Assalamualaikum..
kisah sebuah komputer...
kisah sebuah komputer...
1.0 Saya berterima kasih dan bangga kerana di tugaskan sebagai jurutera struktur di peringkat awal carrier kerjaya . Banyak yg saya pelajari banyak yg saya perolehi bekerja di bhgn ini. Walaupun ramai yg tidak berminat di tempatkan di sini.
2.0 Terlibat dalam peringkat perancangan membuat kerja rekabentuk, menyediakan lukisan kerja dan akhirnya menyelia kerja kerja pembinaan. Disetiap peringkat perlu kan displin yg tinggi dan komitmen sepenuh masa. Rekabentuk tak boleh di buat sambil lewa, penyediaan lukisan juga perlu di lakukan dengan teliti dan betul, apa lagi kerja pembinaan . Perlu pastikan kontraktor mengikut penentuan yg telah di tetapkan.
3.0 Pada peringkat awal kerja rekabentuk di lakukan secara kiraan manual.. tanpa bantuan komputer !!!. Boleh bayangkan bagaimana sukarnya kami bekerja ketika itu.. sekarang senang je masukkan data dalam komputer tak sampai beberapa saat result dah dapat.. Bila mengira secara menual satu bangunan mengambil masa berbulan bulan nak habis.. tanpa didikasi yg tinggi tentu dah terbengkalai tengah jalan.
4.0 Apabila komputer mula di perkenalkan semua orang ragu2 dan terkejut serta takut . maklumlah masing masing knowlegde pasal komputer ni ZERO.. KOSONG. macam tengok elian je.. komputer ? binatang apa tu?? hehe. Nak beli komputer pun satu hal.. minta bajet mesti tak lulus.. bukan kami je dept lain pun kecut perut bila sebut komputer ni. Tapi kami bertekat utk bawa komputer masuk ke pejabat.
5.0 Dalam ramai ramai engineer struktur tu ada sorang yg graduate oversea yg telah di dedahkan dengan pengetahuan tentang komputer ni. So kami pun berpakat utk beli komputer kami sendiri. Opis tak bagi bajet pun tak pe . kami set satu kumpulan yg kami gelar STRUKOM .. terdiri dari 8 orang jurutera struktur berkongsi utk beli sebuah PC . Bos pun pandang sinis dengan komputer yg kami beli. Zaman tu komputer screen hijau dan perlu guna floopy disk utk booting. tak ada hard disk. tak ada memori card hehe.
6.0 Kawan yg ada pengetahuan tentang komputer tadi menjadi guru kami. So kami pun di ajar dari A to Z pasal komputer. Masa tu kena mahir DOS utk membolehkan kita berkomunikasi dengan komputer tu. WINDOW belum ada lagi. dan di opis kami sebelum tu ada jurutera jepun yg di pinjamkan utk membuat kajian . dia ada meninggalkan sebuah buku program engineering yg kami boleh guna.. cuma kami perlu masukkan sendiri dalam komputer menggunakan progran GWBASIC. itu lah firstime saya dengar GWBASIC. Ada banyak listing berkait design. So gigih la kami menulis (menaip) listing tu dalam PC. bila run je keluar berlambak lambak syntax error. orang komputer faham la apa benda tu.. buat kami tersentak.. kenapa pulak . listing tu tak boleh pakai ke.
7.0 Sebagai seorang jurutera .. tak ujud perkataan putus asa . mesti ada sebab benda tu tak boleh pakai. bincang punya bincang pikir punya pikir akhir nya kami jumpa punca nya.. rupa nya coma ke fullstop ke apa ke benda ke tak boleh silap kena ikut 100% sebagaimana listing.. akhir nya berjaya.. kami sangat teruja utk menguji program ini betul ke boleh membantu kami.. kami sediakan satu data pengiraan ujian dan mula masukkan dalam komputer. dalam masa yg sama seorang jurutera lain membuat pengiraan secara manual. dan kami bandingkan jawapan nya.. kami uji lagi dan lagi. bila dah konfiden jawapan yg di perolehi dari program yg kami bina dengan kiraan manual sama baru lah kami guna utk projek.
8.0 Projek pertama yg menguji sepenuhnya penggunaan komputer kami ada lah pembinaan STADIUM BOLA SEPAK di Bandar tun Razak. Stadium hendak di gunakan utk sukan SEA.. dan perlu siap ON TIME. Masa tender dulu design belum ada lagi . tender berdasarkan provisional quantity utk besi konkrit dan sebagainya.. betul2 fast track. Masa tu komputer kami di guanakan sepenuhnya utk bantu BOS menyediakan rekabentuk struktur. Sangat bangga dapat membantu dalam projek tersebut. Sedangkan BOS pernah sebut.. dia tak percaya dengan komputer katanya "garbage in garbage out.." betul la tu komputer ni bukan nya reti data yg di masukkan tepat atau tidak .. apa saja yg di masukkan dia tetap akan kira dan tetap ada jawapan.. Tapi bila kami dapat membantu menyediakan rekanbentuk struktur dengan cepat terbuka juga mata dia hehe..
9.0 Komputer kami bertahan beberapa tahun. banyak jasa komputer tu walaupun ada sebiji je tapi setiap engineer dalam group dapat menggunakan nya mengikut giliran. Penyediaan lukisan masih lagi cara manual.. menggunakan kertas tracing masih menggunakan pen dan pembaris. masih menggunakan stencil utk menulis.. mana yg tulisan cantik menulis secara manual. Bila kami bercadang utk menukar bilik lukisan menggunakan komputer kami mendapat tentangan.. masing masing takut sebab tak tau apa benda komputer ni bagaimana nak guna konon nya tak ada sape yg tau. Masa tu nak beli komputer masih banyak soal dengan pihak pengurusan . macam nak beli barang mewah yg tak di gunakan. membazir.. !!
10 Perancangan penggunaan komputer pun di buat pegawai dan kaki tangan yg berkenaan di hantar berkursus yg berminat cepat je faham yg tak berapa minat mengambil sedikit masa. Pihak pengurusan juga mula terbuka hati utk meluluskan pembelian komputer tetapi bilangan sangat terhad. tak boleh beli banyak kena share..!!. so kami pun perancangan plan B.. setiap projek yg di tender masukkan pembelian komputer. Sedikit demi sedikit komputer bertambah. knowledge berkait komputer pun bertambah. kemahiran penggunaan pun meningkat.. keseronokkan menggunakan komputer pun bertambah. Entah berapa tahun baru lah dasar berubah , setiap jabatan penggunaan komputer semakin meluas.
11 Dan saya menjadi jurutera pertama yg berdegil bawa masuk komputer ke dalam bilik. Dasar masa tu komputer adalah peralatan guna sama dan di letak bilik tertentu. sape nak guna kena rekodkan dalam buku.. Komputer yg saya bawa masuk adalah komputer yg di perolehi dari projek. kecoh satu jabatan saya bawa masuk komputer. sehingga di bincangkan dalam mesyuarat jabatan hehe.. (jurutera keras kepala) . Satu hari tu pengarah masuk ke bilik saya.. dalam hati habis la.. tentu dia akan arah saya keluarkan komputer tu.. tentu dia akan marah sebab tak ikut arahan tentu dia membebel bla bla bla.... dia masuk duduk depan saya dan kami pun berbual... tapi yg heran nya dia tak sebut pun pasal komputer dalam bilik tu. kami bincang pasal kerja pasal projek dan sebagai nya.. lepas tu dia keluar.. heran pelik .. dia masuk bilik saya pasal apa??
12. Kemudian dari itu dasar mula berubah jurutera dan akitek boleh bawa masuk bilik komputer bila bilangan mencukupi. ada komputer saja tak cukup perlu ada kemahiran utk menggunakan software . Autocad, LOTUS 123 (sekarang excell) powerpoint , excess, word dan sebagai nya...
bersambung.........
nanti saya cerita bagaimana saya belajar AUTOCAD dan LOTUS 123.
5 comments:
Kira otai la ni. Kenal oc sejak zaman DOS. haha
*pc
Bujal X
zaman tu siapa pandai DOS kira expert la hehe..
Syabas Tn Jurutera Degil. Kedegilan yang membawa manfaat..😊
saya guna komputer kat ofis utk draf surat je ?
Post a Comment