den.. masak lomak cili padi la.. tapi tempat lain apa ya..mesti ada satu masakan yg boleh di ketengahkan sebagai trademark negeri tersebut..  siapa yg tahu tolong senaraikan.. Perak apa? Pahang apa Kedah apa dan seterusnya.. 

Pada pendapat saya Thailand yg paling berjaya dalam mempromosi makanan ni.. tomyam Thailand di kenali di merata dunia.. di mana mana gerai di malaysia ni mesti ada yg menjual tomyam.. dan ada banyak lagi masakan yg berasal dari Thailand sana.. malah orang siam pun ramai yg berniaga di negara kita...makanan boleh jadi satu daya tarikan pelancong.. betul tak?? 

Kembali semula kisah gambar di atas tu... Di Melaka saya percaya ada banyak kedai atau restoren yg menjual asam pedas ni.. kami dah cuba beberapa kedai tapi masih terpikat kat kedai ni.. ada di sekitar banda hilir tu nama kedai maaf la tak masuk memori hehe tapi kalau nak ke sana tau la.. setiap kali sampai ke Melaka tak boleh miss masak asam pedas ni.. kat rumah mem pun pandai masak hehe tapi makan tapi masih nak cari asam pedas melaka.. 


Wednesday, October 17, 2012

fakta berkait kamera AES...




FAQ – AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

1. Apakah AES?
 Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
 Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
 Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
 Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
 Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

2. Kenapa Perlu AES?
 Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
 AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
 Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
 AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
o 24 jam
o Tidak bermusim
o Tiada campur tangan manusia
 Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
 Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

3. Bagaimana AES berfungsi?
 AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
 Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
o Tidak mematuhi lampu isyarat
o Memandu melebihi had laju
 Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
 Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
 Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
 Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
 Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
 Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
 Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
 Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
 Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
 Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
 AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
 Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
 Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
 AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
i. Memotong di garisan berkembar;
ii. Memotong di sebelah kiri jalan;
iii. Lebih Muatan;
iv. Potong barisan;
v. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
vi. Penguatkuasaan laluan bas.


5. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
 Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
 Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
 Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

6. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
 Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
o 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
o Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
o Jumlah pemegang lesen bertambah.
o Kilometer jalanraya bertambah.
o Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
o Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.

7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
 Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
 Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
o JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
o MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
o JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

8. Apakah peranan PDRM di dalam AES?
 PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
 Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
 Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

9. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
 Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
 Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
 Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
6
 Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.

10. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
 Jumlah kamera speeding 566 buah.
 Jumlah kamera traffic light 265 buah.
 Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
 Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.

11. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES?
 Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah ‘public outcry’ kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
 AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
 Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
 Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papantanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.



Tuesday, October 16, 2012

penilaian OUTCOME

Assalamualaikum...

Apa kabar anda semua..? kami kat sini tak nampak matahari...hehe berkurung dalam dewan je.. dari pagi sampai ke malam.. ada la masa utk rehat tapi tak dapat la nak menjelajah kecerok rantai di Melaka ni... tak pe la.. demi negara la kata kan.. 

Banyak yg zino belajar berkaitan penilaian OUTCOME.. itu satu terma yg di guna pakai sekarang apabila melaksanakan sesuatu projek.. terma ini boleh juga di praktikkan dalam semua keadaan.. kalau dulu terma nya output... apa yg di rancang dapat di siapkan mengikut tempuh kualiti dan harga yg telah di tetapkan.. tapi sekarang apa yg lebih di pentingkan OUTCOME sesuatu projek yg telah di siapkan.. 

Kalau semasa perancangan dulu sesuatu projek itu bermatlamat memberi keselesaan kepada pengguna, boleh meningkatkan sosio ekonomi dan sebagainya.. apabila projek siap adakah matlamat tercapai..? adakah pelanggan berpuas hati? bagaimana pula pandangan orang ramai sama ada yg mendapat faedah secara langsung dan tidak langsung mendapat faedah dari perlaksanaan projek tersebut..

Dan perlu ada data yg membuktikan pencapaian yg di capai jangan syok sendiri je membuat kenyataan perlaksanaan telah mencapai sasaran dan matlamat tercapai.. sedang kan tiada data dan bukti yg boleh di tunjukkan..

Fikir fikir kan lah.... 



Sunday, October 14, 2012

salam takziah..al fatihah..

assalamualaikum...

Apa kabar semua bagaimana hujung minggu anda?? ini yg berlaku hujung minggu.. pada jam 9.00 mlm tu zino ndapat call dari kampong, mak yg call, dia kata baru dapat berita dari kakngah melalui acik , Suffian anak kak ngah iaitu anak sedara zino di masukkan ke CCU .. mak kata pegi la tengok.. lepas dinner zino pun bergegas ke HKL memula adik nak ikut tapi tak jadi takut dia tak di bagi masuk.. dah terkena di hospita selayang dulu kanak2 tak di benarkan masuk.. makan zino pegi sorang je lah..

Sampai di HKL pintu utama tutup.. alamak kat mana pulak nak masuk.. cari punya cari jumpa satu pintu sisi tapi terpampang tulis kat situ laluan kepada yg ada pas dan sebagai nya.. bila zino tanya nak naik ziarah sedara di CCU, bila sebut nama je terus di benarkan masuk.. rasanya petugas telah di arah utk membenarkan sedara masuk memandangkan keadaan patient.

Bila sampai di tkt 3 dah ramai sedara mara menunggu , zino terus mendapatkan kakngah, untuk bertanya kabar dan mendapatkan maklumat lanjut berkait keadaan Suffian di dalam sana.. kata kak ngah anak sedara zino tu dah setahun sakit.. kami jarangb berjumpa kecuali musim raya.. atau sesekali bertembung di kampong.. rupanya dia dah setahun menderita akibat barah.. perbagai kaedah telah di iktiar utk mendapat rawatan.. jam 12.00 malam kot baru zino sempat masuk melihat keadaan dia di bilik ICU tu di kawal rapi oleh Doktor dan jururawat terlatih.. sangat sedih melihat keadaan nya.... dia sedar masa zino masuk dan menghulurkan tangan utk berjabat.. 

rupanya bila zino balik selepas itu keadaan menjadi kritikal.. akhirnya beliau menghembuaskan nafas terakhir lebih kurang jam 3.00 pagi.. cuma zino dah terlelap dan tidak mendengar mesej yg di hantar jam 3.00 pagi tu.. dia telah di jemput pergi.. semasa hayat nya arwah seorang yg sangat berbudi bahasa, menghormati orang tua, lemah lembut dalam tutur kata dan sentiasa senyum bila berbicara.. 

pagi tadi bila nak ke rumah arwah kami tertanya tanya kat mana rumah nya , memang zino tak pernah sampai ke rumah nya, yg pernah sampai pulak tak tau macam mana nak bagi alamat nya atau tunjuk arah.. setelah bertanya beberapa sedara mara yg lain, akhir nya zino bersetuju utk mengikut konvoi sedara yg akan datang dari kampong.. zino tunggu di perjalanan ke rumah arwah.. bila kami sampai jenazah telah pun di sembahyangkan di surau berhampiran.. dan sedang di uruskan utk di bawa ke tanah perkuburan.. 

Ramai sedara mara yg dah sampai awal tapi ramai juga yg terlewat kerana tersesat bila mencari rumah.. kawasan tu dah banyak berubah.. kesian dengan mak mak sedara yg terlambat sampai.. ada seorang sepupu zino terpaksa berpatah balik setelah puas mencari jalan arah ke rumah tidak berjumpa.. 

semoga ahli keluarga redha dan tabah dengan ujian ini, sama sama lah kita mendoakan semuga arwah di tempatkan di kalangan arwah orang2 beriman... dan salam takziah zino dan keluarga kepada keluarga kakngah... 

al fatihah....


Wednesday, October 10, 2012

jom jalan jalan...

Assalamualaikum..

apa kabar semua... kadang kadang tu bila kita plan baik baik nak ke mana mana akhir nya tak menjadi pun... so zino pun plan dalam hati je tak bagi tau sesiapa.. kalau jadi ok la semua happy.. kalau tak menjadi zino sorang je yg tau.. hehe masa nak balik dari kenduri di Seremban tu zino pun cakap jom tidu PD malam ni.. adik pun apa lagi meloncak kesukaan.. tapi buat counter suggestion.. jom pegi Melaka la.. adik compromise mesti ada kolam renang tau.. kalau tak adik tak nak.. 

bila semua dah setuju kami pun balik KL , kena lah balik alang kata baju pun tak bawa.. memang tak bawa pun pegi kenduri seremban bawa beg besa apa hal kan.. bila sampai Kl sambil mem berkemas zino sempat tidu kejap.. mengantuk betul bila drive dalam panas2 tu.. dalam kol 5 baru kami bergerak ke Melaka.. dalam perjalanan tu baru fikir kat mana nak cari hotel.. last decide nak cari dalam bandar je senang nak kemana mana.. so kami pun target satu hotel berbintang tu.. sampai pun dah malam.. pesan kat semua orang niat jamak takhir utk magrib.. tempat landing belum dapat.. bila tanya hotel tu penuh.. 

pujuk balik adik cari hotel biasa je lah tak per lah kalau tak ada kolam .. bila adik kata oki baru lah kami target bajet hotel je.. lagi pun dah malam esok dah nak check out tak guna pun stay kat hotel berbintang ni..lepas check in.. kami keluar dinner kat restoren berhampiran..bilik tu ada dua katil king size cukup selesa utk 4 orang.. esok nya lepas breakfirst dan check out kami mula meronda.. jom kita ronda sama..


singgah di jeti berhampiran... kami tengok ada perhiasan yg sedang
di lakukan bila di tanya kata nya ada pelayaran masuk
kapal dari palembang, rekpika perlayaran Parameswara
750 tahun lalu.


sempat la adik berposing..

abah pun hehe

masih pemandangan di Jeti

jambatan la ni kan.. hehe

suka tengok platform kayu ni.. tapi perlu penjagaan rapi
dan perlu di selenggara selalu.. kalau tak lama lagi
berlubang sana berlubang sini reput sana
reput sini..

kisah adik ni dah jadi bualan di FB hehe



minerat

akitektur yg sangat menarik

adik bila di minta buat aksi bebas..

tangga yg boleh memeningkan kepala berpusing2 hehe

mak dan anak

sape tau maksud ayat tu

minerat dari sudut berbeza

kat masjid ni ada kerusi urut lepas penat melawat boleh le urut

struktur yg tersusun cantik

susunan pasu pun menarik

lepas selesai lawatan di masjid kami ke sini

alang kata belum pernah naik adik pun nak naik

melaka dari pandangan burung

bangunan di tepi sungai nampak cantik

macam piring terbang je bila burung tengok..

kapal terbang yg tersilap landing.. kekal la dia di sana..

jeti tu pun nampak menarik dari atas..

boat tu naik malam baru best..

alang ni payah tol minta bergaya depan kamera.. 

lakonan adik yg bersahaja..

bukan saja boleh tolak adik juga boleh pandu keretapi tau..

ok la babai adik pegi dulu ya..

THE END