Assalamualaikum...
Sebagaimana yg zino janjikan dengan penulis buku Kisah orang Kaunter ni.. zino akan membuat ulasan sebaik sahaja selesai membaca nya...
Sebaik menerima buku yg di tandatangani sendiri penulis dari pos laju zino mula membelek2 dan terus membaca nya.. itu pun masa rehat tengah hari... buku di tulis atas pengalaman penulis sendiri bekerja di bahagian kaunter.. penulis mempunyai pelbagai kisah menarik sepanjang bertugas di kaunter dan banyak pengajaran yg di perolehi .. Penulis pandai mengolah ayat ayat dalam penceritaan nya sehingga kita tidak rasa jemu utk terus membaca dari satu kisah ke satu kisah.. di hujung penceritaan setiap episod penulis akan menyelitkan pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku .
Banyak cabaran petugas kaunter ni rupanya dimana perlu banyak kesabaran dan sentiasa berhemah dan fokus semasa melayan kerenah pelanggan yg pelbagai.. walaupun di dalam satu satu keadaan perlu bersikap tegas dan bengis.. bukan semua orang dengan mudah boleh mensesuaikan diri berhadapan dengan pelbagai kerenah di kaunter tu.. ada juga isu isu yg boleh menimbulkan pelbagai persoalan tentang prosidur sesuatu permohonan utk mendapatkan dokuman pengenalan.. tapi tidak di ceritakan secara terpeinci.. mungkin itu bukan soalan yg mahu di ketengahkan..
Pada pandangan zino penulis telah bersedia untuk menulis nukilan yg lebih berat seperti menghasilkan sebuah novel.. ada gaya utk menjadi seorang penulis berjaya satu hari nanti...insha Allah..
syabas kepada Rafi Harumin
teruskan berkarya