Monday, December 26, 2016

Bersara wajib dalam perkhidmatan awam... episod 2..

Assalamualaikum.. 

1.0 Sebaik menamatkan pengajian saya di panggil berkhidmat.. makna nya tak ada masa rehat . tak ada cuti panjang.. tak ada nak relak relak dulu selepas grade.. budak2 zaman sekarang ada yg terpaksa menganggur berbulan2 dan ada yg makan tahun sebelum mendapat kerja.. bertuah nya zaman dulu.. itu tahun 1984...

2.0 Saya di tempatkan di jabatan yg sama sebelum cuti belajar bergaji penuh.. dan bergelar jurutera Struktur.. itu satu kelebihan Jurutera Awam.. ada pelbagai bidang utk meneruskan  kerjaya.. Kejuruteraan Struktur dan Bangunan , Kejuruteraan jalan raya dan perparitan , Kejuruteraan tanah dan cerun, sistem bekalan air dan retikulasi , kejuruteraan sungai dan saliran dan kejuruteraan kesihatan awam..(sistem pembetungan dan sanitari..)  Adakala nya kita perlu bertindak sebagai jurutera dalam pelbagai bidang serentak.. macam hebat kan.? hehe

3.0 Kejuruteraan struktur ini adalah bidang yg paling mencabar dan tak ramai yg berminat utk terjun ke profession ini.. Kerja tak glamur.. tapi risiko amat tinggi dan perlu di tanggong sepanjang hayat !!.. dan saya salah seorang yg berminat dalam bidang ini dan bersedia menyahut cabaran.. Yg tak minat jika masuk sini cepat pitam.. hehe.. teringat kata kata seorang sahabat yg di pindahkan ke jabatan kami dulu... katanya 

" i don't know where to start? , when i start i got stuck.!!"

4.0 Sebaik memulakan tugas.. kami terus di anggap telah mengetahui segala2nya.. tak ada bantuan tak ada tunjuk ajar tak ada bimbingan tak ada checker untuk memandu kerjaya kami. segala nya perlu kan kreativiti dan inisiatif sendiri.. memang lah ada bos bak kata pepatah "segan bertanya sesat jalan" . "terlajak perahu boleh gostan.. tersilap design boleh roboh bangunan.. Kena rajin bertanya kawan2 .. bertanya jurutera yg senior dan selalu buat rujukan.. zaman nak manja2 dah habis.. zaman nak main2 dah habis.. Tapi bila kita sendiri minat dengan apa yg kita lakukan segala2 nya ada jalan utk kita melaksana kan tugas..

5.0 Teringat satu kes saya cuba bertanya dengan seorang jurutera struktur yg senior yg konon nya lebih awal makan garam dari saya. Dengan penuh gaya dan lagak yg "sombong" dia memperkecil2kan kemampuan junior engineer depan dia ni.. bersandar kat kerusi dengan kaki di atas meja.. sampai bila pun saya tak lupa.. dia tak nak bantu pun tak apa ada ramai engineer lain yg bersedia berkongsi ilmu dan pengalaman masing masing.. 

6.0 Pengalaman saya timba dengan setiap tugas yg di berikan. Tugas rekabentuk yg pertama adalah membina sebuah tandas awam di Taman Tasik Titiwangsa.. ada juga kawan2 senior yg buat joke.. alah tandas je pun kalau roboh pun tak pe hehe.. dan sampai sekarang bangunan pertama yg saya terlibat pembinaan nya masih tersergam di tempat nya tanpa cacat cela dan masih beroperasi setelah lebih 30 tahun.. so kalau ke Titiwangsa tu ucap terima kasih kat zino ya.. kerana terlalu berhati2 masa merekabentuk dulu.. menyebabkan bangunan itu masih di situ dan beroperasi.. hehe..  

7.0 Apa sebenarnya kerja seorang jurutera struktur ni?? seorang jurutera struktur bertanggungjawab kepada perkara2 berikut:-

a. Menyediakan rekabentuk struktur utk asas bangunan.. sama ada asas pad atau cerucuk bergantung pada saiz bangunan dan kekuatan tanah.

b. Menyediakan rekabentuk tetulang utk struktur bangunan seperti rasuk tiang dan lantai serta bumbung. 

c. Menyediakan sistem bekalan air dan retikulasi bangunan berkaitan.. 

d. Menyediakan sistem perparitan dan jalan utk kawasan bangunan ke jalan utama. 

e. Menyediakan sistem pembetungan 

f. Menyediakan lukisan lukisan struktur utk semua perkara di atas dari a hingga e. 

g. Mengawasi kerja kerja pembinaan dari asas sehingga ke bumbung.. pendek kata sampai siap la.. dan sedia utk di gunakan. 

pening kan.. ?? hanya yg berkecimpung dalam bidang ni je yg mudah faham.. pendek kata kalau tiada imput jurutera struktur sesebuah bangunan tidak akan berjaya di dirikan.. setakat bangsal dan pndok pengawal tu boleh la.. 

ok la kalau dah pening kita stop dulu.. nanti saya kongsikan cabaran cabaran semasa pembinaan.. dan beberapa contoh bangunan yg saya bangga terlibat sama dalam pembinaan nya.. 

.... bersambung..




6 comments:

Anaasuria said...

Ok dah khatam episod II.
Esok nak baca episod III pulak.
Anak2 ada tk yg ngikut jadi engineer?

zino said...

ada sorang anaa
si alang.. dia jurutera mekanikal..

Kakcik Seroja said...

Seronok baca...

Apa jadi dengan jurutera sombong tu agaknya, ya? 😊

al-lavendari said...

boleh dibukukan ni ..

zino said...

kakcik

dia berhenti lebih awal join private sector.. tak tau apa jadi dengan dia tak ada dengar kabar berita

zino said...

Al Lavenda
nak cari penerbit yg sudi dulu hehe