Assalamualaikum...
kisah engineer garang dan tegas..
1.0 Apabila mendapat task utk melaksanakan sesuatu projek satu pasukan bangunan akan di bentuk . Ahli dalam pasukan ini terdiri dari akitek , Jurutera Struktur , Jurutera awam, Jurutera Elektrik ,Jurutera Mekanikal dan Juruukur Bahan. Masing2 melaksanakan tugas mengikut bidang dan kemahiran masing2. Mesyuarat koordinasi di ada kan selalu bagi menyelaras fungsi dan tugas dan projek dapat di siapkan mengikut jadual.
2.0 Jurutera struktur selalu kelihatan jadi "budak jahat" dalam pasukan terutama semasa pembinaan kerana ketegasan untuk memastikan kontraktor patuh dan melasanakan kerja pembinaan mengikut perincian dalam lukisan dan spesifikasi.. tanpa kompromi. Biasa la kontraktor akan berusaha utk mendapat keuntungan maksimum manakala jurutera struktur perlu memastikan bangunan yg di bina selamat utk di diami orang awam. Yg di bina tu rumah pangsa dewan masjid surau dan pelbagai kemudahan awam yg lain.
3.0 Ada beberapa projek dulu yg saya perlu bertegas dengan kontraktor dan kerani tapak , pertama nak bagi amaran dengan kontraktor dont play play.. kedua nak bagi amaran dengan kerani tapak juga jangan buat kerja sambil lewa.. Beberapa kes utk menjadi rujukan dan pengajaran. (tak ikut turutan masa berlaku)
3.10 Kes ini berlaku kepada projek saya yg terakhir sebelum pindah jabatan. Sebelum saya memberi kebenaran utk menjalankan kerja kerja konkrit beberapa siri pemeriksaan kerja persediaan perlu di jalankan di tapak.. oleh jurutera tapak kontraktor oleh kerani penyelia tapak kami dan last baru maklum kan enginer ((saya la tu ) utk buat pemeriksaan akhir sebelum lulus utk kerja seterusnya. Dan ada beberapa borang yg perlu di isi dan di tandatangai pihak2 berkaitan.
Bila saya sampai masing masing buat perakuan semua nya teratur dan sedia utk kerja konkrit. Pekerja pun dah ramai standby ada dalam 20 orang rasanya, truck konkrit pun dah mula sampai ke tapak. Bila saya hampir ke kawasan kerja saya notice satu kesalahan yg sangat besar berlaku dan tiada siapa pun perasan. Dengan pandangan mata kasar saya percaya ketebalan lantai yg nak di konkrit tidak mencukupi. Saya terus arah kontraktor merentang benang secara melintang di kawasan yg hendak di tuang konkrit saya nak ukur berapa ketebalan yg di sediakan. Kontraktor tersentak jurutera tapak juga kelihatan gelisah.. kerani tapak senyap.... Kawasan yg nak di konkrit juga luas.. bila di ukur sah apa yg saya ragu tadi ternyata berasas.. dan kontraktor sendiri akhirnya mengaku kesilapan.
Saya terus keluar arahan kerja konkrit hari ni batal. segala besi yg telah di pasang di bongkar semula lantai di sediakan semula mengikut ketebalan dalam pelan.. kerani tapak dan jurutera menerima teguran dan amaran keras.. kena lecture kau kau dengan engineer.
Entah berapa puloh ribu kontraktor rugi pada hari tu nak bayar konkrit yg telah di tempah tapi tak boleh di guna nak bayar kong pekerja nak bongkar dan pasang semula besi BRC lantai nak korek semula dan buat persediaan semula lantai Ketegasan ini memberi amaran keras kepada kontraktor jangan main main bila buat kerja saya. Kontraktor mengambil masa 2 minggu utk membuat kerja baikpulih sebelum di benarkan membuat kerja konkrit.
Projek yg saya maksudkan ialah masjid Wangsa Maju yg tersergam indah di atas bukit berhampiran JJ .. cantikkan masjid tu.. hehe..
3.20 kes kedua juga berkait kerja konkrit utk projek panggong DBKL bertempat di bangunan mahkamah.. Projek ni sangat unik kerana di bina di dalam bangunan sedia ada. dinding dan bumbung adalah dinding dan lantai bangunan mahkamah. kerja kerja pembinaan agak sukar dan sangat mencabar. Kalau ada sesiapa yg pernah masuk panggung ni menonton teater mungkin boleh hargai sumbangan kami semasa membina nya.
Seperti biasa sebelum kerja kerja konkrit kelulusan jurutera struktur di perlukan. Bila saya sampai perkara pertama yg saya tanya sama ada persedian telah di buat dan pemeriksaan telah dijalankan. Konfiden je kerani tapak kata semua in order kontraktor pun dah sedia pekerja pun dah sedia dan truck konkrit dah mula sampai. Bila saya masuk keadaan sangat gelap dan bila tanya mana lampu kata nya sekejap lagi di sediakan.. saya tanya lagi macam mana buat pemeriksaan ?? masing masing dah mula gelabah.. ok minta torch light saya nak tengok.. 10 minit 20 minit lampu picit yg saya minta tak juga ada.. sah dia orang ni nak cari pasal.. saya pun terus batalkan kerja konkrit.. dan balik.. sepanjang perjalanan balik tu berpuloh kali hp berbunyi tapi saya saja tak jawab. sampai opis berpuloh kali lagi hp berbunyi.. ini pengajaran ini peringatan dengan saya jangan main main.. tengah hari tu main kontraktor datang opis mohon maaf dengan kesilapan yg mereka dah buat.. dan akhir nya sub con yg buat kerja konkrit di tamatkan .
4.0 Ada beberapa kes lagi saya terpaksa bertegas dengan kontraktor terutama di peringkat awal pembinaan supaya mereka faham standard saya bekerja dan mereka lebih berhati2 jika tidak mahu menanggong kerugian. Main kontraktor bagus tapi sub con yg buat hal.. ada juga kes sub con nya bagus tapi main con tak ambil berat.. Ada juga beberapa kes kerani tapak saya pulak yg buat hal.. tapi saya bernasib baik tak ada sub con yg mengambil tindakan balas akibat kerugian yg di tanggong.. Engineer sebelum saya pernah di kejar dengan kayu oleh pekerja sub con apabila dia membuat teguran.. hehe..
Ada juga beberapa kes kerani saya bawa ke jawatankuasa tindakan displin kerana melanggar peraturan dan pihak pengurusan mengarahkan mereka membuat pilihan nak bekerja dengan kerajaan ke nak buat business sendiri.
bersambung...
ini lah masjid Wangsa Maju tu
gambar dari google.. nak cari gambar masa pembinaan kena buka arkib hehe
ini bangunan panggung DBKL.
Bangunan ni dulu adalah sebahagian dari mahkamah.
panggung di bina di dalam bangunan sedia ada..
gambar bawah pandangan dari dalam.. abaikan model yg interframe tu.. gambar dari google..
9 comments:
Tabik spring kat abah zino.. kena tegas bila bangunan melibatkan kemaslahatan awam.. masa ni anak dah berapa orang? Hehe
Power abah zino 💪💪
anaasuria
masa ni anak dah berderet kot hehe
Bujal X
bila berlaku keadaan macam ni saya susah nak lepas kan tanggung jawab kat kakitanga bawah.. suka tak suka saya perlu datang sendiri utk pastikan semua teratur.. walaupun memenatkan.
Saya respek ketegasan Abah Zino. Kerana ada yang boleh 'dimakan'lah terjadinya runtuhan bangunan di sana sini...
kakcik
saya berusaha sebaik mungkin dan adakala nya saya menerima ugutan.. tapi saya yakin selagi kita buat perkara yg benar.. Allah sentiasa melindungi kita..
Seronok bca sbb ada sikit2 bnda yg sy phm sbb adik lelaki pnh cite, ttg kes tipu bancuh simen n psg konkrit tu adik ckp ada yg x puas hati dgn dia sbb strict sgt psl bnda tu, ye lh nk buat bgunan yg slmt utk di diami
bila baca n3 ni teringat pulak saya pernah jadi SO projek .. pernah terminate kontraktor bagi projek bernilai lebih RM200 juta .. tetiba dpt modal nak buat cerita ttgnya.
fuyowww
garang giler..
hahaahhahahah
good for u pakngah!!
Post a Comment