Assalamualaikum...
1.0 Sampai masa utk meronda sekitar Istanbul... hari ni tak perlu lagi travel beratus KM utk mencari distinasi menarik.. ada beberapa tempat menarik yg bakal di lawati, MASJID BIRU , TOPKAPI PALACE , AYA SOFIA DAN GRAND BAZAAR DAN SPICE BAZAAR..
MASJID BIRU ATAU JUGA DI KENALI MASJID SULTAN AHMET.
2.0 Percutian di TURKI tidak lengkap kalau tidak berkunjung di Masjid biru atau blue mosque.. ianya di hiasi dengan ceramik biru di bahagian dalam dan kubah nya.. Masjid biru ini di bangunkan oleh sultan Ahmed I dinasti Ottoman yg memerintah TURKI dari tahun 1603 hingga 1617. Masjid biru di bangunkan pada tahun 1609. Sultan Ahmed I membangunkan Masjid biru utk menandingi bangunan Hagia Sofia buatan Kaizar Byzantine . Hagia Sofia adalah sebuah gereja Byzantine sebelum jatuh ke tangan Turki Ottoman. pada tahun 1453M. pernah di jadikan masjid selama 500 tahun dan kemudian nya di jadikan muzium.
3.0 Masjid biru masih berfungsi sebagai masjid sehingga hari ini. Ianya merupakan masjid terbesar di TURKI dan menjadi tumpuan utama pelancong. Waktu kami sampai masih belum masuk waktu solat, dan di janjikan utk datang semula ke Masjid utk solat Jamak tetapi program di ubah di saat2 akhir sehingga akhirnya kami solat di masjid berhampiran SPICE BAZAAR. dan yg paling malang buat saya bateri HP habis semasa di masjid biru.. tak ada lah banyak gambar di dalam masjid. sedih..
TOPKAPI PALACE
4.0 Sebelum ke Masjid biru kami di bawa melawat TOPKAPI PALACE. Topkapi palace merupakan sebuah istana semasa pemerintahan OTTOMAN, ianya di guna kan selama 400 tahun sebagai istana dan kediaman sultan dari tahun 1465 hingga 1856 . Selain tadi tempat kediaman istana ini juga menjadi tempat menyambut tetamu dan acara hiburan. Istana ini di jadikan muzium dan menempatkan khazanah islam termasuk janggut rasullalah dan pedang baginda. Topkapi di ikhtiraf sebagai UNESCO WORLD HERITAGE pada tahun 1985 dan merupakan istana terbaik dalam pemerintahan OTTOMAN. Apabila era pemerintahan OTTOMAN berakhir Topkapi Palace telah di tukar menjadi muzium dan menjadi salah satu daya tarikan pelancong sehingga sekarang.
HAGIA SOFIA
5.0 HARGIA SOFIA merupakan gereja orthodox kristian GREEK yg kemudian nya di jadikan masjid dalam zaman pemerintahan OTTOMAN dan sekarang merupakan sebuah Muzium. Ianya di bina pada tahun 537 AD sehingga tahun 1453 merupakan sebuah gereja. Bangunan ini di jadikan Masjid pada 29 may 1453 sehingga 1931 dan bertukar menjadi muzium pada tahun 1935. Ianya terkenal dengan binaan dom yg besar dan seni reka yg sangat menarik. akitektur dan rekabentuk Hagia Sofia ini menjadi ilham dalam merekabenruk masjid2 dalam pemerintahan OTTOMAN, saperti masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye , masjid Rustem Pasha dan kompleks Kilic Ali Pasha. Cuma sayanganya kami tak berpeluang utk masuk ke Hagia Sofia..
TOPKAPI PALACE
Berjalan kaki menuju ke Topkapi..
ada yg laju ada yg selow motion hehe
zaman dulu bangunan di dinding tembuk istana ada lah rumah pengawal. bermakna keliling tembuk istana ada pengawal..
lenguh juga mendaki hehe
papan kenyataan menjelaskan keseluruhan istana Topkapi ni.. kalau rajin baca la hehe
masih di luar istana.. kawasan ni luas
sebahagian dari komplek istana
ehh elah nak ambil unit kuda tu ada yg
interframe hehe
aydin sedang memeriksa tiket masuk ke TOPKAPI
ini tiket
di gerbang masuk.. ramai student dari
sekitar Turki yg datang
model istana
jumpa pokok pun nak selfie hehe
sebahagian dari istana , kawasan ni adalah dapur dapur (berderet dapur nya) yg menghidang pelbagai jenis makanan utk raja dan tetamu
pintu utama ke kawasan dalam istana.. bahagian apa tah dalam tu lupa lak.. hehe
kemudian kami di bawa ke hujung istana kawasan yg mengadap ke laut.. wah cantik pemandangan di sini tapi cantik lagi masa di masjid Suleimaniya sebelum ni..
pemandangan arah ke laut saujana mata memandang.. ada satu jambatan yg nampak sayup2 di tengah laut (terusan ) tu tapi tak clear dalam gambar.
dah kluar dari section yg dalam tu.. muka pun nampak dah penat hehe
dah kluar dari kawasan istana...
pokok2 kat sini semua tak berdaun.. masuk spring nanti baru lah berdaun dan berbunga.. lama lagi la nak tunggu
OTW ke Hagia Sofia
bergambar dulu
Hagia Sofia kami tak masuk dengar cerita je lah dari Aydin, kenapa tak masuk ? nak masuk di kenakan bayaran. teringin juga nak melihat keindahan dom yg besar tu yang terbesar di dunia masa tu. Teknologi apa yg di guna kan masa bina dulu. Zaman tu mana ada komputer mana ada kren mana ada besi tetulang mana ada ... tapi kerja seni yg di hasilkan teknologi sekarang pun tak boleh lawan. sehingga seni bena Hagia Sofia ini di gunakan sebagai rujukan utk membina masjid dan lain lain bangunan di Zaman pemerintahan empire Ottoman.
\
MASJID BIRU
wow memang terpegun bila melihat masjid biru ini. menjadi landmark utama TURKI , satu asset yg sangat bernilai. sehingga hari ini masih di gunakan sebagai masjid.. telah berusia 408 tahun tapi masih utuh masih gagah masih bergungsi sebagaimana asal nya.. bangunan sekarang 15 tahun pun sudah di kira usang. kalau bertahan 50 tahun dah di kira antik.
istanbul aku dah datang
seni ukir atau lukisan di DOM mempesonakan
BERSAMBUNG...
LAGI??
GRAND BAZAAR
SPICE MARKET
1 comment:
mostly package mmg tak cover Hagia Sofia. kenapa ye?
Post a Comment