Saturday, February 16, 2013

ole ole Bandung.. kisah 6

Assalamualaikum....

tak habis lagi ke kisah bandung ni? .. kalau nak di ikutkan memang tak akan habis.. hehe ada je yg boleh di kongsi kan,.. dan kali ni zino nak kongsi tempat yg tak sempat kami lawat walaupn dah sampai ... kisah nya macam ni..

1.0 Hari nak balik tu .. dah janji dengan Pak Supir lepas lunch nak pegi sembahyang di masjid agong.. kami lihat masjid ni masa kapal terbang nak landing.. kalau anda nak tau airport Bandung ni terletak dalam bandar.. macam airport Sg Besi tu la.. keliling tu dah kira Bandar Bandung.. bila kapal terbang tu dah terbang rendah nampak la masjid yg ada dua menara yg tinggi tu ..

2.0 Lepas makan kami pun bertolak ke masjid agong yg tak berapa jauh dari tempat kami lunch.. masa tu hujan dah mula turun.. memula pak Supir ikut sebelah kanan masjid tapi tak ada tempat letak kereta , lepas dia pun masuk ke sebelah kiri , kena bayar parking dan terus menuju berhampiran masjid.. masa tu hujan dah mula lebat... sebaik kami sampai hujan semakin lebat dengan angin yg kuat.. kami relak dulu sementara mengharapkan sebentar lagi hujan akan reda.. tapi hujan makin lebat dan angin makin kencang..

3.0 Di perkarangan masjid kami lihat banyak gerai peniaga, bila angin kencang peniaga kelihatan melakukan sesuatu utk mengelakkan kemah gerai mereka di tiup angin.. tapi bila angin bertambah kencang ada beberapa kemah bumbung gerai di terbangkan.. ada juga peniaga dengan segera menurunkan kemah utk mengelak keadaan makin buruk.. habis semua baranga basah.. kami masih terperangkap dalam kereta.. Pak Supir kata biasa nya ada ke orang akan datang ke kereta bawakan payung.. tapi kali ni tak ada sorang pun datang.. agaknya payung pun susah di tegakkan kalau angin kencang macam ni.. 

4.0 jam dah pukul 3.00 hujan masih lebat.. akhir nya kami terpaksa batalkan niat utk solat di masjid agong, kami terpaksa ke airport.. takut lewat pulak di jalanan nanti kami cadang solat di airport je.. perjalanan ke airport kami tempuh satu kawasan banjir kilat.. keadaan di situ agak sesak... mujur la Pak supir memilih jalan lencongan melalui kawasan perumahan utk ke airport... bila nampak gerbang airport tu baru lega rasanya... Pak Supir terus membawa kami ke tempat letak kereta sebab kat sana ada sebuah surau.. nak ke surau kami terpaksa mengharung air sebab sekitar kawasan tu di genangi air ..  lepas solat kami terus ke Airport sebelah.. 

5.0 Lepas hantar bag kat dalam saya keluar semula berbual dengan Pak Supir.. tapi dia kata terpaksa pergi dahulu sebab kereta dia park tadi betul2 sebelah laluan sebab nak hantar kami paling hampir ke airport dan takut mengganggu laluan .. maka khidmat dia berakhir di situ...sebelum tu Pak Sagi dah pesan jangan lupa tips utk pak supir.... terima kasih daun keladi..


masjid agong yg katanya 
boleh memuatkan 12000 jamaah


banjir masa dalam perjalanan ke airport 


lega bila nampak gerbang ke airport


tunggu masa utk check in


alang menghabiskan kredit Indon..


adik la kendid ni hehe



25 comments:

Patrycja Photography said...

Hello Dear :) .
Great blog. Interesting post.
Have a nice weekend.
Welcome to my blog.
http://photographyismyexistence.blogspot.com/

Like me on Facebook. I will be extremely grateful.
https://www.facebook.com/pages/In-another-light/413836138693856

MystoryPic said...

nasib baik banjir hari last dah nak balik kan....... En Zino dan rombongan tak pergi makan kat Kg Daun atau Sapu Lidi ke? tempat tu cantik

shopping@gB said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga™ said...

belum rezeki nak solat situ la tu abah...hihihi. Maksudnya kene la repeat kan kan?? :)

azi said...

En. Zino..
dah dak ole-ole ke..? he..he..gurau aja..

DrSam said...

Boleh tahan juga air naik dalam perjalanan balik ke airport tu. Alhamdulillah selamat kembali.

zino said...

Patrycja Photography

thanks you

zino said...

MystoryPic

tak sampai pulak tempat tu... mungkin next trip kot hehe

zino said...

gadisbunga
mem pun dah hint dia nak ke bandug lagi.. tak puas sopping..

zino said...

Azi

ole ole ada tapi bila balik dah ada yg book hehe

zino said...

Drsam

nasib baik bila nak flight dah tak hujan.. tapi kapal terbang yg datang tu lewat sikit..

Zareda Norman said...

lps ni plan ke bandung dan jakarta plak.. Naik tren

azieazah said...

Saya baca pun jadi cemas juga, sebabkan banjir kilat tu. Phiewwww!

ieda immi said...

aduhh cemas saya bang !

zino said...

zar

idea yg baik tu boleh di pertimbangkan

zino said...

azieazah

tak sangka pulak berlaku banjir kilat.. nasib baik supir lencong jalan kawasan perumahan...

zino said...

ieda
kami pun cemas juga takut tak sempat sampai airport... kalau supir jalan terus harus lagi lambat

mama ju, said...

Alhamdulillah. Masjid tu cantik sgtlah.

Dee said...

mujur sempat ke airport ye uncle..

masjid tu cantik..dee aritu smpi dan balik dari airport jakarta..so tak nampak masjid tu..

zino said...

mama ju

itu la nak kena pergi lagi la satu hari nanti

zino said...

Dee

tak ada rezeki nak masuk masjid tu... in sha allah satu hari nanti.

izan mama mia said...

ke bandung ker,,wah banyak yg saya dh terlepas ni,,,line slow ssh nak bw

zino said...

Izan
Tak pe bebila boleh datang lagi baca

m.u.l.a.n said...

seronok nya... nak pi lagi lagi rasanya..

zino said...

mulan
mem pun dah sebut nak pegi lagi hehe