Saturday, February 16, 2013

ole ole Bandung... kisah 5

Assalamualaikum...


kata orang jauh berjalan banyak pengalaman..banyak perkara yg boleh kita belajar dari apa yg kita lihat di sekeliling kita.. Dalam kehidupan yg sukar pelbagai perkara yg mereka lakukan utk mendapatkan upah.. zino suka memerhati dan membuat perbandingan.. menjadikan kita insaf dan rasa bersyukur dengan apa yg kita ada...

1.0 Penjaja jalanan menggunakan pelbagai kreativiti mereka utk memujuk kita utk membeli.. bila kita renung2kan berapa sangat yg mereka akan dapat sebab semua produk yg di jual bukan di hasilkan sendiri .

2.0 Peniaga tidak putus putus dan berulangkali memujuk supaya kita membeli , biasa la harga muka di letak tinggi dan akhirnya turun berkali ganda bila kita tidak berminat utk membeli.

3.0 Di simpang2 jalan berlampu isyarat kita akan berjumpa orang2 yg berniaga kereta ke kereta dengan pelbagai barangan termasuk kueh mueh..

4.0 Di Persimpangan lampu isyarat juga kita berjumpa orang membuat persembahan secara bersendirian, menggunakan monyet yg sudah di didik atau bergerak secara berkumpulan menyanyi sambil memetik gitar dengan mengharapkan mendapat sedikit upah.

5.0 Di laluan laluan keluar di mana mana gedung perniagaan , restoren dan sebagai nya ada sesaorang yg akan membantu menahan trafik untuk memudahkan kereta keluar dengan di beri sedikit upah oleh pemandu.

6.0 Ada yg mengecat (atau pewarna) silver dan bergerak seperti robot utk menarik perhatian pemandu yg berhenti di persimpangan jalan berlampu isyarat dengan membawa bekas memohon simpati.

7.0 yg paling menyedihkan bila zino melihat orang tua duduk di tepi jalan dengan menadah bekas di dalam kesibukan lalulintas .. keadaan yg sangat berbahaya bila bila masa boleh di langgar sekiranya ada kereta yg terbabas..

ada yg sempat di rakam....dan ada yg sempat di pandang sahaja..


gaya akrobatik


selamba je monyet tu berjalan..


close up..


aksi lain di tempat lain.


ada yg tanya kenapa pakai baju amerika 


kereta kuda di di kawasan luar bandar 
di tanah tinggi menuju gunung Tangkuban perahu


aglong..adik heran dengar 
bila dia orang mainkan..


hasil seni guna kelapa..


penjaja air minuman 
entah berapa kali lalu depan kami
akhirnya beli air mineral..


8 comments:

Zareda Norman said...

mereka terpaksa kreatif utk mencari sesuap nasi. masa zar di bandung berkesempatan ke luar daerah sbb singgah rumah sedara supir. tengok perkampungan penduduk kat situ lagi kesian.. tak ada perkataan nak cerita.. meraka survive dengan jiwa kental nak meneruskan hidup. kita kat sini boleh membazir dua juta just tergedik gedik kat stage 4 minit.. huh!!

zino said...

itu la ramai yg tak insaf dan bersyukur betapa bertuah nya bumi Malaysia..

Yunus Badawi said...

Susah nak cari rezeki kat sana tu. Bila tengok tu kesian pulak tapi kalau nak tolong ramai sangatlah pulak.... huhu

azi said...

Betapa mereka "berjuang" untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup....itulah orang kata, banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman...:)

P/S Kita kat sini, kerja lebih sikitpun membebel ntah apa, lepas tu nak bonus & kenaikan gaji.....

al-lavendari said...

saya dulu pergi cuma shopping je .. tak berkesempatan melawat ke luar Bandung .. terasa teringin nak pergi lagi bila baca entri2 awak tentang bandung ni.

zino said...

Yunus Badawi..
betul tu yg penting mereka terus berusaha utk mencari rezeki ..

zino said...

azi
betul tu tak reti nak bersyukur.. bila kita rasa kita susah cuba tengok orang lain yg lebih susah..

zino said...

al lavendri

kena pegi lagi tu .. kali ni lama sikit utk jalan2 sekali.. sopping boleh teruskan hehe