Friday, April 14, 2017

Trip ke Turki Istanbul.. Grand Bazzar dan Spice market..

Assalamualaikum..

GRAND BAZAAR

1.0 Grand Bazaar dalam bahasa turki di sebut "kapali carsi" bermakna market tertutup atau "Buyuk carsi" market terbesar. Ianya merupakan market berbumbung terbesar di dunia meliputi sebanyak 61 buah jalan berbumbung dan lebih 4000 peniaga dengan 250,000 ke 400,000 pengunjung sehari !!! wow.. setahun lebih kurang 91,250,000 pengunjung. Ia merupakan shopping mall pertama di dunia.. 

2.0 Grand Bazaar di bina pada tahun 1455/56 selepas Constantinople di tawan di bawah perintah sultan Mahmed II. Di sepanjang tempuh tersebut Grand Bazaar ini telah mengalami kerosakan teruk akibat beberapa kali kebakaran dan gempa bumi. 

3.0 Sekarang grand Bazaar ini merupakan satu daya tarikan pelancong, dan tempat yg wajib di kunjungi.. dan bawa duit banyak2 hehe.. Segala benda yg kita nak ada di jual di sini, kain baju, emas permata barangan kulit ,barang cenderahati kasut beg permaidani dan macam2 lagi. satu hari berjalan tak akan dapat mengunjungi semua gerai yg ada hehe.. kena ulang dan ulang datang selagi tak selesai shopping.. haha

4.0 Firstime saya masuk wow terpesona tengok dan tak tau nak berjalan kemana dulu hehe.. mereka yg berniaga pulak memanggil2 dan melambai2 minta kita singgah di gerai mereka. dan di nasihatkan bila shopping kat sini kena lah pandai tawar menawar. utk mendapat harga yg terbaik.. yg kelakar nya kita rasa dah dapat harga yg best.. tapi kawan kita cerita dia dapat barangan yg sama dengan harga yg lebih murah hehe. 


salah satu laluan masuk ke grand bazaar






sempat juga berselfie kat dalam grand bazaar 

panjang lagi sampai ke hujung sana tu.. lepas tu ada simpang ke kiri dan kekanan.. silap2 sosek tak jumpa jalan keluar hehe kat bawah ni sebahagian dari barangan yg di jual disini. gambar dari pakcik Google.







SPICE MARKET

Rempah ratus yg beranika warna di jual di SPICE BAZAAR ni. ianya merupakan bazaar kedua terbesar di Istanbul. di bina pada tahun 1660 di zaman pemerintahan Ottoman. Pembinaan bazaar ini bagi menyokong aktiviti masjid di sebelah. juga menyokong aktiviti kebajikan termasuk sekolah dan hospital. Selain menjual pelbagai anika rempah bazaar ini juga berberkembang pesat dan menjual pelbagai produk .. terdapat kopi terkenal di sini di bekalkan oleh Kurukahvesi Mehmet Efendi yg telah beroperasi lebih 100 tahun. 

ramai yg shopping kat sini hari tu.. abah dengan mak je tak menyoping sangat hehe.. gambar pun tak ambil .. yg ada ni gambar di luar kawasan bazaar














ini gambar pakcik google


Esok dah last day kat Istanbul, aktiviti last sebelum balik kata nya naik cruise.. petang dah terbang ke Dubai.. 

BERSAMBUNG



No comments: