assalamualaikum..
1.0 Rehat dulu sekejap dari kisah Turki , kita beri laluan cerita tempatan dulu ya.. sesekali kena lah iklan.. Tak lain tak bukan kisah abah berkayuh pagi ni.. Dah sebulan lebih tak menyertai aktiviti berkayuh. last berkayuh semasa menyertai program di Melaka.. 28.2.17 . macam mana nak kayuh asyik berjalan je hehe.. tapi sebelum tu di serang demam lepas sorang sorang.. nasib baik abah dan mem sempat sembuh sebelum ke Turki.
2.0 Ikut perancangan nya balik dari KK esok nya abah sepatutnya menyertai kayuhan di cyberjaya dan esok nya kayuhan di Alor Gajah Melaka. tapi apa kan daya on the way balik dari KK tetiba demam dan batuk.. kenalah berehat sehingga pulih.
3.0 So pagi tadi kembali beraksi dengan program di UKM .. Bila dah lama tak berkayuh prestasi kayuhan sedikit menurun.. laluan kayuhan yg di sediakan sangat mencabar... bukit bukau sepanjang perjalanan.. Oleh kerana dah lama tak berkayuh kena lah memperlahankan kayuhan supaya cukup stamina utk sampai ke garisan penamat. Ada lebih kurang tiga ratus peserta yg menyertai program kali ini. yg muda dan gagah berdesup ke depan... abah dan sebahagian peserta lain berkayuh slow and steady hehe
4.0 Alhamdulilah akhirnya berjaya menamatkan kayuhan hingga ke garisan penamat tanpa berhenti utk berkayuh terus sejauh 30km ( strava rekodkan 31 km. ) laluan kali ini ada lah antara laluan yg sangat mencabar (sekurang2nya utk abah) laluan nya penuh dengan bukit bukau.. sehingga ada peserta yg mengeluh.. ini dah mengalahkan jamboree.. bagaimana laluan jamboree abah tak tau la tak pernah sertai.. hehe.
rakan setia yg menemani abah berkayuh... (di permulaan je lah hehe)
berjumpa dengan rakan sepejabat ( ex sepejabat la kan.. sekarang abah dah tak ada pejabat hehe) datang berkayuh se isi keluarga.. dan mereka juga peserta yang sangat bertuah memenangi hadiah utama cabutan no bertuah, sebuah basikal. wow tahnia fren. tak sempat nak tangkap gambar bersama hadiah hehe.
sebahagian dari peserta yg menyertai kayuhan.. ada yg datang dari jauh dan ada yg dekat.. semua dengan satu matlamat berkayuh utk sihat.. selaras dengan tema kayuhan kali ini Sihat tanpa Tembakau dan vape.
alhamdulilah setelah melalui pelbagai rintangan semasa kayuhan ewah.!!! akhir nya abah berjaya menamatkan kayuhan sejauh 30 km dengan mengharungi bukit bukau yg mencabar.. dengan selamat . aminn.
menambah koleksi pingat...
tadi ada beberapa kali jadi tumpuan lensa kamera pihak penganjur Bila gambar2 tu di muat turun ke dalam FB mereka nanti akan di copy paste ke sini.. hehe.
ada satu je yg lepas lembaga penapisan.. terima kasih pihak penganjur.. hehe
SEKIAN.
2 comments:
Alhamdulillah....semoga Abah terus sihat untuk terus berkayuh... :)
aminn tq Kakcik Nur..
semoga Kakcik juga sihat selalu.
Post a Comment