Sunday, October 14, 2012

salam takziah..al fatihah..

assalamualaikum...

Apa kabar semua bagaimana hujung minggu anda?? ini yg berlaku hujung minggu.. pada jam 9.00 mlm tu zino ndapat call dari kampong, mak yg call, dia kata baru dapat berita dari kakngah melalui acik , Suffian anak kak ngah iaitu anak sedara zino di masukkan ke CCU .. mak kata pegi la tengok.. lepas dinner zino pun bergegas ke HKL memula adik nak ikut tapi tak jadi takut dia tak di bagi masuk.. dah terkena di hospita selayang dulu kanak2 tak di benarkan masuk.. makan zino pegi sorang je lah..

Sampai di HKL pintu utama tutup.. alamak kat mana pulak nak masuk.. cari punya cari jumpa satu pintu sisi tapi terpampang tulis kat situ laluan kepada yg ada pas dan sebagai nya.. bila zino tanya nak naik ziarah sedara di CCU, bila sebut nama je terus di benarkan masuk.. rasanya petugas telah di arah utk membenarkan sedara masuk memandangkan keadaan patient.

Bila sampai di tkt 3 dah ramai sedara mara menunggu , zino terus mendapatkan kakngah, untuk bertanya kabar dan mendapatkan maklumat lanjut berkait keadaan Suffian di dalam sana.. kata kak ngah anak sedara zino tu dah setahun sakit.. kami jarangb berjumpa kecuali musim raya.. atau sesekali bertembung di kampong.. rupanya dia dah setahun menderita akibat barah.. perbagai kaedah telah di iktiar utk mendapat rawatan.. jam 12.00 malam kot baru zino sempat masuk melihat keadaan dia di bilik ICU tu di kawal rapi oleh Doktor dan jururawat terlatih.. sangat sedih melihat keadaan nya.... dia sedar masa zino masuk dan menghulurkan tangan utk berjabat.. 

rupanya bila zino balik selepas itu keadaan menjadi kritikal.. akhirnya beliau menghembuaskan nafas terakhir lebih kurang jam 3.00 pagi.. cuma zino dah terlelap dan tidak mendengar mesej yg di hantar jam 3.00 pagi tu.. dia telah di jemput pergi.. semasa hayat nya arwah seorang yg sangat berbudi bahasa, menghormati orang tua, lemah lembut dalam tutur kata dan sentiasa senyum bila berbicara.. 

pagi tadi bila nak ke rumah arwah kami tertanya tanya kat mana rumah nya , memang zino tak pernah sampai ke rumah nya, yg pernah sampai pulak tak tau macam mana nak bagi alamat nya atau tunjuk arah.. setelah bertanya beberapa sedara mara yg lain, akhir nya zino bersetuju utk mengikut konvoi sedara yg akan datang dari kampong.. zino tunggu di perjalanan ke rumah arwah.. bila kami sampai jenazah telah pun di sembahyangkan di surau berhampiran.. dan sedang di uruskan utk di bawa ke tanah perkuburan.. 

Ramai sedara mara yg dah sampai awal tapi ramai juga yg terlewat kerana tersesat bila mencari rumah.. kawasan tu dah banyak berubah.. kesian dengan mak mak sedara yg terlambat sampai.. ada seorang sepupu zino terpaksa berpatah balik setelah puas mencari jalan arah ke rumah tidak berjumpa.. 

semoga ahli keluarga redha dan tabah dengan ujian ini, sama sama lah kita mendoakan semuga arwah di tempatkan di kalangan arwah orang2 beriman... dan salam takziah zino dan keluarga kepada keluarga kakngah... 

al fatihah....


15 comments:

Citarasa Rinduan said...

al fatihah..
syurga tempatnya...

rupanya arwah sakit barah...

salamkan salam takziah bt pakngah skluarga ya.. moga tabah dan sabar.. lama arwah mderita rupanya

Acik Erna said...

assalam AlFatihah..pagi tadi pun macam tu..sudah he..tak jadi poie..sobab semua tak tau rumah

Zareda Norman said...

alfatihah.. Itu bahagian dia, bahagian kita tak tahu lagi macam mana..

zino said...

CR
terima kasih...amin

zino said...

Erna
yg nak bagi tunjuk arah pun tak tau macam mana nak sebut.. akhir nya kena lah konvoi dengan dia orang.. alamat pulak GPS tak boleh baca .. taman tu terbahagi dua rupanya oleh hiway..

zino said...

Erna
yg nak bagi tunjuk arah pun tak tau macam mana nak sebut.. akhir nya kena lah konvoi dengan dia orang.. alamat pulak GPS tak boleh baca .. taman tu terbahagi dua rupanya oleh hiway..

zino said...
This comment has been removed by the author.
zino said...

zar
benar ...

cHeRyNa PiReS said...

Takziah uncle dan family. Al-Fatihah.

m.u.l.a.n said...

alfatihah..

azieazah said...

Salam takziah. Semoga ahli keluarga terus tabah...

MulutPayau said...

Al-fatihah dan takziah...

zino said...

cha
tq..amin

zino said...

mulan
amin

zino said...

aziezah
tq