Wednesday, October 10, 2012

jom jalan jalan...

Assalamualaikum..

apa kabar semua... kadang kadang tu bila kita plan baik baik nak ke mana mana akhir nya tak menjadi pun... so zino pun plan dalam hati je tak bagi tau sesiapa.. kalau jadi ok la semua happy.. kalau tak menjadi zino sorang je yg tau.. hehe masa nak balik dari kenduri di Seremban tu zino pun cakap jom tidu PD malam ni.. adik pun apa lagi meloncak kesukaan.. tapi buat counter suggestion.. jom pegi Melaka la.. adik compromise mesti ada kolam renang tau.. kalau tak adik tak nak.. 

bila semua dah setuju kami pun balik KL , kena lah balik alang kata baju pun tak bawa.. memang tak bawa pun pegi kenduri seremban bawa beg besa apa hal kan.. bila sampai Kl sambil mem berkemas zino sempat tidu kejap.. mengantuk betul bila drive dalam panas2 tu.. dalam kol 5 baru kami bergerak ke Melaka.. dalam perjalanan tu baru fikir kat mana nak cari hotel.. last decide nak cari dalam bandar je senang nak kemana mana.. so kami pun target satu hotel berbintang tu.. sampai pun dah malam.. pesan kat semua orang niat jamak takhir utk magrib.. tempat landing belum dapat.. bila tanya hotel tu penuh.. 

pujuk balik adik cari hotel biasa je lah tak per lah kalau tak ada kolam .. bila adik kata oki baru lah kami target bajet hotel je.. lagi pun dah malam esok dah nak check out tak guna pun stay kat hotel berbintang ni..lepas check in.. kami keluar dinner kat restoren berhampiran..bilik tu ada dua katil king size cukup selesa utk 4 orang.. esok nya lepas breakfirst dan check out kami mula meronda.. jom kita ronda sama..


singgah di jeti berhampiran... kami tengok ada perhiasan yg sedang
di lakukan bila di tanya kata nya ada pelayaran masuk
kapal dari palembang, rekpika perlayaran Parameswara
750 tahun lalu.


sempat la adik berposing..

abah pun hehe

masih pemandangan di Jeti

jambatan la ni kan.. hehe

suka tengok platform kayu ni.. tapi perlu penjagaan rapi
dan perlu di selenggara selalu.. kalau tak lama lagi
berlubang sana berlubang sini reput sana
reput sini..

kisah adik ni dah jadi bualan di FB hehe



minerat

akitektur yg sangat menarik

adik bila di minta buat aksi bebas..

tangga yg boleh memeningkan kepala berpusing2 hehe

mak dan anak

sape tau maksud ayat tu

minerat dari sudut berbeza

kat masjid ni ada kerusi urut lepas penat melawat boleh le urut

struktur yg tersusun cantik

susunan pasu pun menarik

lepas selesai lawatan di masjid kami ke sini

alang kata belum pernah naik adik pun nak naik

melaka dari pandangan burung

bangunan di tepi sungai nampak cantik

macam piring terbang je bila burung tengok..

kapal terbang yg tersilap landing.. kekal la dia di sana..

jeti tu pun nampak menarik dari atas..

boat tu naik malam baru best..

alang ni payah tol minta bergaya depan kamera.. 

lakonan adik yg bersahaja..

bukan saja boleh tolak adik juga boleh pandu keretapi tau..

ok la babai adik pegi dulu ya..

THE END


23 comments:

akuzle ayu said...

Lawo2 gambo kat sini. Lagi elok plan last minit yg menjadi dari dok plan berbulan2. Last2 kensel.. Apekehel?

zino said...

akuzle ayu
betul tu.. kalau nak ke mana mana last minit baru bagi tau baru excited dia orang semua nak bersiap.. bila plan awal2 last last kensel.. hehe

Acik Erna said...

se pun rajin yo poie melako ni..suko jenjalan yo..kalau nak poi tidur kek PD budak2 ni nak tak..satu negori kato e..dio nak poi luar negori he he..se teringin nak tido kek Tiara beach resort tu..tak do yang nak ikut pulak

zino said...

Erma
tak nak ikut bagi best poe berduo yo hehe

Mimosalina said...

menarik gambar2nya. Rasa cam nak pergi sangat2..

Angah said...

zino, tak naik cruise ke...

BonekadalamChermin said...

melaka memang best!

:)

zino said...

mimosalina

silakan banyak tempat menarik...

zino said...

angah

kali ni tak naik..

zino said...

bonekadalamcermin

best.. pasal tu suka ke sana..

Neeza Shahril said...

lamanya tak pergi melaka. Nampak macam menarik tu. Boleh lah bawak anak anak nanti. InsyaAllah..

errr.. anak neeza pun tanya, sekunder tu apa? Ummi kata, entah.. ummi pun tak tahu hehee..

Kengkawan said...

Cantik gambar ni.

Kengkawan said...

Cantik gambar ni.

zino said...

Neeza
kena bawa tu banyak tempat menarik..

zino said...

andak..
tq.. banyak yg menarik kat sana minggu depan ni nak kena pegi lagi

abdullah al-hadi hj muhamed said...

Salam perkenalan,
Cantik gambar2 ni .. tkasih berkongsi

[PCL] said...

Salam abg zino..dh g melaka tp xbkesempatan nk jd burung tinjau2 dari atas tu..
Pasal sekunder plk, sy rasa dia nk bgtau yg tu tmpt kedua selain dari ruang utama@primeri..iyolh tu hehe.

m.u.l.a.n said...

3 tahun lepas ke melaka... nak nya pi lagi..

Zareda Norman said...

isnin ni nak ke melaka.. nak bergosip dan jumpa seseorang.. boleh pekena asam pedas

zino said...

Datuk Abdullah..
terima kasih sudi singgah blog zino hehe

zino said...

PCL
zino masih tercari2 makna nya ni hehe

zino said...

mulan
dari segi pelancongan melaka berjaya menambah produk pelancongan .. utk pelawat yg datang..

zino said...

Zar..
isnin pun zino ada kat Melaka..