Tuesday, April 18, 2017

Melancong ke Kota Kinabalu. TETIBA..

Assalamualaikum.. apa kabar semua ?? 

1.0 Beberapa hari setelah balik dari TURKI kami terbang semula . Kali ini ke Kota Kinabalu.. ramai yg bertanya, amboi touch down sekejap je kat KL dah terbang balik. hehe.. Actually perancangan nak ke KK ni berlaku secara spontan. Idea tercetus bila kakak kata dia ada cuti beberapa hari , nak bawa dia berjalan ke mana ? lebih kurang macam tu la ayat nya lebih kurang. Terus saya cadangkan ke KK.. sebenar nya sebelum tu dah ada la ura ura dan di sebut2 nak ke KK tapi belum tentu bila lagi. Masa tu kat Melaka berjumpa kakak dan kawan dia semasa lunch bersama. 

2.0 Masa tu dah dekat sangat nak ke TURKI , so sekali lagi minta bantuan Iyra kalau dia boleh bantu. uruskan tiket, urus hotel dan urus kenderaan.. hehe terima kasih banyak2 Iyra sanggup bersusah payah utk kami. sehari sebelum bertolak ke TURKI settlekan apa apa bayaran yg perlu di bayar pasal trip ke KK tu.. Memula abah ingat nak sewa kereta dengan supir sekali maklumlah baru balik holiday kot tak larat, tapi bila harga tak berapa ngam.. ok lah drive sendiri je lah nanti. Iyra juga yg hantar kami ke airport awal pagi tu.. sekali lagi tq..

3.0 Bukan tolong book kan hotel dan transport Iyra juga menyediakan tentative atinary utk kami, dah macam tugas travel agent.. kat mana nak melawat, kat mana nak makan semua lengkap hehe.. sampai KK terus contact transport.. sementara menunggu kereta sampai sempat la sarapan sekali lagi.. Saya pilih produa bezza, kata runner yg hantar kereta tu kereta ni baru baru sekali servis.. Firstime bawa kereta yg tak ada suiz nak start.. main tekan je.. tekan sekali injin hidup tekan sekali lagi injin mati.. wah canggih. 

4.0 KK ni abah pernah sampai beberapa kali, Memula sampai dulu masa nak ke LAHAT DATU tempat adik bekerja , OTW balik tidur KK semalam. lepas tu datang lagi pasal kerja , ada retreat.. so memang tak kemana sangat la. tak meronda kemana pun..  kakak jadi navigator dan abah drive..(on kan waze ) nasib baik internet ok .. ada juga la beberapakali line tak cantik.. hilang sekejap arah tujuan. hehe.. tapi alhamdulilah semua tempat yg di cari berjumpa dengan jaya nya. Distinasi pertama cari tempat lunch di KK.. maklum la tempat orang kemana nak di arahkan pun tak tau.. hehe berguna sangat atinari yg Iyra sediakan ni.. hehe


Gelap gelap lagi dah sampai airport.. 








 

 ini lah kereta yg kami sewa semasa bercuti di KK tu. performance kereta ni dah pernah abah cerita sebelum ni hehe. Bila kereta sewa ni kita kena pastikan kereta tu ok sebelum ambil dan OK juga masa di pulangkan, tu yg kena ambil gambar banyak2 tu.. perati2 juga kot2 ada calar ke kemek ke semua kena rakam dulu. Minyak ngam ngam je pandai betul .. isi lah penuh2 kan bagus amal jariah sikit hehe.. dah settle semua , kunci di serah .. terpulang la anda nak drive dia kemana, yg penting dah janji macam mana nak pulang kereta last day nanti. 

OK JOM....

BERSAMBUNG

No comments: