Sunday, February 24, 2013

berbasikal..anda suka tak??

Assalamualaikum semua...

kalau kat KL ada kemudahan basikal FREE 

1. ingat ada orang nak guna tak?
2. boleh bertahan lama tak?
3. berapa jauh anda sanggup berkayuh?
4. berapa inggit anda sanggup bayar kalau di kenakan bayaran?
5. ke mana distinasi anda nak bawa basikal ni kalau dari transit.? 
6. siapa yg patut sediakan kerajaan atau pihak swasta?
7. apa kemudahan lain yg perlu di sediakan sama? selain beskal
8. perlu lorong khas ke baru anda nak bawa beskal?
9. perlu kurangkan kenderaan persendirian dulu ke?
10. agak2 selamat ke kalau anda berbasikal dalam KL?

11. Berapa jauh opis anda dari stesyen transit?
12. adakah anda pengguna pengangkutan awam..?


sila jawab dalam tempuh 10 minit hehe 
sebelum nak cuba jawab tu 
baca yg kat bawah ni duu.. 
fahamkan konsep yg cuba di laksanakan..tu 

contoh ni saya jumpa di tempat orang
saya jumpa ni di LONDON 


1.0 Beskal di sediakan utk kemudahan orang awam, 
di letakkan di tempat2 tertentu di sekitar bandaraya dan di sumbangkan oleh pihak bank.. tengok ada lambang BANK tu.. kalau kita buat boleh la minta BANK tempatan buat CSR


2.0 Beskal ditempatkan di stesyen transit, pusat membeli belah, pejabat2 taman rekreasi stesyen bas dan sebagai nya di tempat2 yg mudah utk orang ramai mencapai nya.di tepi laluan pejalan kaki ndan kakilima .



3.0 Ini mesin nak ambil beskal tu, menggunakan kad tertentu , sama ada kredit card ke kad Touch n GO ke kad tambah nilai ke atau2 mycard ke anda boleh mengambil beskal dari tempat kunci, 

4.0 bawa lah kemana suka dan park semula ditempat di mana anda sampai , tak semestinya di tempat yg sama, contoh ambil beskal di Masjid Jamik park di Dataran Merdeka ..

5.0 jika anda guna hanya 1/2 jam atau kurang FREE kalau lebih baru di caj.. katalah 10 sen utk 10 minit.. 

6.0 kalau anda tak letak balik beskal tu melebihi 24 jam atau satu tempuh tertentu di anggap anda dah beli beskal tu.. so tak perlu bimbang polis tak akan cari anda.. 

7.0 Bayaran akan di potong dari kad kredit anda atau deposit yg anda di kenakan utk menggunakan kemudahan ini..kalau guna dalam tempuh tertentu tadi tiada caj

 OK tak cara tu.


Minah ni ambil beskal utk ke tempat kerja 
( zino agak je segan nak tanya..) 


dan kayuh.. mudah nyaaaaaaa


26 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum zeno....menarik nyer...:)

Mohd Ezuan said...

Kat hangzou , china. basikal dah jd identiti kotanya. Kota basikal.

Mohd Ezuan said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Ezuan said...
This comment has been removed by the author.
Amin A. R said...

Kalau ada sistem ini di malaysia pun bagus..tapi kena ada laluan khas..bahaya berbasikal di kl kalau guna jalan yg sama dengan kenderaan lain..naik motor pun rasa x selamat apatah lagi basikal....kenderaan besar di bandaraya kl ni semua ganas2.. :)

Acik Erna said...

Kalau kek kampung best ni.dulu2 kan nak poie mano pun naik basikal

MystoryPic said...

Kat Malaysia ni ramai penyangak besi... nanti habis kerangka basikal dijualnya

azieazah said...

Negara kita masih praktikal tapi bab keselamatan tu kena beri perhatian lebih. Mungkin basikal kena letak alarm macam motor dan keta.

Dee said...

dee nak..tapi kena sediakan lane basikal..supaya keselamatan kami dijaga rapi :)

MOKCIK AZWA said...

Suka kalau dapat folo kemudahan seperti disediakan di negara yg nak ditiru tu...jgn tiru tang menyediakan basikal jer..yg lain2 perlu diperhalusi juga misalnya dari segi keselamatan, laluan khas etc etc..hehehe

pB said...

dari rumah nak ke pejabat dalam 15 km ....

hmmmm ....

kalau cuaca macam overC , seronok jugak berbasikal

m.u.l.a.n said...

bagus ni tpai macma kata pb, cuaca tempat kita lain.. mau kuyup baju dengan peluh nanti..

Daddy Ziyyad said...

Tak relevan nak dipraktikkan di Malaysia Abah Zino...ni pandangan saya yg pernah duduk jap di Australia:

1- Malaysia iklim panas lembab..tak selesa berpeluh melekit badan kayuh basikal

2- Mentaliti rakyat Malaysia masih ditahap teruk. Sewaan basikal? Habis jahanam basikal tu kena vandalisme, tak pun di curi.

3- Laluan berbasikal khusus kena disediakan, yg jauhhhhhhh dari laluan kereta/bas/lori...Kalau tidak, mmg ramai penunggang basikal mati kena lenyek dek driver kereta/bas/lori yang memandu tak bertimbangrasa. Again, mentaliti rakyat.

Tihara said...

menarik jugak kan :)

zino said...

mas,
waalaikumusalam...
agak2 boleh laksanakan kat KL tak? hehe

zino said...

Ezuan
kat Malaysia boleh ke agaknya..

zino said...

Amin
betul tu saya setuju...tambah dengan mooto yg suks merempit kenderaan besar yg tak bertimbangsara..

zino said...

Erna
poe berayo naik basikal beramai2 konvoi hehe

zino said...

MystoryPic
betul tu ini pun satu masaalah.. bukan basikal je ilang..tempat tapk basikla tu pun kena angkut kan hehe

zino said...

Azieazah
betul tu...moto pun banyak ilang basikal lagi la mudah

zino said...

Dee
laluan khas tu satu syarat yg perlu ada la kan..

zino said...

Azwa
tepat sekali itu yg jadi masaalah nak di laksanakan di sini keselamatan tu yg lebih penting di fikirkan..

zino said...

pB
boleh slim berbasikal selalu hehe

zino said...

mulan
kena ada shower kat office hehe

zino said...

Daddy Riyyad
terima kasih atas pandangan.. banyak perkara nampak nya perlu di beri pertimbangan sebelum boleh di laksanakan..

zino said...

Tihara
menarik sekira nya boleh di laksanakan..