Sunday, December 4, 2016

Menyalang dan penganan

assalamualaikum...

menyalang dan penganan..

1. menyalang adalah satu proses utk memperkenakan menantu kepada sanak saudara..

2. menyalang bermakna berkunjung ke rumah saudara yg di sertai bersama ibubapa atau keluarga terdekat pengantin baru .

3. keutamaan kunjungan adalah ke rumah saudara terdekat terlebih dahulu saperti atuk uwan mak dan bapak saudara dan di ikuti sedara mara yg lain.

4. setiap kali kunjungan sedara yg bakal menerima kunjungan di maklum terlebih awal supaya bersedia menerima kunjungan..

5. pengantin di syaratkan membawa buahtangan utk di hadiahkan kepada saudara yg di kunjungi.

6. buah tangan yg di bawa tak lain dan tak bukan ialah penganan yg di masak secara bergotong royong oleh keluarga pengantin.

7. zaman dulu penganan di letak dalam satu bekas yg di panggil boko.. hanya pasangan pengantin yg pegi menyalang saja membawa boko kunjungan waktu lain tak melibatkan boko..

8 secara simboleknya sedara mara yg menerima kunjungan akan meletakkan RM dalam boko utk kedua mempelai sebagai tanda restu kedua mempelai hidup bahagia dan aman damai. tiada syarat berapa nilai yg perlu di beri. ikut rezeki masing2..

apa dia penganan ?

1. penganan ada lah sejenis kueh traditional yg di masak menggunakan tepung pulut gula pasir gula kabung santan  di masak di dalam kawah..

2. proses membuat penganan ini di panggil mengacau tapi bukan mengacau cari gaduh hehe.. mengambil tempuh yg agak lama .. empat ke lima jam baru baru masak.

3. penganan biasa nya di buat secara gotong royong di kalangan ahli keluarga dan saudara mara. dari penyediaan memasak dan membungkus.

4. mengacau memerlukan banyak stamina dan tenaga.. kerja mengacau biasa di serah kepada orang lelaki yg tahan lasak.. hehe tahan panas tahan asap tahan penat.. biasa nya bergilir2..

5. mengacau tak boleh berenti dari awal sehingga penganan masak.. utk elak penganan berketul dan berkerak.

6. penganan cair pun sedap dan di tunggu2 utk di jamu kepada semua yg hadir.. saya lagi lah suka..

7. penganan tidak di masak selalu.. selain kesukaran penyediaan nya ia nya di sediakan utk acara tertentu shj. boleh lah dikatakan penganan memounyi prestej yg tinggi dalam masyarakat melayu.

menyalang dan penganan

1. menyalang dan penganan sangat sinomen.. menyalang tanpa penganan umpama makan tak berlauk.. umpama mandi tak bersabun.. umpama berjalan tak berkasut.. saling lengkap melengkap.

2. menyalang tak bawa penganan mungkin tak di iktiraf sebagai menyalang.. kira ziarah je kot.

3. penganan bukan khas utk majlis menyalang je. tapi menyalang mesti ada penganan.

4. berapa banyak penganan yg perlu di sediakan bergantung kepada berapa rumah yg akan di kunjungi.

5. setiap rumah yg di kunjungi perlu membawa satu bungkusan atau satu bekas penganan..yg dulu di letak dalam boko..  dan dalam satu hari mungkin akan berlunjung beberapa buah rumah mengikut keselesaan.

6. tapi sayang.... penganan mula di lupakan.. mungkin kerana kesukaran utk menyediakan nya.. mungkin makin kurang yg tau cara penyediaan nya..  mungkin dah semakin kurang permintaan nya..

penganan cair feberet zino..hehe

dah licin hehe

penganan yg dah masak dan di pindahkan dari kawah ke periuk utk proses penyejukan.

bila dah sesuai penganan di madukkan ke dalam bekas.. kalau dulu bekasnya nya traditional juga.. 

penganan yg telah di letak dalam bekas tapi proses penyejukan madih berlaku bekas belum boleh di tutup.  

tu baru habis mengacau la tu.. den tengok yo.. hehe

ini penganan yg di kemersalkan di letak dalam bekas kecil utk mudah di makan dan di jual di merata tempat.. termasuk RnR.. tapi rasa tak sama yg di kacau sendiri.. 

sekian.. 

6 comments:

G said...

Dodol cair

Kakcik Seroja said...

Kakcik suka makan penganan @ dodol cair dengan roti... :)

zino said...

tq G singgah blog zino...
penganan panggilan orang negori tempat lain panggil dodol..

zino said...

tak pernah terai pulak cecah roti kakcik nur

Angah said...

ermmm...teringat masa kecik tolong opah kacau dodol,siap masak, berebut dodol panas yang baru cedok dari kawah letak dalam daun pisang..indahnya kenangan

zino said...

kenagan mengusik jiwa tu angah