Saturday, December 10, 2016

percutian ke Pulau Mutiara.. episod ketiga

assalamualaikum...

street art dan wall painting..

1. Terlalu lama zino berhajat utk melihat sendiri lukisan2 dinding yg telah sekian lama terpampang di dinding bangunan di merata lokasi di Penang.  Tapi tak kesampaian sehingga Nurul Nadia memberi cadangan.

2. Selalu baca dari kisah kisah percutian kawan kawan bergambar dari satu lukisan ke satu lukisan.. dah rasa macam treasure hunt pulak. street art ini telah menjadi daya tarikan pelancong sejak sekian lama. 

3. Untuk keluar berjalan di sekitar pusat bandar mencari lukisan ini perlu di lakukan awal pagi sebelum matahari mula memancarkan sinarnya. kalau lewat harus rentung hangus terbakar... ada juga di sediakan kemudahan basikal skuter atau basikal yg boleh di naikki 4 orang.. utk di sewa. tapi kami memilih option berjalan kaki je.. 

4. selepas bersarapan di warung yg di katakan the best roti canai in town berpandukan peta yg di ambil dari hotel kami mula mengatur langkah bergerak dari satu tempat ke satu tempat mencari lokasi lukisan lukisan dinding.. sebenar nya bukan kami saja yg meneroka pada hari tu tetapi.. ramai pelancong lain samaada tempatan atau luar melakukan aktiviti yg sama..

5. jom kita teroka satu satu apa yg kami jumpa..... mungkin ada lagi lukisan dinding yg kami tak taubdan belum di jumpai.. 

ini lukisan budak bermainan.. di lukis di dinding dalam keadaan asal.. tanpa di baikki atau di cat semula. 

lukisan di belakang ni bukan di lukis di dinding tapi di bentuk menggunakan besi atau bahan lain dan di letak di sini.. kalau dari dekat sukar di fahami gambar apa yg cuba di tunjukkan.
 
ini satu lagi karektor yg di bentuk dan di letak di dinding.

lukisan seorang tua menjual susu kepada seorang pelanggan.. yg baju hitam tu pelakon tambahan je.. hehe

zoom bagi clear.. bila mengambil gambar tu perlu berhati2 di lorong2 yg sama juga kereta masih lalu lalang menjalankan aktiviti masing2.

dua kanak kanak dan dua dewasa nak bermain buaian hehe. yg unik nya lukisan ni ia nya di buat dengan menyediakan komponen yg real.. saperti buaian ini tiang buaian ada lah real buaian juga ada lah real. interaksi pelawat dengan lukisan nampak macam real .. 

adik sedang bermain volleyball kat belakang tu.. 

ini gambar sebenar nya.. ia lebih unik bila dinding di biar dalam keadaan asal.. tidak di cuci tidak di cat semula. 

wah lompat la dik... hehe

comel meow tu.. 
lukisan ni menunjukkan dua orang budak dalam rumah tak sabar nak beli kueh yg di jaja menggunakan basikal . dan dalam keadaan sebenar pun memang ada restoren di sebelah menjual benda yg sama. 

ini sekumpulan pelancong tempatan dari Batu Pahat sedang merakam gambar bersama lukisan di atas. saya pulak berselfie bersama mereka.. hehe

comel kan

kombinasi lukisan dengan objek sebenar menjadikan lukisan ini lebih unik dan menarik. 

di sini ada jual roti bai... yg baju biru menjual dan yg baju putih pelanggan.. dan yg baju hitam interframe je

kena selfie juga...

dua orang nak tutup sorang nak buka hehe

ni baru betul... tapi tak membantu juga hehe

amoi ke nyonya ni..

lukisan ni di tiang rumah kedai.. kalau lalu terus je kat jln raya mungkin tak perasan 

lukisan ni di dinding kedai di kakilima.. 

budak ni kononnya nak skodeng tapi tak sampai... budak lagi dah pandai ya..

lukisan ni pun di tiang kedai . gambar budak memegang alat kueh sepit.. dan di sebelah dia ada kedai menjual kueh yg sama
 
comel je kucing ni bergayut..

satu hasil seni kah.. hehe

avatar pun ada 
lukisan ni kami terjumpa secara kebetulan sebelum balik.. memula tercari2 juga kat mana letak nya.. tak ada di tunjuk dalam peta.. semasa lalu situ berkereta terlihat ada pelancong sedang merakam gambar.. apa lagi tak lepas peluang singgah sekejap.

motor tu real... 

nak tumpang boleh? 

lukisan nelayan sedang mendatung ini juga kami terjumpa secara tak sengaja bila tersesat jalan.. mungkin ada banyak lagi street art ini di merata2 tempat yg belum di jumpai.

lukisan ni sebenar nya kecik je.. apa kah motif? 

bersambung.....

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Jumpa tak lukisan Bruce Lee sepak kucing? 😊

zino said...

oo yg ni tak jumpa... ada satu tempat tu ada bekas lukisan tapi telah di padamkan tak tau apa yg di lukis di situ..