Thursday, April 4, 2013

saman tertunggak....

Assalamualaikum....

Ini bukan kisah semasa tetapi kisah beberapa tahun dulu... setiap kali nak renew insuran dan roadtax.. cerita ni akan menghantui zino... kisah nya macam ni...

Ada satu hari ni bila masa dah time utk renew roadtax dan insuran.. tetiba adik yg tolong urus tu call

"abang, tak boleh nak renew roadtax sistem kata ada saman yg belum bayar " kata nya dari pejabat besar pos. "saman? saman apa pulak?" jawab saya dengan soalan... 

dalam hati tertanya tanya bila pulak saya kena saman?.. adik tu kata ada saman JPJ... abang kena pegi JPJ utk selesaikan dulu... sudahhhhh.....saya bergegas ke JPJ Permaisuri.. itu yg paling hampir dari rumah...utk mendapatkan maklumat bila pulak saya di saman JPJ..apabila di periksa pegawai JPJ maklumkan saya ada saman JPJ Trengganu.. katanya saya langgar trafik light di KERTIH... bila di fikir2 balik mungkin masa perjalanan balik dari Kota Bahru.. selepas kenduri kawin Angah sebelum tu.. 

"Apa saya nak buat sekarang cik ? " saya cuba mendapat simpati dari pegawai JPJ di permaisuri.
"Encik kena settlekan saman ni dulu kami tak boleh buat apa apa, selagi JPJ Trengganu tak realease kami tak boleh lock in utk batalkan sekatan ni... bagus betul sistem tu saya di sekat utk renew insuran dan roadtax..dari Trengganu

"encik kena berhubung dengan JPJ Trengganu utk settlekan saman ni dulu..." sambung pegawai tu lagi
"cik boleh bagi saya no JPJ Trengganu tak, saya nak call sana.. dalam hati berkata kalau dia minta saya ke Trengganu utk bayar saman masak den.. Setelah dapat menghubungi JPJ Tregganu dia minta zino  membuat pengakuan memang benar zino telah melalui jalan tersebut dan melanggar lampu isyarat merah.. dalam keadaan terdesak zino tak ada pilihan tapi akur dengan arahan mereka

zino bergegas balik ke pejabat utk menyediakan surat perakuan bersalah yg di arahkan JPJ Trengganu dan bersedia dengan apa saja hukuman nya.. bila siap zino fax dan call pegawai yg sama utk tindakan selanjutnya.. kemudian pegawai tu mengeluarkan satu saman dan denda maksimum RM300.00 ke atas kesalahan yg di katakan zino telah lakukan dengan tiada peluang utk merayu.. kejam sungguh.. dia minta zino bayar saman tu dulu di JPJ dan fax kan semula resit bayaran ke Treangganu

sekali lagi zino bergegas ke JPJ Permaisuri utk membuat bayaran dan fax kan resit ke Trengganu.. masa tu dah pukul 5 petang.. nasib baik Pegawai tu mahu membantu .. pegawai JPJ Permaisuri pun terkejut zino di kenakan saman maksimum RM300.00 tapi dalam keadaan terdesak bayar je lah.. selepas JPJ Trengganu menerima salinan resit bayaran saman baru lah JPJ Trengganu realease sistem supaya saya boleh renew roadtax.. dengan segera zino call adik yg urus insuran tu yg telah standby semula di pejabat pos.. sebaik saja urusan dia selesai dan call saya semua.. urusan selesai 5.30 petag di hari yg sama...

ini pun nasib baik pegawai JPJ Trengganu dan JPJ Permaisuri sedia meluangkan masa utk membantu menyelesaikan isu ni....

moral of the story berhati2 di jalan raya jangan langgar lampu merah.... pasal tu setiap kali nak renew insuran dan roadtax zino jadi forbia.... takut2 ada saman yg kita tak perasan atau kesalahan yg tidak di sengajakan telah kita lakukan...

30 comments:

fatal1ty said...

Salam,
Layari:
https://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise
http://www.ijustbought.blogspot.com/

Untuk produk makanan, minumamn dan kesihtan dari timur tengah.

Terima kasih

lupekanje said...

accik pun ada 2 saman AES ni...tak dpt surat notis lagi...tpi dpt tau melalui MYEG... tahun lepas punya, tahun ni baru dpt semak...aparaaa.
Esok nk buat proses tukar nama kereta..nk tgk, kena settle ke tidak saman tu dulu...2 saman...RM600 tu.!! AES msa tu baru lagi...kurang berhati2 la ..takkan tader ampun kot.. huhu.

Zareda Norman said...

Saman polis pun x strict mcm tu. Jpj ni kdgkala out of logic. Siap suruh mengaku bersalah segala bagai. Saman aes tu lgsg x boleh negotiate. Tadi pun bukan main ramai jpj seoa janh hiway sg besi -seremban

anyss said...

Assalamualaikum,
Boleh semak sms dulu sblm renew.
Dlm kes ni, kena tunggu ganu buang sekatan baru leh renew? Sangat sadis...semua pakai auto je mcm mana sistem depa masih lg manual hu hu hu

zino said...

fatal

tq

zino said...

acik
goodluck..

zino said...

zar
mengaku je lah kalau tak tak boleh renew..

zino said...

anyss

sistem dia auto satu Malaysia.. selagi tak bayar satu malaysia tak boleh renew..

Amin A. R said...

Hurm..mujur tak disuruh ke terengganu dan bersumpah di sana atas kesalahan langgar lampu merah..

Unknown said...

salam,
terimakasih dtg berkunjung.
Maaf dah lama tak ke sini, saya tertarik rumah d atas, rumah siapa?saya teringat2 akan rumah atuk saya, masuk robohkan tak teringat nak ambek gambar, skrg tak de kenagan rumah lama...
hehe mangga kat luar pun kena kebas juga dulu,..

Unknown said...

cek kat myeg lagi senant

zino said...

Amin

kalau dia suruh ke sana saya minta surat jaminan supaya saya tak di saman drive kereta tanpa roadtax ke Trengganu hehe

zino said...

Juhariah
itu rumah mak di kampong.... rumah tempat zino membesar.. setiap bulan zino balik berjumpa mak ayah...

zino said...

unknown
tak sangka pulak ada saman.. selama ni clean hehe

Granny Hani said...

Saman? pernah kena tapi tak kena bayar pun...hehehe, roomate yg bayar.

MOKCIK AZWA said...

Azwa pun termasuk dalam kategori macam Zino juga..malas nak gaduh2..yg penting roadtax settle..

one of these days cuba try test challenge, tengok apa keputusan mahkamah hehehe..

Anaasuria said...

saya ada saman ngan JPJ terengganu yang belum setel.. huhuu.. masak la nanti nak renew roadtax beberapa bulan lagi.. :)

Unknown said...

kekadang main redah jer lampu isyarat..kan dah kena..ehe... sy xpernah kn saman sbb xpernah bw keta..hihi

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam..stakat ni lum ada kena saman lagi pasal reniew ok je tak de masalah mintak2 jgn le kena lak pas ni..bab langgar lampu merah tuuu ada gak le sekali sekala :)

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.
zino said...

granny hani

tak acai la macam tu hehe

zino said...

azwa

kami ada satu kes...axsiden antara kereta dengan moto di satu simpang..penunggang moto lumpuh..so kemuka saman tuntut dari insuran kereta ganti rugi juta

lawyer pihak lagi satu nak cari alasan bukan salah mereka tapi salah rekabentuk jalan atau persimpangan tu..

ada ke patut

zino said...

anaa

cuba semak dengan JPJ dulu..

zino said...

izan

buang kes hehe

zino said...

NoAzizah..
bila kena saman baru kira salah hehe

Si Matatajam said...

Lepas ni kena lebih beringat kalau pi Jejalan kan bro Zino..Siannya sb tak dapat buat rayuan..

Hakim said...

nak tanya saman polis ngn jpj sama x.. n kalau x bayar saman polis boleh renew roadtax x??

executivezaini said...

saman polis kena bayar .
saman jpj pun sama juga jika saman atas ic boleh renew roadtex tapi kalau saman di maklumkan di atas susah sikit

Unknown said...

salam.....boleh saya tau....yg saman aes tu mmg kene bayar ke?

Unknown said...

Nak tanya..saya nak renew lesen saya..tapi masi ada saman tertunggak dapat renew tak kat pejabat pos