Friday, December 9, 2016

percutian ke Pulau Mutiara.. episod kedua..

assalamualaikum...

1. ini kali pertama kami book dan stay di sebuah hotel di tengah2 bandar .. Chulia Heritage hotel.. merupakan sebuah bangunan lama 2 tingkat yg telah di baikpulih dan di jadikan hotel.. tingkat atas lantai kayu. kat tangga bawah lagi dah di minta buka kasut.. dan yg lebih istimewa hotel ni kepada yg menginap di bilik atas.. tandas dan bilik air sharing..!!!

2. kejutan pertama mem bila dapat tau dalam bilik tak ada bilik air.. hehe.. walaupun berkongsi , di luar sana di sediakan lebih 10 unit bilik air kot. dan tak pernah pula dalam bila2 masa semua bilik air di gunakan serentak.. ingat2 balik la macam duduk asrama dolu dolu hehe..

3. berpandukan peta jalan yg di ambil dari hotel kami mula meneroka pusat bandar.. distinasi pertama tentu la cari kedai makan.. dengan berjalan kaki kami menyusur kakilima kedai menghala ke jalan penang . kata nya kat area situ banysk kedai makan ..

4. tiba tiba terserempak dengan restoren line clear.. memandangkan tak ramai yg beratur masa kami sampai .. tak fikir panjang terus setuju lunch di situ je.. tak di nafikan makan kat sini memang sedap.. sekejap kami duduk dah panjang que..

5. lepas makan kami berjalan lagi arah ke KOMTAR  . sambil menyusur kakilima kedai sambil membelek pakaian dan barang2 lain yg di jual.. macam ada yg pekenan tapi tak mau beli lagi.. survey dulu konon.. dari komtar ke shopping compleks sebelah.. dan akhirnya kami singgah di satu restoren ni.. tokei kedai claim kedai dia sediakan nasi beryani terbaik di penang.. ooo ye ke.. tapi kami minta air je .. haus.. hehe

6. masa kat sini nadia berunding dengan omma kat mana nak dinner.. awal2 lagi iyra dah mesej minta call omma.. plan asal nya mee udang ayu.. tapi tak ada rezeki tutup.. so omma dah sediakan plan B.. kami makan di sebuah warung yg memasak ikan bakar ikan masak asam pedas dll.. memang berasap2 kami makan.. pedas dan sedap.. hehe..

7. sebelum balik kami ke restoren kayu chit chat sambil makan roti tisu.. tu dia besar nya roti perlukan 3 pinggan utk tampong.. bila dah kenyang hati pun senang.. hehe..

ok jom tengok gambar2 pulak 

selfie di kaki lima kedai..

ini lah hotel tempat kami menginap

di sini ada banyak skuter utk di sewa

basikal pun ada jika nak meronda..

line clear


sambil beratur nak oder makanan tersergam ikan kepala ikan melambai2 oder la kami oder la.. hehe

gerai simple je tapi terkenal ke seluruh dunia.. menjadi produk pelancongan mesti terai kepada yg berkunjung ke PP

sabar menunggu giliran utk ke depan.. mem kata nak udang .. gigil juga bila dengar udang ni hehe

saya oder nasi putih udang sotong sayur
mem oder apa tah hehe adik oder ayam la.. tapi udang tu saya pass dekat mem utk tolong kopek.. saya dapat sikit pun ok..  
boleh agak apa mem oder dan apa zino oder hehe... sharing is caring..

yg ni mesti adik punya..

bila dah kenyang suka hati.. hehe

cendol terbaik katanya..
lepas makan kami terus jln jln dan terjumpa satu restoren ni. penuh dengan pelanggan 

alamak ini gambar utk episod berikut nya hehe

ni ha bukti beratur panjang semaya2 nak makan cendol.. katanya cendol best in town.. pelancong luar pun mesti singgah makan cendol..

pendekkan cerita selepas ronda di KOMTAR  kami ke Prangin mall look2 see2.. tengok la mak dengan anak berdua tu berpimpinan tangan tak sabar nak masuk shopping compleks hehe

sekali jumpa beruang hehe

nasib baik beruang ni pandai selfie hehe

yg ni khas utk perokok kalau ikutkan adik di larang masuk kekawasan bulatan tu.. ini kawasan utk merokok ..kepada yg merokok sila berdiri dalam bulatan dan merokok la sepuas2 nya.. kalau ada 10 orang cam ne? hehe

muka muka ceria hehe

mem tak tak berapa suka selfie ni tak boleh nak kata apa join je la.. hehe.

ini masjid kapitak keling.. tercicir pulak notis kenyataan tu utk maklumat sejarah nya..

nadia tu sedang berbincang dengan omma kat mana nak dinner malam nanti.. hehe.. kami singgah minum je dalam perjalanan balik ke hotel . 

makan malam bersama omma khadijah.. 

penuh meja dengan lauk pauk makan di gerai yg di rekomen omma.. terima kadih daun keladi.. makanan enak semua suka hati... yg best tu makan sampai nangis hehe.. 

tu dia... semoga murah rezeki omma lain kali belanja lagi hehe..



tak habis lagi tu... sambung pulak dengan roti tisu yg tinggi bak gunung.. yg nipis bak pauh di layang.. ehh ada ke perumpamaan tu.. 
 
rangup sedap manis lemak berkrim

sambil makan sambil berchit chat... 

bersambung...

No comments: