Tuesday, April 11, 2017

mencari CAFE Batu Keras hehe

Assalamualaikum... 

1.0 Malam hari ke tujuh.. acara bebas.. so kami ada misi utk malam ini. Ingat kan abah sorang je yg terjebak dalam misi mencari batu keras ni rupanya beberapa kawan lain juga mempunyai misi yg sama. Sebelum keluar Farhan atau nama manja nya Ang.. telah survey dulu dengan pakcik google ke mana arah yg perlu di tuju supaya misi pencarian lebih mudah.. 

2.0 Kebetulan hotel tempat kami menginap tidak berapa jauh dari tempat yg nak di cari.. Sebahagian dari kami nak berehat di hotel je maklum la kami telah menempuh satu perjalanan jauh siang tadi dan telah singgah di beberapa tempat.. 

3.0 Berjalan malam di tempat yg sejuk merupakan satu cabaran.. sejuk sampai mencengkam ke dalam kalbu.. tapi misi tetap di teruskan. dengan di ketua oleh Ang, abah, mak, ikhwan, aya , Jabbar dan anak bujang Jabbar Danial dan adik (nama tak ingat hehe) . berpandukan map pakcik google kami menuju ke satu premis yg di cari.. tapi bila sampai tengok tutup !!! alamak, kata tutup pukul 12 ni baru kol sembilan dah tutup.. bila di perhati betul2 premis yg kami jumpa macam tak di guna je.. dah pindah kot ?? kecewa sekejap tapi kami yakin tentu ada di tempat lain.

4.0 misi di teruskan demgan bertanya kepada beberapa orang yg lalu di situ tapi tak ada seorang pun tau. Bertanya juga dengan beberapa anggota polis yg bertugas.. mereka pun tak tau.. heran !! kenapa mereka tak tau .. orang Malaysia bersungguh nak cari orang tempatan boleh tak tau.. hehe.. Kami tak putus asa kami terus berjalan dengan harapan bertemu jodoh kami nanti di sini.. akhirnya pencarian kami berhasil bila Aya menunjuk ke satu premis berwarna merah.. itu kot..!!. 

5.0 Memang tepat akhir kami berjumpa juga batu keras yg di cari, hehe HARD ROCK CAFE.. bukan nak masuk cafe pun , nak cari T shirt HRC utk menambah koleksi. konon2 nya kemana saja pergi ada t shirt HRC. Penting ke? tak la juga tapi sejak terjebak ni bila kemana2 tak lepas peluang singgah bila berjumpa premis ni. 

6.0 Dan kami bernasib baik HRC TURKI sedang membuat offer, dengan harga tawaran yg berpatutan. apa lagi masing masing terus memilih idaman hati.. biasa nya saya beli utk diri sendiri je tapi kali ni boleh la beli extra hehe.. perbuatan kami yg seolah2 memborong satu kedai mengejutkan cashier sehingga dia melarang kami dari terus memilih .. PELIK sepatut nya di happy pelanggang datang memborong tapi cashier yg ni ingat nak balik je .. tepat jam 10.00 mlm dia pi kunci pintu masuk.. pelanggan yg lewat dari kami dah tak boleh masuk.. agaknya dia terkejut dengan kegairahan kami memborong hehe.. abah tak ada la nak borong sakan , firtstime jumpa cashier jenis ni.. agak nya kalau tokei tau sure dah kena buang kerja ni hehe. menolak rezeki.. 

7.0 Bila selesai kami balik dengan senang hati .. hajat tercapai walaupun sampai cashier marah marah.. peduli apa hehe.. yg lagi best malam esok nya kami repeat bila ada yg nak menambah koleksi hehe.


ini premis yg dah tutup


pencarian di teruskan..


sikit je lagi


akhirnya jumpa...


cashier yg menolak rezeki hehe


tengok la apa yg dia orang borong hehe


entah kenapa orang Malaysia je yg suka 
serbu HRC ni hehe






BERSAMBUNG

No comments: