Monday, October 22, 2012

seolah olah.........you are not wanted.....

Assalamualaikum semua....

Nak curahkan perasaan jap.. bukan kecik hati bukan benci bukan marah..tapi sekadar melepaskan perasaan je.. berkongsi apa yg terguris .... kalau lah anda dalam situasi macam ni....

Pada satu hari tu sorang kawan menjemput anda ke satu perjumpaan.. walau pun anda mulanya keberatan untuk hadir kerana anda bukan nya ahli pun atau bukan nya kenal pu dengan sesiapa dalam kumpulan tu tapi kawan anda tu kata anda layak utk hadir nanti dah hadir boleh la berkenalan dengan lain ahli kat situ... kebetulan ada la sorang dua yg anda kenal itu pun ahli yg tak berapa aktif...

Atas kepercayaan kawan anda tu dan dengan hati terbuka anda pun ikut la hadir ke perjumpaan tu.. bila anda sampai suasana amat meriah.. mesra dan santai.. seolah2 mereka semua tu adik beradik atau rakan2 yg sangat akrap.. gurau senda antara mereka tak ada batasan langsung .. maklum la kawan yg sangat ngap kata orang tu.. so anda pun cuba nak berkawan dengan mereka... kelompok tu anda tegur , ada yg senyum, ada yg bertanya kabar dan ramainya hanya memerhati seolah2 anda ni makluk asing.. 

kemudian anda pergi pulak ke kelompok yg lagi satu.. rancak sungguh mereka berbual , anda pun menyampuk la seolah2 anda sebahagian dari mereka... sama seperti di kelompok yg tadi , ada yg menyahut apa yg anda sebut.. ada yg pandang gitu je dan ramai nya tak ambil kisah pun.. seolah2 mereka tak dengar pun apa yg anda kata.. atau anda tak masuk dengan topik yg di bincangkan....tak apa lah.. mungkin mereka asyik dengan topik2 yg anda sendiri tak tau hujung pangkal nya.. 

di satu sudut lain ada yg mendapat sambutan VIP.. apa saja yg dia kata semua tertumpu, semua angguk dan semua memberi respond yg bernas berhati2 dan bersahaja.. tentu dia seorang yg sangat di hormati.. nasihat dia di dengar .. teguran di di ambil berat.. cadangan dia di terima sebulat suara.. 

Semakin lama semakin anda rasa seolah2 berada di majlis yg salah... rasa macam why should i come here?? 
so apa tindakan yg nak anda buat..???

bersabar dan terus bertahan di sana kerana menghormati jemputan kawan tadi..
terus berusaha untuk mendapat ruang yang sama seperti orang lain..
lakukan sesuatu untuk mencari tumpuan...
atau.. 
beransur ansur mengundurkan diri dan beredar meninggalkan majlis tanpa di sedari sesiapa.....

sebelum mengundur diri terima kasih kepada PCL, Norhafizah, Granny Hani, Luahfikiran, Akule Ayu. dan gedek yg sudi follow... saya pun follow...tq





24 comments:

Zareda Norman said...

oh jadi entry ni tentu kes berat.. Zar pernah kena macam tu, kita susah payah datang bawa anak kecik ni.. Tapi kehadiran kita langsung tak dihargai,maklumlah bukan org top top dalam kumpulan tu.. So zar terus angkat kaki.. Tak perlu tunggu lah.. Membosankan.. Tu lah geng relexjap @yahoo yg zar hadir 10 tahun dulu.. Sungguh tak hingin zar nak join lg..:-)

zino said...

zar..
dah ada pengalaman kes macam ni ya .. kehadiran kita tak menambah kehilangan kita pun tak mengurang..

Acik Erna said...

Hormatikawan yang menjemput.tu yang penting.

Kengkawan said...

andak pun pernah, 2 thn lepas kot. kwn andak ckp, kita harus tunjuk baik pd org yg buat buruk pd kita. tp bila ada makanan, andak x suka takut nnti jd x halal pulak. so andak terus balik after salam dgn host. x smpai 2,3 minit kot kat situ.

Granny Hani said...

Itu pasal lah saya paling takut kalau terpaksa hadir di tempat yg asing/baru....Rasa macam wall paper pun ada..saya pun pernah buat N3 kat blog dgn tajuk yg hampir sama dgn tajuk ni.Now at least I know that I am not alone.Kita serupa.

Angah said...

kalo angah, undur diri sahaja, tapi maklumkan dulu pada sahabat yang menjemput tu..

anyss said...

Assalamualaikum,
Abah,
Saya tak biasa bersosial sebegitu. Paling sosial pun pergi kenduri kahwin, cakap 2-3 patah perkataan, kemudian siap makan terus balik. Kalau saya ada dlm majlis sebegitu, maknanya yg dok diam memerhati & mendengar dengan kusyuk itu adalah saya.

namun di FB saya nampak mcm byk cakap, sebenarnya saya banyak menaip je...

Nur said...

Saya pun pernah alami macam ni. Tapi at least dengan husband, ada juga la teman. Kami terus stay sampai majlis hampir habis. Takpe kalau tuan rumah atau yang lain tak balas pun. Yang penting kita tak sombong, kita sapa orang, orang yang jemput kita, semua kita sapa dan takde lah dok diam je. Kalau dia orang tak layan, tu bukan masalah kita. :)

Murni Alfathunnisa said...

assalam abah zino..

boleh difahami perasaan tu. kekok kan. rasa macam majlis tu bukan untuk kita. kalau saya sendiri pun, mesti turut berasa, apatah lagi..saya pun bukan jenis bersosial macam tu..nampak je macam riuh.

tak apa lah..yang penting abah zino dah memenuhi jemputan seorang kawan..

Irfa said...

kawan yg menjemput tu mana pegi?

cikMilah said...

Zino, bohong la kalau kita tak terasa jauh hati kan. Saya pun pernah kena. Tengok pada kawan yang ajak tadi.. kalau dia jenis yang perkenalkan saya pada group tu atau individu yg hadir, saya cuba tunggu utk hormati jemputan dia. tapi kalau dia expect saya pandai bawa diri dan dia dok hore-hore dengan kawan dia tanpa ajak kita sekali...saya pun bawa haluan sendiri...slamat jalan...

cikMilah said...

Zino..follow me at http://icookwithlove.blogspot.com
Bukan pasal masak2 saja..semua cerita saya tarok kat sana skrg...sekian dimaklumkan t kasih..:)

zino said...

erna
itu tentu...

zino said...

andak..
langkah bijak...

zino said...

Granny Hani
pernah alami juga ke... so pasti paham situasi tu kan..

zino said...

angah
itu lah yg sebaik nya..

zino said...

Anyss
itu beza nya alam maya dan nyata kan... kat sini lebih bebas... tak perlu cakap taip je..

zino said...

puteri
betul tu.. ada kawan berbual ok lagi..

zino said...

murni..
terima kasih kerana memahami... dalam alam siber ni bebas.... kalau di alam nyata mesti berbeza..

zino said...

irfa
dia ada tapi sebab yg lain tu kawan dia .. kesana kemari la menemui sahabat andai nya..

zino said...

cik milah..
dia nak kita terus terjah je ini lah jadi nya hehe

zino said...

cikmilah
zino dah follow

azieazah said...

Saya rasa saya dah lama follow...

zino said...

aziezah..
tak ada ucapan terima kasih lagi ke ... nanti zino check balik hehe sorry..